Wednesday, 10 August 2011

Biomass, Biogass dan juga CDM project

  1. Saya amat tertarik dengan survey yang dijalankan oleh seorang pelajar dari universiti Austrialia berkenaan biomass dalam industri sawit Malaysia.
  2. Sebagai orang di barisan hadapan yang terlibat dalam industri ini, saya ini memberikan pandangan peribadi seperti berikut :-
a. Biomass, biogass, CDM projek dan sebagainya adalah salah satu aktiviti sampingan kilang sawit.
  1. Kilang sawit mempunyai 4 fungsi utama iaitu memproses buah sawit, dengan kadar perahan yang maksimum, dengan kualiti yang terbaik dan dengan kos yang rendah.
  2. Itulah yang diajar kepada kami melalui kursus DIPOM, supervisor dan sebagainya. Dan saya juga sangat bersetuju dengan hal itu.
  3. Sejak pelaksanaan RSPO, penilaian semula undang - undang berkaitan sawit seperti Akta Alam Sekitar, OSHA dan sebagainya, pelbagai kerja - kerja tambahan kepada beban tugas pengurusan sawit telah timbul.
  4. Ditambah pula dengan mereka yang banyak terlibat dalam perniagaan, syarikat yang menawarkan teknologi eksperimen muncul seperti cendawan selepas hujan.
  5. Bukan satu syarikat termakan strategi perniagaan mereka. Selang beberapa tahun, semua teknologi yang dibeli dengan jutaan ringgit itu berakhir dengan kegagalan.
  6. Lebih mengecewakan, mereka yang terbabit dibuang kerja. Jabatan kerajaan terlibat yang dulunya sanggup mempromosi terknologi tersebut diam membisu. Akhirnya, industri kembali kepada asas proses kilang sawit iaitu melakukan apa yang telah dilakukan sebelumnya.
  7. Sebagai aktiviti sampingan, keseluruhan kos projek tidak boleh lebih dari kos pembinaan kilang itu sendiri. Jika kos untuk operasi sistem terbabit lebih tinggi dari kos untuk menjalankan kilang, sanggupkah syarikat sawit sekarang membinanya? diwaktu yang sama kos lain seperti spare parts, fossil fuel, kos pekerja, cukai dan sebagainya meningkat?
  8. Tugas pengurusan sawit yang dulunya fokus kepada operasi kilang, kini telah jauh berubah. Masa yang dihabiskan kepada aktiviti sampingan lebih banyak berbanding masa yang sepatutnya dihabiskan untuk meningkatkan produktiviti kilang.
  9. Sanggupkah syarikat melantik seorang lagi jurutera atau pengurus untuk stesen biomass plant?
b. Limitation industri sawit
  1. Ramai yang ingin membawa pelbagai jenis teknologi baru ke dalam industri sawit, namun mereka gagal untuk memahami kekuatan dan kekurangan industri sawit.
  2. Kebanyakkan ladang serta kilang sawit berada jauh daripada bandar. Jauh daripada grid nasional. Hingga ke hari ini, tidak semua jalan ke ladang sawit bertar. Kebanyakkan ladang sawit dibina daripada hutan asal dan dimajukan ladang sawit. Perkara ini mungkin tidak berlaku di Semenanjung Malaysia ataupun ladang yang lebih 30 tahun seperti ladang FELDA dan sebagainya.
  3. Keluaran biomass atau bahan buangan pepejal sawit seperti shell, fiber, tandan kosong bergantung kepada jumlah buah yang diproses. Jika musim kurang buah, maka bahan buangan juga akan berkurangan.

bersambung..

No comments:

Post a Comment