Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, 16 August 2025

Salman Mukmin - Warisan Senyap di Tengah Dentuman Mesin

Di tengah deruman pam, dentingan besi, dan desiran wap panas di loji pemprosesan Pengkalan Chepa, berdiri seorang lelaki sederhana bernama Salman Mukmin. Anak kelahiran Jeneri, Kedah itu bukan sekadar seorang plant manager — dia adalah nadi yang diam-diam menggerakkan seluruh sistem.

Setiap pagi, sebelum siren operasi berbunyi, Salman akan berjalan mengelilingi plant. Langkahnya perlahan, tapi matanya tajam memerhati — bukan sekadar memeriksa suhu pada panel atau tahap tekanan di gauge, tetapi juga melihat wajah-wajah pekerjanya. Baginya, keselamatan bukan hanya tentang topi keledar dan sarung tangan, tetapi tentang memastikan setiap orang pulang ke rumah dengan selamat.

"Hati-hati di tangga, licin lepas hujan malam tadi," katanya kepada seorang jurutera muda, sambil menunjuk ke arah titik minyak yang tumpah.
Bagi yang lain, itu mungkin perkara kecil.
Bagi Salman, itu bezanya antara hari biasa dan hari yang berakhir dengan kecederaan.

Dia tidak pernah meninggikan suara untuk membuktikan kuasa. Kuasanya ada pada cara dia membuat orang rasa mereka penting. Jurutera-jurutera muda yang pernah bekerja di bawahnya tahu — Salman tidak pernah mengambil kredit untuk kejayaan mereka.
Jika seorang jurutera muda berjaya menyelesaikan masalah tekanan di heat exchanger, Salman akan memanggilnya ke mesyuarat pengurusan untuk membentangkan sendiri penyelesaiannya.

"Kamu yang jumpa cara itu, kamu yang patut jelaskan," ucapnya dengan senyuman.

Hari demi hari, Salman membentuk kepimpinan tanpa memaksa. Dia tidak menolak untuk masuk ke tempat yang paling bising dan panas, bersama jurutera mudanya. Ketika injap keselamatan memberi amaran tekanan berlebihan, dia ada di situ — bukan hanya memberi arahan dari bilik berhawa dingin, tetapi memegang spanner bersama mereka.

Salman punya prinsip:

  • Keselamatan dulu, walau kerja terhenti.
  • Orang dulu, baru mesin.
  • Ilmu diberi, bukan disimpan.

Dan prinsip itu dia ajarkan secara halus:

  1. Memberi tanpa balasan – Jika jurutera mudanya berjaya, biarlah nama mereka disebut, bukan namanya.
  2. Memimpin dengan tujuan – Keputusan dibuat bukan untuk keuntungan semata, tetapi untuk memastikan semua pulang selamat.
  3. Mengangkat walau tiada siapa melihat – Lebih-lebih lagi ketika jurutera itu meragui diri.
  4. Menyuluh, bukan membayangi – Menjadi cahaya yang menghidupkan lilin orang lain.
  5. Menjadi manusia sebelum pangkat – Mengetuk bahu pekerja yang letih dan bertanya, “Dah minum air?”
  6. Membuka ruang di meja – Mengajak jurutera baru menyertai perbincangan strategik.
  7. Menjadi mentor sejati – Menceritakan kisah hampir-hampir gagal ketika masih jurutera, supaya orang muda tahu bahawa silap itu guru yang setia.

Beberapa tahun berlalu, jurutera-jurutera mudanya kini memimpin plant di lokasi lain. Mereka membawa cara memimpin yang sama — tegas pada keselamatan, lembut pada hati.

Dan Salman? Dia masih berjalan di antara paip dan tangki, masih menegur tentang kasut keselamatan yang longgar, masih memuji kerja yang baik walau tiada orang lain mendengar. Dia tidak perlukan sorakan.
Kerana bagi Salman, warisan sebenar seorang pemimpin adalah melihat orang lain berjaya dengan nilai yang sama seperti yang dia pegang.

Saturday, 12 October 2024

Pantai Dasar Sabak

 


Lokasi tarikan utama di Pantai Sabak, Kedai Makan Acu Tera




Kg. Pantai Dasar Sabak yang dihakis ombak.

Matahari terbit di Kg. Tebing Tinggi, Jun 2024


Saturday, 3 January 2015

BANJIR BESAR 23.12.2014 KELANTAN 2


Seluruh Kota Bharu dan Kuala Krai tenggelam.
Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang.

Air bah mencecah jalanraya di Kubang Kerian, tempat paling tinggi di Kota Bharu.

Banjir Besar 23-27 Dec 2014 di Kelantan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia






Selawat dan salam ke ata Junjungan Besar Rasulullah SAW Nabi Akhir Zaman, sebaik - baik contoh teladan.

Banjir besar di Kelantan. Tersebar sejak berkurun, mungkin berabad. Lebih besar dari banjir besar tahun 1967.

Tiada kata mampu diungkit. Rumah hilang. harta rosak. Semuanya hancur. Doakan semua mangsa banjir dikurniakan Allah kekuatan, kesabaran dan ketabahan menempuh ujian yang sangat besar ini.

Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Wednesday, 19 November 2014

Arwah Hj Yaakop Pengasas Kg Tok Lukop


Satu - satu gambar yang ada.
  1. Allahyarham Hj. Yaakop adalah moyang saya.
  2. Mak saya adalah cucu Hj. Yaakop.
  3. Datuk saya iaitu Che Muhammad adalah anak kepada Hj. Yaakop.
  4. Secara ringkas hubungan saya dan Hj. Yaakop seperti berikut: Zulkefli>Che Saniah (Ibu)>Che Muhammad (Datuk)>Hj. Yaakop (Moyang).
  5. Saya adalah generasi ketiga Hj. Yaakop.
  6. Nama kampung asal saya adalah Tok Lukop. Lokasi Kg. Tok Lukup seperti gambar di bawah.

6°10'53.3"N 102°18'48.1"E

6.181476, 102.313353

Koordinate GPS

7. Ironinya Kg. Tok Lukup telah tiada sejak tahun 2000 disebabkan oleh hakisan pantai setiap kali musim banjir akhir tahun. Kesan daripada pemanasan global bumi dan kenaikan paras laut.
8. Kg. Tok Lukup diasaskan oleh Hj. Yaakop pada tahun 1890 (mengikut kajian yang telah saya jalankan). 
9. Pada tahun 1980, Kg. Tok Lukup mula ditinggalkan oleh penduduknya disebabkan oleh beberapa faktor. Kawasan penanaman padi telah dimasukki air masin dari sungai berhampiran. Menyebabkan tanah tidak dapat diusahakan untuk menjadi kawasan pertanian. Kampung tidak mempunyai jalan yang boleh dimasukki dengan kenderaan seperti kereta. Hanya motorsikal dan basikal boleh digunakan untuk pergi ke kampung tersebut. Selain itu, kemudahan asas seperti air dan elektrik juga tidak ada. Penduduk mula berpindah pada tahun 1983 dan beberapa tahun berikutnya. 
10. Saya mula berpindah pada tahun 1984 ke ke Kg. Tebing Tinggi.
11. Penduduk asal Kg. Tok Lukup berpindah ke Telok Kitang, Kemumin, Tebing Tinggi dan ada juga ke Besut.
12. Semasa di akhir usianya, beliau tinggal dengan ibu saya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
13. Semasa itu saya berumur tiga tahun. Saya ingat dua perkara mengenai arwah. Pertama semasa arwah menemani saya bermain di tepi rumah berhampiran pokok kelapa yang tumbang. Kedua, saya masih ingat begitu ramai orang mengiringi jenazah arwah untuk ditanam di belakang Masjid Kemumin sekarang.

Sama - sama kita doakan Allahyarham semoga di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Post lain berkenaan Kg. Tok Lukop
1. Semua tentang Tok Lukop
http://zul1979.blogspot.com/search?q=tok+lukup
2. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 2 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/kampung-tok-lukup.html
3. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 1 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/perihal-kg-tok-lukup.html
4. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 3 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/kampung-tok-lukup-bab-3.html
5. Kisah ibuku yang rajin belajar http://zul1979.blogspot.com/2011/06/ibuku-dan-semangat-belajarnya-yang.html

Monday, 12 March 2012

Buah Mangga! Syurga makanan di Kelantan

Walaupun ada pm yang tak sedar diri kata Negeri kami miskin, tapi kami tetap bangga lahir di Negeri Serambi Mekah.
Buah pauh atau mangga dari negara jiran Thailand amat mudah diperolehi di mana penjuru bandar negeri Kelantan. Selain dari rasa yang sedap, manis dan bermacam - macam anika pilihan, yang paling penting adalah MURAH! semurah RM2-3/kg!
Murah dan boleh dinikmati oleh setiap penduduk negeri kami yang dikatakan miskin!

Tuesday, 30 August 2011

Melayu Kelantan 60,000 tahun


Thursday, 11 August 2011 00:54

Oleh Anwar Hussin

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun. Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.

(Berita Harian, 4 Ogos 2011, ms 4, Nasional)

Ref

http://www.usm.my/index.php/en/papercutting/8726-melayu-kelantan-60000-tahun.html

Wednesday, 29 June 2011

Hakikat Ketuhanan dan kekuasaan-Nya, Kelantan terus sejahtera



Diterbitkan pada 28 June 2011 Kategori Informasi, islam, Ucapan

Sedutan ucapan Majlis Santapan Malam Kesyukuran Diraja, 20 Rajab 1432H/22 Jun 2011 Istana Negeri, Kubang Kerian.

Maksudnya: “Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya” (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 34)

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran serta puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita semua berkumpul di majlis kesyukuran ini. Semoga bertambah kasih sayang dan limpah kurnia berkat daripada Allah SWT.

Manusia sepertimana diperakui oleh Allah, adalah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk ciptaan-Nya. Allah menjadikan semua makhluk yang lain seperti tumbuhan, binatang dan alam sekeliling sebagai satu kemudahan dan untuk dinikmati oleh manusia. Bahkan malaikat sendiri diperintahkan supaya memberikan khidmat mereka kepada manusia. Setiap manusia wajib mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah Engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah Engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.” (Al-Quran Surah Az-Zumar, ayat 66)

Namun demikian, tetap ada juga di kalangan manusia yang engkar serta berpaling dari jalan kebenaran yang dibawa oleh para rasul yang mulia. Manusia lebih suka menurut langkah syaitan serta jejak hawa nafsunya dalam melayari kehidupan duniawi ini. Golongan ini, yang tidak mahu mengakui kehambaan di hadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil, menafikan nikmat Tuhan kepada mereka. Maka dengan kekufuran itu, menjadilah mereka kumpulan manusia yang sombong, sesat lagi menyesatkan. Maka dengan itu, mereka lalu diberikan peringatan.

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: ”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 7)

Bertitik tolak dari hakikat itulah, kita mengadakan majlis kesyukuran pada malam ini sebagai merenung kembali betapa besarnya nikmat Allah SWT kepada kita selaku hamba-hambaNya. Bermula dengan nikmat kehidupan, nikmat pancaindera yang lengkap dan sejahtera, nikmat keamaanan dan ketenangan serta nikmat kekuasaan. Dan paling penting ialah nikmat yang paling besar ke atas diri kita iaitu nikmat Iman dan Islam yang tidak boleh dijual-beli. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Quran Surah Al-Ma’idah, ayat 3)

Malangnya, sebahagian kita tidak menyedari dan menghargai nikmat ini kerana mungkin kita mewarisi Islam tanpa susah payah dan tidak berusaha untuk mengenal kebaikan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam adalah segala-galanya dan tiada bandingan dengan nikmat yang lain. Hanya dengannya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup maka kita perlu berusaha menjadi Muslim yang sentiasa bersyukur kerana mendapat nikmat yang besar ini.

Nikmat Islam adalah yang paling mahal dan tinggi nilainya kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke hari akhirat. Seorang pemimpin yang menghargai nikmat ini akan menggunakan kepimpinan dan kekuasaannya untuk melakukan keadilan kerana menyedari semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Justeru, al-Quran merakamkan kisah Nabi Sulaiman, Raja yang menguasai seluruh dunia sehingga dunia binatang dan dunia jin berada di bawah kekuasannya. Namun baginda menyedari semuanya adalah kurniaan Allah SWT yang menjadi ujian kepadanya. Baginda bersabda sebagimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Al-Quran Surah an-Naml, ayat 40)

Tidak kurang juga al-Quran menceritakan kisah Fir’aun yang juga diberikan kekuasaan yang hebat oleh Allah SWT tetapi menggunakannya untuk tujuan yang keji bahkan sampai ke satu peringkat Fir’aun menganggap segala kekuasannya adalah hak mutlak dirinya dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? (Al-Quran Surah az-Zukhruf, ayat 51)

Kesudahan kedua-dua penguasa yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran ini sangat berbeza. Nabi Sulaiman, raja yang bertaqwa dipuji oleh Allah SWT dan berkesudahan dengan syurga manakala Firaun dikeji oleh Allah SWT dan dicampakkan masuk ke dalam neraka.

Alhamdulillah, di Kelantan, semenjak 21 tahun yang lepas, kita memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam sebagai satu tanda kita menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Di bawah dasar ini, kerajaan komited (istiqomah) menjayakan amalan pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam. Segala dasar atau polisi kerajaan dipacu berpandukan al-Quran dan al-Hadis serta ijmak-qias ulama’. Justeru pendekatan amalan pentadbiran itu telah melakukan transformasi dan pembinaan keyakinan kepada model pemerintahan Islam yang pernah mencapai kegemilangan pada zaman Madinah dan era khulafa ar-Rasyidin serta Othmaniah.

Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun ada pihak-pihak yang masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kita mengambil alih mengambil alih tampuk pentadbiran, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Kerajaan negeri berusaha melunaskan hutang tersebut secara beransur-ansur menurut kemampuan dan hari ini ia semakin mengecil.

Kita juga berjaya melaksanakan transformasi kewangan negeri dengan memindahkan semua wang Kerajaan Negeri dari bank-bank konvensional berasaskan ribawi (interest base)kepada perbankan Islam yang akhirnya mencetuskan tsunami sistemperbankan tanpa faedah (SPTF) di seluruh negara.

Kita juga memperkenalkan amalan pentadbiran yang berteraskan Ubudiah, Mas`uliyyah dan Itqan. Ia membawa kepada usaha pemerkasaan syariat dengan tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat, tidak membenarkan kelab malam dibuka, menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan dan menyusun semula penjualan arak mulai 1 Julai 1993, iaitu semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran atau pun kedai-kedai makan. Paling besar ialah kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada tahun 1993.

Apa yang dapat rakamkan di sini hanyalah sekelumit daripada pelbagai perubahan yang telah kita laksanakan di Kelantan. Alhamdulillah, di dalam menerajui pentadbiran ini, pihak Kerajaan Negeri amat bersyukur kerana berlaku kerjasama yang cukup mesra dari anggota pentadbiran yang diketuai oleh Dato’ Sri Setia Raja Setiausaha Kerajan Negeri Kelantan dan keserasian ini semakin terasa pada era Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke-V yang menaungi pemerintahan kerajaan negeri Kelantan.

Amat besarlah harapan Kerajaan Negeri dan atas sifat Menteri Besar pastinya sentiasa bedoa ke hadrat Allah SWT agar memberikan kesejahteraan yang berpanjangan untuk Tuanku Al-Sultan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya sepanjang Tuanku menaungi Kerajaan Negeri Kelantan. Dan berjalanlah rakyat dan Kerajaan Kelantan di dalam keberkatan Allah SWT jua

Friday, 24 June 2011

Bahaya Budu




Sat Mar 06, 2010 6:27 pm



  1. Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

  2. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

  3. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

  4. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

  5. Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

  6. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

  7. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

  8. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

  9. Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

  10. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.

  11. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

  12. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

  13. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

  14. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien.

  15. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

  16. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

  17. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

  18. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

  19. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.S

  20. elain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm.

  21. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

  22. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

  23. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan



18 Mei
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.



“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Tanjong Manis, 18 Mei 2009 / 22 Jumad Awal 1430 H
http://ibnismail.wordpress.com

Thursday, 23 June 2011

Keyakinan diri


Hampir tamat ceramah Israk Mikraj, Tok Guru sempat menegur jemaah berkenaan budaya orang Melayu yang suka memenuhkan bahagian belakang masjid.

Dari mana budaya buruk itu? Sudah kerap kali ditegur, namun budaya itu masih tegar pada orang Melayu.

Tidak seperti orang Cina yang menonjol dan suka berada di bahagian hadapan.

Orang yang suka berada di belakang secara psikologinya amat rendah keyakinan diri. Kenapa keyakinan diri rendah? Mungkin sebab faktor budaya dan didikan sejak kecil.

Jika kita mahu mengubahnya, ubahlah dari kecil. Seperti kata pepatah Melayu , kalau mahu ruyung, ubahlah rebungnya.

Dengan nama Islam, masyarakat Melayu di Kelantan mesti mengubah budaya tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Tok Guru menegur banyak budaya orang Kelantan yang tidak selari dengan Islam. Seperti budaya mas khawin perempuan yang tinggi. Ditunjukkan contoh anaknya sendiri hanya menggunakan mas kawin RM1000 sahaja.

Ditegurnya tentang perihal duit poket semasa kenduri kawin. Walaupun nilai itu kecil, namun duit kenduri itu tidak patut dijadikan syarat untuk tetamu.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menegur keburukan serta kesalahan anak buahnya. Bukan yang hanya membiarkan sahaja berlaku di depan mata. Malah lebih buruk jika hanya mengikut kehendak anak buah.

Wednesday, 22 June 2011

Tok Guru


g

  1. Aku balik ke kampung untuk melawat abang sulung yang sakit dan ibubapa dua tiga hari tanpa dirancang.
  2. Pada 21hb. June, Masjid Al Ahmadi, Tebing Tinggi, Pengkalan Chepa, Kelantan mengadakan Ceramah Israk Mikraj selepas solat Magrib.
  3. Selepas ditunda beberapa hari sebelumnya.
  4. Peluang yang ada tidak aku sia - siakan. Penceramahnya tidak lain tidak bukan Menteri Besar Kelantan. YB kami. Menteri Besar kami. Tok Guru kami. Ulamak kami.
  5. Ironinya, ini bukan kali pertama kami berjumpa. Sudah berpuluh kali.
  6. Walaupun aku cuma ada di kampung hanya dua kali setahun, namun setiap kali balik kampung, sudah tentu aku berpeluang berjumpa dengannya. Ingin aku tanya pada mereka di luar negeri sana, sudah berapa kali anda berjumpa dengan menteri besar anda? sejak dia memegang kuasa.
  7. Hadir Tok Guru hanya dengan dengan pemandu tanpa polis dan pengawal.
  8. Hadirnya tanpa carpet merah.
  9. Hadir dia untuk memberi kuliah agama memakai serban, jubah tidak jauh beza dengan orang kampungku yang bekerja sebagai petani.
  10. Terbaik Tok Guru. Kami sayangkan kamu dan kami akan berjuang untuk agama kami!

Wednesday, 17 November 2010

Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian

Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian

Perutusan Bulan Haji

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi peluang kepada kita semua bertemu kali ini, di bulan Zulhijjah merupakan musim umat Islam menyempurnakan ibadat Haji, rukun Islam kelima. Pertemuan di bulan ini dirasai amat istimewa, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang dapat hadir ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menyempurnakan lambaian ibadat Haji.

Ciptaan Allah ada regu dan pasangan

Setiap ciptaan Ilahi yang melingkungi kehidupan kita di dunia ini mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang, dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran :

Yang bermaksud : Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yaasin, ayat 36)

Demikian juga firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.
(Surah al-Zariyat, ayat 49)

Kebenaran ayat ini disahkan bukan sahaja oleh Allah SWT bahkan oleh penemuan ahli sains yang antara lain menemui proton yang berpasangan dengan elektron di dalam atom. Demikian juga dengan caj positif dan negatif di dalam arus eletrik. Semuanya membuktikan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini ada pasangan atau regunya masing-masing. Apa yang tidak mempunyai regu hanyalah zat Allah SWT. Sesuai dengan kesucian zat Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sebarang sekutu bagiNya. Justeru, sangatlah besar dosa orang-orang yang meletakkan regu kepada Allah SWT di dalam apa jua bentuk pengabdian. Inilah yang dinamakan syirik yang tiada maaf bagimu di akhirat kelak. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar.
(An-Nisa’, ayat 48 )

Jika setiap perkara mempunyai regu, maka hidup manusia juga mempunyai regu. Regunya ialah kematian. Begitu juga dunia, regunya ialah akhirat. Oleh kerana perjalanan hidup manusia ini tidak hanya terhenti di persinggahan dunia ini semata-mata tetapi akan bersambung sehingga ke akhirat, maka menjadi kewajipan bagi manusia mempersiapkan dirinya untuk menempuhi kehidupan di akhirat. Kita bahkan seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan sebagai persiapan menghjadapi peperiksaan. Maka, kehidupan di akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri.

Untuk tujuan persediaan dan penyesuaian hidup di dunia dengan apa yang akan dtempuhi oleh manusia kelak di akhirat hanya diajar oleh Islam. Semua ideologi yang lain sama ada di atas nama sekular, nasionalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak pernah mengajar manusia bagaimana untuk hidup sejahtera di akhirat. Beleklah kitab-kitab rujukan ideologi ciptaan manusia ini, pastinya tidak ditemui sepatah kalimahpun berkenaan hidup selepas mati kelak. Tidak ditemui peringatan tentang syurga atau neraka serta dosa atau pahala.

Justeru, Islam melatih penganut-penganutnya tanpa mengira bangsa apa sekalipun untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji. Ibadah solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan segera untuk kesemuanya bergerak serenatak ke masjid. Ini betul-betul menepati bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT :

Yang bermaksud : Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.
(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT yang telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran lalu diterjemahkan di dalam ibadat solat. Ia merupakan latihan kepada semua penganut Islam untuk berdepan dengan saat yang namanya ialah akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, sungguh menyamai saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Demikian juga dengan ibadah haji, manusia diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki bermula dari keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih benar-benar menepati saat hari kematian iaitu pada saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT. Manusia perlu patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuai terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, manusia diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas sama ada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa. Manakala di dalam ibadah haji, disyaratkan agar jemaah berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tidak baik terhadap pihak yang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram agar tali persaudaraan tidak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika si mati bersih dari dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah si mati jika yang mengiringi dirinya ke tepat persemadian sementara menunggu untuk dibangkitkan kelak di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat. Justeru, solat dan haji ialah latihan untuk menempuhi kematian.

Kerana itulah, di dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.

Mengingati Dua Nabi dalam Solat dan Haji

Dari sisi yang lain, solat dan haji ialah dua ibadat yang diperintahkan untuk kita mengingati dua nabi yang ulung iaitu Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Ketika duduk tahiyyat semasa solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini, manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji atau manasik.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu unggul dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS pernah dihalau oleh bapanya dari rumah, dibakar hidup-hidup, diusir keluar dari tanah airnya, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelamatkan imannya dan pelbagai lagi ujian yang menimpa, kesemuanya dilalui dengan penuh keimanan menjadikan diri baginda layak untuk menjadi ikutan oleh seluruh umat Islam.

Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang dipulau oleh kaum Quraisy selama tiga tahun di Syi’ib Ali, tidak dibenarkan masuk ke tanah air tumpah darahnya sendiri sekembalinya dari Thaif sehingga terpaksa meminta pertolongan dari seorang musyrik bernama Mut’am bin Adi dan terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Madinah dengan memohon pertolongan dengan Abdullah bin Uraiqit yang merupakan seorang musyrik pada masa itu. Kesemuanya merupakan sekelumit daripada episod hidup yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW.

Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin. Alangkah lebih jauh lagi tapak-tapak kaki kita dengan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh kedua-duanya!

Sekular tiada latihan untuk akhirat

Latihan untuk akhirat ini tidak wujud di dalam mana-mana ideologi sekular. Sekular hanya mengajar penganutnya untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya di dunia sahaja tanpa mempedulikan implikasi di akhirat. Seorang penganut sekular jarang sekali terpancul keluar dari kedua-dua belah bibirnya peringatan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala. Sekular menjadikan manusia merasakan dirinya sebagai tuhan, penguasa mutlak terhadap semua perkara yang dimiliki olehnya.

Sedangkan Islam memandang manusia hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Apa yang dimiliki oleh manusia sebenarnya tidak dimiliki olehnya secara mutlak, ia merupakan milik Allah SWT. Sebagaimana seorang penumpang bas atau kapal terbang, tidak akan disebut sebagai pemilik bas atau kapal terbang kerana dia akan turun di stesen yang telah ditetapkan. Selepas meninggalkan stesen, ia tidak disebut-sebut lagi sementara bas dan kapal terbang tadi akan menerima penumpang yang lain. Demikianlah di dunia, selepas kematian, segala apa yang kononnya dimiliki akan berpindah ke tangan orang lain. Bukan setakat harta, bahkan oksigen, penglihatan, pendengaran dan kesemuanya milik Allah SWT. Inilah ajaran Islam.

Sekular tidak pernah mengingatkan manusia tentang akhirat. Tidak seperti Islam yang mengajar penganutnya menyebut berulang-ulang peringatan tentang hari kiamat di dalam solat melalui bacaan surah al-Fatihah. Keperluan terhadap kiamat ini merupakan keperluan asasi manusia untuk dibalas segala perbuatan orang-orang yang zalim di dunia serta diganjari kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan. Bolehkah sekular tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat memberikan kepuasan kepada manusia? Jawabnya tidak. Betapa ramai orang-orang yang kaya yang bakhil dan penguasa yang zalim mati dengan kekayaan dan kezalimannya tanpa dibalas terhadap perbuatannya? Begitu juga orang-orang yang melakukan kebaikan dan tidak pernah mendapat penghargaan terhadap kebaikannya sepanjang hidup, bilakah masanya dia akan mendapat ganjaran terhadap kebaikannya jika tidak di akhirat? Maka secara semulajadi, manusia inginkan akhirat agar di sana dapat dilunaskan segala kezaliman dan diganjari segala kebaikan. Inilah yang diajar oleh Islam melalui firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Surah Ali Imran, ayat 185)

Alangkah bertuahnya dunia apabila kepercayan terhadap akhirat menjadi akidah dalam diri manusia. Tanpa polis dan undang-undang sekalipun, tidak akan berlaku jenayah kerana manusia yakin perbuatannya akan dinilai oleh Allah SWT. Tetapi tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat, beratus ribu polis ditambah dengan hukuman yang berat sekalipun, manusia akan mencari helah dan jalan untuk melakukan jenayah. Dengan kepercayaan terhadap hari akhirat, manusia bukan sahaja gerun untuk mencerobohi harta orang lain, bahkan untuk menguruskan hartanya sendiri pun tidak boleh menurut selera nafsunya semata-mata. Ia perlu berpandu kepada Allah SWT.

Sayangnya, mesej yang sebegini penting jarang sekali kedengaran melalui lidah pemimpin-pemimpin negara. Mesej yang membawa pengertian akidah sebegini kebiasaannya hanya diperdengarkan di masjid-masjid melalui ustaz-ustaz atau tok-tok lebai semata-mata. Alangkah baiknya jika setiap pimpinan negara sama ada bergelar Presiden, Perdana Menteri atau apa jua gelaran sekalipun mengambil langkah sentiasa mengingatkan rakyat terhadap kehidupan di akhirat. Tentu sekali peringatan sebegini akan diulang-ulang pula oleh pimpinan seterusnya sama ada menteri, pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawah dan berakar umbi di dalam masyarakat. Tidakkah Rasulullah SAW selaku “PM” di Madinah seringkali menyebut peringatan-peringatan seperti ini?

Jelas sekali bahawa sekular yang dibangga-banggakan ini tidak akan membawa kesejahteraan kepada hidup manusia sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Inilah matlamat perjuangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Perjuangan gerakan Islam bukanlah hanya untuk memenangi satu dua pilihanraya semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk meruntuhkan tembok sekular dan digantikan dengan Islam.

Penutup

Akhir kata, harapan saya agar ibadah haji yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah haji pada tahun berjaya meningkatkan keyakinan kita terhadap hari akhirat seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, hayatilah ibadah korban yang dilakukan di tanah air dengan mengambil semangat Nabi Ibrahim AS untuk menjadi teras panduan di dalam hidup kita. Insya-allah pada tahun ini saya akan bersama-sama rombongan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V untuk mengerjakan haji di Tanah Suci. Doakanlah agar pemergian kami mengerjakan haji pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.

Sekian. Wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Dato’ Bentara Setia.

Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Kota Darulnaim.

Bertarikh : 1 Zulhijjah 1431H/8 November 2010M

Tuesday, 16 November 2010

Sejarah Kelantan


  1. Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
  2. Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
  3. Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
  4. Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.
  5. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
  6. Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
  7. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
  8. Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
  9. Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
  10. Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
  11. Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
  12. Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.
  13. Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
  14. Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Monday, 1 March 2010

Budaya Bangsa

Lukisan yang penuh cerita tersendiri. Daripada penghasilan lukisan ini sehingga mesej yang ingin disampaikan.

Lukisan ini terdapat di Balai Menunggu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Thursday, 14 January 2010

Aku Pengurus Kilang Yang Berpolitik


1. Politik.
2. Setiap orang punya padangan sendiri mengenai politik.
3. Politik itu kotor.
4. Politik itu kaedah menghalalkan cara.
5. Politik itu hanya bercakap, tetapi kerja kosong. Manis di mulut, hasil tiada, janji entah di mana. Tika musim pilihanraya, kaki busuk makcik di kampung sanggup dihidu, namun lepas pilihanraya, rakyat mengemis di muka pintu pejabat, merayu dan meraung kesusahan, tiada siapa peduli.
6. Poltik juga terpisah daripada ajaran agama. Hasil dan kesan lebih 500 tahun dijajah Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun. Pembesar serta pak menteri dirasuah melalui kaedah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
7. Jika dahulu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai segenap segi ruang hidup masyarakat. Termasuk perihal politik dan undang - undang. Apabila bumi Tanah Melayu dijajah, kuasa Sultan telah diasingkan daripada politik. Sultan jadi lambang, jadi ketua agama serta adat istiadat. Lain daripada itu, semua dikawal selia dan ditentukan oleh penjajah yang mengaku dirinya lebih maju serta bertamadun berbanding orang di dalam negara yang dijajah.
8. Sedikit - sedikit orang Islam Melayu mula dijajah pemikiran dan fizikal.
9. Tulisan jawi lambang bumi ini sudah bertamadun hilang.
10. Undang - undang syariah yang telah menjaga keamanan bumi Tanah Melayu dikatakan zalim. Undang - undang sivil lebih baik.
11. Penjajah mengajar bagimana memajukan negara dengan mengaut segala hasil bumi untuk dibawa balik ke Eropah. Katanya demi kemajuan Tanah Melayu. Penjajah juga mengajar, di negara mereka yang lebih bertamadun, poltik adalah lain dari agama. Ketua gereja hanya jaga ibadat. Ketua negara kuasai segala – galanya. Mereka lupa, kuasa politik itu dirampas daripada pemimpin gereja untuk mengelakkan penipuan mengutip cukai serta derma oleh orang gereja. Kuasa agama bermakna, kuasa ekonomi serta kekuatan. Jika dipisahkan, bermakna kuasa itu beralih ke tangan pemimpin negara.
12. Orang Melayu dijadikan hamba. Mereka difahamkan secara poltik biarlah sultan menjadi Ketua Agama. Segala urusan lain, biarlah kami jaga.
13. Orang Cina dan India dibawa masuk, kononnya juga untuk kemajuan negara.
14. Dari segi politik, hampir sebahagian rakyat Tanah Melayu sekarang sudah berjaya diubah pemikirannya oleh penjajah. Walaupun penjajah telah tiada, namun pemikiran ini terus - menerus diwarisi melalui pelbagai kaedah baru.
15. Inilah negara yang kita ada hari ini.
16. Kesan kemusnahan mula muncul satu demi satu.
17. Hari ini orang Melayu Islam paling ramai menghuni pusat serenti gara – gara dadah.
18. Hari ini orang Melayu Islam sudah pandai minum arak mengalahkan orang bukan Islam.
19. Hari ini mereka juga berjudi laksana tidak tahu mana halal atau haram.
20. Hari ini mereka juga membakar rumah ibadat orang lain.
21. Hari ini zina berleluasa di kalangan gadis dan remaja Melayu.
22. Hari ini orang muda menjulang hiburan serta penyanyi peghibur melebihi alim ulamak. Budaya hiburan berleluasa ibarat semua anak muda mudi mahu menjadi penyanyi.
23. Alim ulamak melawan ratu cantik, turut dikecam bangsa Melayu sendiri.

Politik

24. Indahnya politik dalam Islam.
24. Mengajak ke arah kebaikan.
25. Mencegah ke arah kejahatan.
26. Itu adalah politk. Tanpa politik, masakan dapat melakukan perkara tersebut.
27. Solat 5 waktu sehari di masjid. Berjemaah. Itu adalah politik. Berjemaah melakukan kebaikan serta ibadat pada Allah.
28. Menjaga peribadi seorang muslim serta menjadi contoh kepada masyarakat adalah politik. Supaya amalan baik kita ditiru dan diikuti oleh orang lain.
29. Melaungkan azan, tanda syiar Islam adalah politik.
20. Jumaat – solat berjemaah adalah politik.
21. Haji di Mekah adalah politik.
22. Jika mahu memastikan duit rakyat tidak dibelanjakan ke arah perkara – membazir, tiada cara lain melalui politik.
23. Mahu memakai tudung ke sekolah juga menjadi masalah di Eropah kerana tiada kuasa politik.
24. Kesimpulannya, perkara baik dan buruk hanya boleh dilakukan serta dibuat jika hanya ada kuasa politik.

Politik & Kerja
25. Aku juga laksana orang politik di tempat kerja.
26. Aku berpolitik bukan berkempen untuk kemenangan parti di Malaysia.
27. Aku berpolitik sebab mahu anak buahku menjadi lebih baik.
28. Aku berpolitik kerana mahu syarikatku menjana keuntungan lebih.
29. Aku berpoltik kerana mahu staff aku setiap hari majukan diri sendiri.
30. Aku berpolitik sebab mahu supaya setiap arahan dan peraturan kilang dilaksanakan dengan cara paling baik. Aku berpolitik dengan bos, pembekal, transporter, pelanggan serta boleh dikatakan semua orang supaya setiap langkah kerjaku berjalan dengan lancar. Setiap buah kata mulutku adalah poltik, kerana mahu supaya niatku tercapai. Tulisanku sekarang adalah jua sebahagian politik kerana aku mahu kamu wahai pembaca budiman, fikir sejenak. Betulkah apa yang akan tulis ini? Jika betul, sebarkan. Jika salah, beri komen, kelak nanti aku akan fikirkan untuk langkah seterusnya @ buat artikel kedua :P.

31. Biarlah apa pun jua di luar sana memahami perkataan politik mengikut fahaman sempit mereka. Namun, jika dihurai dan difahami mengikut acuan agama, insya Allah, kita akan tahu erti sebenar ‘politik’.

Semuanya bergantung pada niat.

Wassalam.