Tuesday 30 August 2011

Kampung Tok Lukup Bab 2

Inilah gambar satelit terkini Kampung Tok Lukup setelah lebih 25 tahun ditinggalkan

Bab 1 Sejarah
1.1 Diasaskan pada akhir tahun 1890 an.
1.2 Kampung ini bertahan sehingga akhir tahun 1985 iaitu lebih kurang 100 tahun setelah ditubuhkan.
1.3 Hj. Yaakup iaitu pengasas kampung ini datang dari keluarga berada dan berasal dari Kg. Kemumin iaitu 20 km dari Kg. Tok Lukup.
1.4 Setelah berkahwin, beliau membeli tanah dan menubuhkan kampung tersebut. Beliau mempunyai visi dan misi apabila melihat kesuburan tanah, lokasi dan tempat terbabit.

Bab 2 Lokasi / Geografi / Ekonomi
2.1 Kampung ini terletak di pesisir pantai Negeri Kelantan. Berselebahan dengan Pantai Dasar Sabak dan Pantai Pulau Pak Amat.
2.2 Tanah rata, bersawah padi dan dilingkari Sungai Raja Gali menghala ke muara. Di seberang, ada tanjung dan pantai menghala ke Lautan China Selatan.
2.3 Sumber pendapatan utama penduduk kampung ini adalah tanaman padi dan menangkap ikan. Semasa zaman kegemilangan kampung ini merupakan jelapang padi, tanah yang sumber dan terkenal di seluruh Kelantan.
2.4 Hasil padi yang banyak juga memberikan sumber rezeki serta menambah kekayaan Hj Yaakup sehingga dapat membeli lebih banyak tanah.
2.5 Tanah tersebut diwarisi turun - temurun hingga ke anak cucu beliau. Keluasan tanah terbabit boleh menampung lebih 30 keluarga dan 15 buah rumah di seluruh kampung.
2.6 Selain tanaman padi, disebabkan berdekatan dengan sungai dan muara lautan, penduduk kampung ini juga menangkap ikan sebagai sumber rezeki. Ikan sembilang, udang serta banyak sumber sungai menambahkan kemakmuran kampung ini.

Bab 3 Zaman Kemajuan / Zaman Kegemilangan (1900 - 1970)/ Zaman Kemerosotan (1971- 1985)
3.1 Zaman Kemajuan


Awal tahun 1900 an, padi merupakan pendapatan utama penduduk sekitar Kemumin. Berasal daripada keluarga petani, Hj. Yaakup cukup rajin mengerjakan tanah yang dibeli sekitar kampung yang baru ditubuhkan.

Ilmu pertanian yang sudah diwarisi turun temurun terus menjadi pemangkin kejayaan beliau menanam padi dan mejadi sumber kekayaan beliau. Setiap kali hasil dituai, beliau akan melabur dan membeli tanah serta kawasan baru. Hasil daripada kegigihan beliau, keturunannya semakin berkembang daripada sebuah rumah kepada 15 belas buah rumah.


Kesemua kesemua penduduk kampung terdiri daripada anak - anak dan cucu beliau. Rumah beliau terletak di Gong Gelap. Di sebelah rumahnya terletak Surau. Kebanyakan rumah anak - anaknya dan cucu dibina di atas tanah yang diwarisi oleh Hj. Yaakub.


Bab 4 Saudara Mara
4.1 Memori suka duka

Bab 5 Terkini
Bab 6 Masa Depan

Layari Bab 1 (Klik sini)

No comments:

Post a Comment