Friday 9 June 2017

Soalan Jurutera dan Driver Setim Gred 2 & 1

1. Apa itu steam boiler?
Suatu bekas tertutup dimana stim dijana melebihi tekanan atmosfera.

2. Apakah perbezaan diantara boiler fire tube dan water tube?
BFT dimana api berada dildalam tiub dan air berada diluar tiub manakala BWT dimana api
berada diluar tiub dan air berada didalam tiub.

3. Berikan sebab-sebab boiler mengeluarkan asap putih?
i. nisbah udara melebihi nisbah bahan api.
ii. Bahan bakar basah.

4. Berikan sebab-sebab boiler mengeluarkan asap hitam?
i. nisbah bahan api melebihi nisbah udara.

5. Apakah warna asap apabila boiler beroperasi dengan baik?
Tidak akan nampak apa-apa kesan asap atau jelaga.

6. Boiler dapat dibahagikan kepada 13 pemasangan wajib, namakan pemasangan tersebut?
a. Safety Valve
b. Gauge Glass
c. Pressure Gauge
d. Feed Pump
e. Blowdown Valve
f. Main Stop Valve
g. Fusible Plug
h. Feed Check Valve
i. Low Water Fuel Cut Off
j. High Low Water Alarm
k. Inspector Test Attachment
l. Name Plate
m. Registration Plate

7. Apakah fungsi name plate? Apakah maklumat yang terdapat padanya?
Maklumat boiler terdapatnya. Antaranya;
a. No. siri
b. Model
c. Design code
d. HT
e. Bila HT dibuat
f. Nama & Alamat kilang

8. Bagaimana anda menuji gauge glass?
a. Pastikan semua cock dalam kedudukan ‘service’
b. Pastikan ada air dalam stim drum
c. Pastikan tidak ada orang pada kawasan drain
d. Pastikan kita memakai PPE – nyatakan
e. Berdiri disebelah g.g
f. ‘Crack open’ drain cock selama 30 s kemudian baru full open – untuk elak glass
pecah akibat ‘thermal shock’ – kita akan nampak stim bercampur air keluar melalui
drain
g. Tutup water cock, kita akan nampak stim sahaja akan keluar melalui drain
h. Buka kembali water cock, dan ‘crack close’ selama 30 s dan full close steam cock,
kita akan nampak air sahaja akan keluar melalui drain
i. Buka kembali steam cock dan tutup drain cock – pastikan air kembali keparas normal

9. Bagaimana anda menukar gauge glass yang pecah?
a. Pastikan kita memakai PPE – nyatakan
b. ‘Isolate’ kan stim serta water connection dengan menutup kedua-dua valve
c. Tutup water dan stim cock dan buka drain cock
d. Pastikan bawa spanner yang bersesuian. Buka nut g.g
e. Buka dan tanggalkan kaca yang pecah
f. Jangan guna kembali flat brass packing washers
g. Pasangkan kaca baru yang tersedia ada, mesti 1/4” lebih agar dapat ‘play’ dan tahan
‘thermal expansion’
h. Selitkan nut serta packing yang baru pada kaca baru
i. ‘Centre’kan kaca serta ikat guna tangan dan akhir sekali ketatkan ¼ pusingan
mengunakan spanner
j. Setelah selesai, ‘on line’ kan kesemua valve serta crack open steam cock selama 10-
20 min baru full open kedua dua cock dan tutup drain cock

10. Bagaiamana anda membersihkan gauge glass yang tersumbat?
a. Pastikan semua cock dalam kedudukan ‘service’
b. Pastikan tidak ada orang pada kawasan g.g
c. Pastikan kita memakai PPE – nyatakan
d. Bawa spanner serta dawai sepanjang 3kaki yang depannya yang telah dibengkokkan
e. Berdiri disebelah g.g. Pastikan bahagian air atau stim yang tersumbat. Kalau
bahagian air tersumbat – dalam g.g tak nampak air dan kalau bahagian stim
tersumbat – dalam g.g akan penuh air.
f. Contohnya bahagian air tersumbat, maka dalam g.g tak kelihatan air
g. ‘Isolate’ kesemua valve pada bahagian air dan stim, tutup kesemua cock dan buka
drain cock, supaya air dan stim pada bahagian drain dapat dikeluarkan
h. Dengan menggunakan spanner, buka ‘cleaning plug’ pada bahagian air, dari sebelah
tepi g.g, gunakan dawai untuk mengorek serta bersihkan laluan / bukaan air pada
g.g. Setelah pasti kesemua kekotoran telah dibersihkan, buka valve air dan buka
perlahan – lahan water cock serta buka habis supaya kesemua kekotoran dapat
diblow keluar.
i. Pasang kembali ‘cleaning plug’ dan ‘inline’kan kesemua valve dan cock dan pastikan
air kembali ke paras normal g.g
j. Jika masih tersumbat ulang semula procedur diatas
11. Apa kamu akan buat jika satu gauge glass pecah?
Jika perlu, digantikan. Tetapi jika tidak, boiler masih boleh dijalankan kerana masih terdapat
satu lagi. Pengawasan perlu dibuat lebih kerap lagi.

12. Jika kedua-dua gauge glass pecah, apa anda akan buat?
Boiler mesti diberhentikan, cari punca-puncanya dan kedua-dua GG mesti digantikan.
13. Ada berapa jenis gauge glass? Namakan.
a. tubular
b. reflex
c. plate

14. Bila kamu perlu test gauge glass?
Paling kurang sekali satu shift

15. Ada berapa jenis safety valve? Namakan.
a. dead weight
b. spring loaded

16. Bagaiamana kamu set safety valve?
a. Inspector mesti hadir
b. Isi air dirawat
c. Pasang Inspector test pressure gauge pada Inspector’s test pressure gauge
attachment
d. Light off boiler
e. Naikkan tekanan stim
f. Angkat lever bila tekanan mencapai 75% of the lowest-set safety valves
g. Naikkan lagi tekanan ke tekanan lowest-set s.v/v
h. Jika s.v. pops, kurangkan firing
i. Ambil bacaan tekanan pada bila s.v/v pops and reseats
j. Jika tak pop /reseat pada tekanan ditetapkan, kurangkan firing agar tekanan kurang
dan adjust the s.v/v’s spring compression and/or valve’s blowdown
k. Naikkan tekanan pada set pressure sekali lagi dan ambil bacaan tekanan valve pops
& reseats
l. Apabila s.v/v mula beroperasi, kurangkan firing kepada tekanan minima
m. Ulang langkah j - l sehingga tekanan yang dikehendaki diperolehi
n. Kurangkan tekanan stim pada suatu tekanan yang selamat
o. Gag s.v/v yang baru disetkan
p. Naikkan tekanan stim kepada tekanan s.v/v yang kedua tinggi
q. Ulangi langkah f - p sehingga kesemua s.v/vs di setkan
r. Kurangkan tekanan stim pada tekanan selamat dan buka kesemua gags

17. Ada berapa safety valve pada water tube boiler?
Paling kurang 2

18. Bagaimana kamu set safety valve pada boiler yang mempunyai superheater tube?
Mengapa?
S.V. pada superheater tube perlu disetkan paling rendah dari steam drum. Ini bagi
mengelakkan ‘stravation of steam’ pada s/heater tube. Apabila S.V. pada s/heater tiub
‘blow’ dulu masih terdapat steam mengalir dalam tiub tersebut maka ia tidak akan musnah.

19. Apa itu syphone? Mengapa perlu ada syphone?
Paip yang berbentuk bulat lagi bengkok yang dipasang pada P.G.

20. Mengapa perlu ada tanda pada muka pressure gauge?
Tanda merah dibuat pada muka P.G. bagi menentukan tekanan pengoperasian boiler tidak
melebihi ASWP dengan hanya sekali pandang dari kedudukan firing.

21. Ada berapa jenis blowdown? Nama serta terangkan fungsi setiap satu. Dimanakah
kedudukan setiap satu?
Ada 2 jenis;
a. continuous
b. intermittent

22. Bagaimana kamu buat blowdown?
a. Pastikan semua b/down valve dalam kedudukan ‘service’
b. Pastikan tidak ada orang pada kawasan b/down pit / chamber
c. Pastikan ada air pada paras normal sebelum b/down dibuat
d. Pastikan kita memakai PPE – nyatakan
e. Jika dari kedudukan b/down, kita tidak dapat melihat g.g, kita ke stationkan seorang
pembantu di tempat g.g
f. ‘Crack open’ dan full open fast open valve
g. Buka slow open valve – pastikan kita dapat melihat paras air di g.g
h. Setelah puas hati kuantiti air yang hendak dibuang, tutup slow open valve
i. Tutup fast open valve dan buka kembali slow open dan tutup kembali slow open
j. Pastikan air kembali ke paras normal g.g

23. Ada berapa jenis feed pump yang digunakan pada boiler?
a. Centrifugal
b. Reciprocating

24. Dimanakah kedudukan fusible plug pada boiler water tube?
3in dari kedudukan paling bawah drum

25. Dimanakah kedudukan fusible plug pada boiler fire tube?
3in dari kedudukan tiub paling tinggi

26. Ada berapa jenis fusible plug? Namakan
a. Jenis fire side – dipasang dari kedudukan fire side
b. Jenis water side – dipasang dari kedudukan water side

27. Apa maklumat yang terdapat name plate?
• Manufacture/Makers name & address
• Manufacture/Makers serial no
• Manufacture/Makers design pressure
• Code/spec/rule of boiler design
• HT Pressure
• Date of HT

28. Apakah tugas anda sebagai boilerman bagi menjaga keselamatan anda dan boiler dibawah
jagaan anda?
• Elak dari melakukan perkara ‘serious misconduct’
• Pastikan tidak berlaku ‘dangerous occurances’
• Melaksanakan arahan jurutera
• Maintain
- Paras air
- Test GG
- Lakukan blowdown bila perlu
- Bekalan bahanapi
- Bekalan bahan kimia ke feed pump
- Air Feed
• Memastikan logi dalam keadaan selamat
• Simpan rekod bekalan & pengunaan fuel
• Melakukan pemeriksaan berkala
• Selalu lakukan visual inspect keadaan jentera
• Kemaskan buku log jentera
- Rekodkan data loji serta kejadian luar biasa
- Penyelenggaraan dilakukan pada setiap shift

29. Apakah tujuan anda menghadiri temuduga ini?
Mengikut akta 29(2a), sesiapa yang menjaga operasi mesin IPD mesti mempunyai sijil
kekompetenan seperti mana yang dikehendaki oleh JKKP.

30. Apakah yang anda faham tentang OSHA dan FMA?
OSHA – Occaputional Safety and Health Act (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dikuatkuasakan pada tahun 1994, meliputi FMA, skop yang lagi luas. OSHA 1994, Akta –
undang2 yang harus dipatuhi dan diluluskan oleh Parlimen. Kandungan termasuk keperluan
pekerja berkompeten, tugas2 pengendali, pemeriksaan berjadual, salah laku sewaktu
bertugas, kejadian2 merbahaya
FMA – Factory and Machinery Act (Akta Kilang dan Jentera). Diwartakan tahun 1967,
mempunyai 15 peraturan. Akta139, 1967: Akta untuk mengawal perkara2 berkenaan
dengan keselamatan, kesihatan & kebajikan pekerja, pendaftaran dan pemeriksaan
peralatan jentera dan perkara yang berkenaan dengannya.

31. Apakah peranan JKKP?
Pihak yang mewakili kerajaan bagi menguatkuasakan peraturan-peraturan dibawah akta
tersebut.

32. Dalam keadaan bagaimana kamu perlu menghubungi JKKP?
• Membeli, memasang Injin / Mesin baru.
• Kawalan mutu sewaktu pembuatan Injin / Mesin berkenaan.
• Mulatugas Injin / Mesin pertama kali.
• Senggaraan Berjadual (khususnya peralatan yang “bersijil”)
• Mengubah-suai, membaik-pulih besar-besaran Injin (major repairs / rehabilitation).
• Menambah Injin / Mesin pada loji yang sedia ada.
• Memindah, menjual atau melupuskan Injin / Mesin.
• Lain-lain perkara yang dinyatakan secara khusus oleh pihak JKKP.

33. Apa itu ASWP?
Bermaksud tekanan maksima yang dibenarkan bagi sesuatu boiler atau unfired pressure
vessel yang ditetapkan oleh Inspector.

34. Apa itu Design Pressure?
Bermaksud tekanan maksima yang telah ditetapkan oleh Boiler Manufacturer atau pada
unfired pressure vessel atau pada fittings atau pada piping yang ada bersamanya.

35. Siapakah Inspecting Authority?
Bermaksud nama bahagian atau Jabatan yang bertanggung jawab keatas steam boiler atau
unfired vessel seperti tertera pada Fourth Schedule.

36. Apakah tugas-tugas Inspecting Authority?
• Mengkaji dan menilai design drawing sebelum diserahkan kepada JKKP.
• Menjalankan quality inspection semasa pembinaan dan pengeluaran boiler.
• Sebagai saksi bagi pihak JKKP semasa menjalankan essential testing.

37. Apakah perbezaan antara OSHA dan FMA?

38. Namakan butir-butir yang terdapat pada C.F?
• Tarikh sah CF sehingga…
• ASWP
• No PMD
• Nama Pembuat
• No Siri
• Nama Boiler & Jenis
• Heating Surface
• Nama Pemeriksa

39. Siapa itu Inspector?
Pengarah Negeri JKKP – setiap negeri ada satu inspector.

40. Siapa itu Ketua Inspector?
Ketua Pengarah JKKP – hanya ada satu sahaja

41. Apakah WPS atau PTW?
• WPS – Welding Procedure Specification
• PTW – Permit To Work

42. Apakah jenis-jenis mesin yang tidak tertakluk di bawah Akta?
• Enjin untuk menggerakan kenderaan
• Peralatan yang digerakkan secara ‘manual’ kecuali ‘hoist’
• Mesin serta peralatan persenderian untuk kegunaan persendirian
• Peralatan pejabat

43. Apakah jenis kemalangan yang mesti dilaporkan kepada JKKP mengikut Akta Kilang dan
Jentera 1967?
• Kemalangan yang menyebabkan kematian.
• Kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius dan mangsa tidak dapat bertugas
selama 4 hari berturut-turut.
• Kejadian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin.
• Roda pengimbang atau lain-lain bahagian yang berputar pada mesin / enjin pecah
atau terlerai.
• Kerosakan struktur yang menyebabkan krin, hoist, mesin dll. runtuh.
• Letupan, kebakaran dsb. yang menyebabkan timbul keraguan terhadap tahap
keselamatan struktur, mesin / enjin dan lain-lain.

44. Apakah perbuatan-perbuatan yang menyalahi tatakerja yang serius dalam FMA?
• Tidur
• Mabuk atau kurang sedar
• Meninggalkan mesin / enjin tanpa pengawasan
• Gagal membuat laporan kerosakan mesin / enjin yang serius
• Kelalaian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin

45. Apakah hubungkait di antara penyeliaan dan keselamatan pekerjaan?
Penyeliaan yang berkesan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keselamatan. Penyeliaan
yang berkesan akan memastikan tahap keselamatan sentiasa terjamin dengan cara:
• Penyelia / pengendali perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya
untuk mengendalikan mesin / injin dan juga pekerja bawahan.
• Tidak melakukan kesilapan atau kecuaian yang boieh membawa kepada kemalangan,
kerosakan mesin / injin dsb.
• Memastikan hanya orang atau pekerja yang sesuai sahaja untuk melakukan sesuatu tugas
mengikut tahap-tahap kesusahan kerja.
• Memastikan mesin / injin sentiasa beroperasi da lam keadaan yang baik dan selamat
serta sentiasa mematuhi undang-undang yang berkaitan.

46. Jelaskan apakah aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu ada di tempat
bertugas?
Ruang kerja yang bersih dan teratur. Alat dan pakaian keselamatan yang sesuai, cahaya
dan gantian udara yang cukup termasuk mempunyai escape route.

47. Apakah tindakan seharusnya dilakukan sekiranya berlaku kebakaran dan kemalangan di logi
anda bekerja?
Tenang, dan bertindak , secara rasional. Sekiranya kebakaran berlaku kita hendaklah
pastikan jenis kebakaran tersebut agar langkah memadan api yang sesuai boleh dijalankan.
Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan orang yang cedera diberi pertolongan yang
bersesuaian disamping itu langkah yang perlu juga harus diambil agar penjalanan enjin
tidak terjejas.

48. Berapakah masa interval untuk pemeriksaan JKKP ke atas mesin-mesin di kilang anda?
15 bulan mengikut akta, dan lanjutan selama 3 bulan sebanyak 2 kali sahaja. Hanya
kelulusan dari Ketua Inspektor dan di recomand oleh Inspektor

49. Mengapa purging sangat penting dan bila dilakukan?
a. “PURGING” mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum bahanapi dimasukkan
kedalam kebuk pembakaran.
b. Bertujuan untuk mengeluarkan sisa-sisa bahanapi atau gas dari Kebuk Pembakaran.
c. Boleh menyebabkan letupan sekiranya diabaikan.

50. Bila purging dilakukan?
• Sebelum memulakan api yang pertama kali
• Jika api yang pertama kali itu gagal dihidupkan dalam masa :-
.. 10 - 20 saat untuk bahan pembakar gas dan light fuel
.. 30 - 60 saat untuk heavy fuels

51. Bagaimana melakukan purging?
• Semua isolating valve hendaklah ditutup
• Semua shut-off valve ditutup
• Hidupkan kipas draught dan blower
• Kapasiti aliran udara yang dialirkan hendaklah sama atau lebih dari 25%
• Perubahan isipadu dalam furnace tidak kurang dari 5 kali
• Kesemua dampers dan ducting yang memasuki dan keluar dari furnace hendaklah
dibuka
• Masa purging hendaklah dibuat selama 5 minit

52. Apakah kesan atau hasil dari pembakaran?
Sebahagian kesan yang terjadi semasa pembakaran fuel oil terhadap sifatnya
• Kesan sulfur
Agent pengaratan kerana ia bersifat asidik, biasa terjadi pada chimney, stack air heaters
dan economizer.
• Kesan moisture
Jika dibenarkan melalui atomizer akan menyebabkan api padam, kurang suhu
pembakaran, memanjangkan flame. Ia akan menyumbatkan strainer dan sprayer plates
maka maintenance yang lebih kerap mesti dilakukan.

53. Selain dari karbon dan hidrogen, sulfur merupakan element penting dalam fuel. Mengapa
penting jumlah sulfur dikurangkan dalam fuel ?
• Untuk mematuhi undang undang pencemaran, kerana sulfur oksida akan terbentuk
semasa pembakaran fuel yang mana sangat merbahaya kepada kesihatan. Biasanaya
Apabila kepadatan penduduk sesuatu tempat adalah tinggi makan peratus gas sulfur
sulfur oksida mesti dikurangkan melalui meninggikan chimney atau lokasi logi boiler
dipindahkan.
• Sulfur oksida dan moisture yang terbentuk semasa pembakaran akan besatu menjadi
asid surfuric. Ini akan mengakibatkan pengaratan pada tiub dan bahagian logam lain
lalu menyebabkan kerosakan terok pada besi / plet.

54. Ada berapa jenis superheater?
a. Convection
Dalam sesetengah boiler superheater tiub dilindungi dari radiant heat melalui water
screen tubes. Barisan tiub ini akan menyerap radiant heat dari furnace maka
superheater tersebut dipanaskan melalui gelombang convection tidak melalui direct
radiant.
b. Radiant
Dalam sesetengah boiler pula superheater tiub tidak mempunyai water screen tube
teapi terdedah terus kepada radiant heat dari furnace.

55. Apakah aktiviti -aktiviti yang terlibat sebelum commissioning boiler?
a. Pre commissioning cleaning
• Alkali BoilingOut
• Chemical Cleaning
b. Drying out
c. Hydrostatic Test
d. Safety Valve Setting / Floating
e. Stem Blowing

56. Apa tujuan alkali boiling out? Bagaimana ia dilakukan?
Tujuan alkali boiling out adalah untuk membersihkan kesan gris dan minyak yang
tertinggal semasa pembinaan boiler baru atau selepas kerja repair dibuat.
 Cara-cara dilakukan;
a. Isi air yang mengandungi campuran sama bah. tri-sodium phosphate, calcium
carbonate dan caustic soda: 6lb of campuran kepada setiap 1000lb air
b. Jalankan boiler pada kadar perlahan tetapi tidak melebihi 20 bar
c. Stabilkan tekanan beberapa jam
d. Tambah air sampai H
e. Guna continous blow down selama lebih 48 jam
f. Ganti air dan kimia
g. Ambil sample dan pastikan samples are clear and tetap sama
h. Stop boiler dan tunggu sejuk
i. Buka semua vents & drains
j. Buka drum:
.. Kesat jika ada sludge
.. Bilas dengan air

57. Apa tujuan chemical cleaning? Ada berapa cara ia dilakukan? Bagaimana ia
dilakukan?
Tujuan chemical cleaning adalah untuk membuang scale. Terdapat 2 cara cleaning;
 a. Soaking
b. Recirculation
 Soaking tidak berkesan sebagaimana recirculating.Tetapi, peralatan kurang
digunakan

a. Soaking
• Isi boiler, economizer & s/heater dengan inhibited acid
• Beri masa bagi asid bertindak
• Bilas
• Masukkan larutan caustic soda bagi menutralkan kesan asid
b. Recirculation
• Gunakan pam untuk mengedarkan inhibited acid kesemua bah boiler
• Uji cleaning solution
• Jika solution shows menunjukan tiada kesan- weakening, ini
menunjukan scale sudah terlarut
• Bilas dengan caustic soda solution untuk neutralise kesan asid

58. Apa tujuan Hydrostatic Test (H.T.)? Bagaimana ia dilakukan?
• Tutup boiler stop v/v
• Tutup kesemua boiler drain v/vs
• Buka v/vs drum dan S/H
• Isikan boiler & s/Hs dengan air dirawat / air biasa sehingga boiler stop v/v dengan
menggunakan pam
• Tutup vent v/vs apabila air mengalir keluar melaluinya
• Naikkan tekanan air ke tekanan H.T (2x or 1.5x +50 psi)
• Tetapkan tekanan sekurang 20 minit
• Masa yang sama , pemeriksaan visual dilakukan pada bahagian bertekanan
.. Jika terdapat kebocoran, ia perlu dibaiki dan HT diulangi
.. Selepas ujian dibuat, drain serta vents perlu dibuka

59. Bila H.T. perlu dilakukan?
a. UPV dan boiler baru
b. Selepas menjalani kerja baik-pulih
c. Sekurang-kurangnya sekali dalam 7 tahun
d. Jika pemeriksaan dalaman yang terperinci tidak dapat dilakukan pada boiler
e. Bila mana-mana bahagian boiler atau paip dikimpal

60. Apa langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa melakukan H.T.?
a. Pastikan Inspektor hadir
b. Jangan gunakan air panas
c. Jangan lupa tanggalkan ‘gag’ pada S.V. selepas lakukan H.T.

61. Apa tujuan boiler storage? Ada berapa jenis? Bagaimana ia dilakukan?
Melindungi boiler dari proses pengaratan / pitting semasa boiler tidak digunakan /
beroperasi. Ada 2 jenis storage;
a. Wet Storage – jika boiler tidak digunakan kurang dari 1 bulan. Cara-cara;
• Selepas draining,
• Cuci & bersihkan boiler untuk menghilangkan sludge
• Isi boiler dengan air dirawat
• Tambah caustic soda (3lb /1000 gallon air)
• Tambah sodim sulphite (1.5lb /1000 gallon air)
• Panaskan air dengan low fire (approx. 30 mins) untuk membuang gas
terlarut
• Blank semua sambungan ke boiler
• Pasangkan line vent nitrojen pada tekanan (0.3 bar)
• Jika perlu, pasangkan temporary water inspection tank pada vent
• Lakukan routine inspections to pastikan air sentiasa ada & ada tekanan
nitrogen
• Uji air boiler mingguan
b. Dry Storage - jika boiler tidak digunakan lebih dari 1 bulan.
• Drain boiler
• Cuci & bersihkan boiler
• Keringkan boiler mengunakan angin panas
• Letakan lime / silica gel dalam boiler
• Seal boiler hanya untuk sambungan nitrogen ke line vent
• Maintain tekanan nitrogen pada 5 psig
• Periksa bekalan nitrogen selalu

62. Apa tujuan boiler drying-up? Bagaiamana ia dilakukan?
Tujuan drying-up adalah untuk tujuan warming up & mengeringkan bhg boiler;
• Bahan Refractory
• Bhg boiler yang tidak boleh drain
 Tata cara dilakukan;
• On kan boiler
• Jalankan api rendah utk menghasilkan aliran wap yang keluar melalui drum
vent
• J/masa : 48 jam - 1 minggu
• Kadar tekanan boiler dapat dikawal melalui membuka v/v drain s/heater
• Bila tekanan drum dalam 2 bar, buka boiler drum vent v/vs

63. Bagaimana kamu memberhentikan boiler dalam keadaan biasa?

64. Bagaimana kamu memberhentikan boiler dalam keadaan merbahaya? Atau dalam
keadaan berikut:
a. Safety Valve tidak blow
b. Kebocoran
c. Gauge Glass pecah
d. Paras air merbahaya (rendah)
e. Paras air tinggi

65. Mengapa bahan bakar perlu disediakan terlebih dahulu?
a. Untuk mendapat pembakaran lengkap
b. Agar pembakaran yang efficient dapat dicapai
c. Untuk mengelakkan keadaan tidak stabil dalam furnace lalu mengakibatkan
letupan furnace
d. Penyedia bahan api pula bergantung kepada jenis fuel yang akan digunakan

66. Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang kamu ambil sebelum memula-
tugaskan boiler / pemeriksaan awal?
a. Pastikan PTW telah dibatalkan
b. Pemakaian PPE
c. Pastikan orang tak berkenaan tidak berada di logi
d. Periksa;
• buku log
• water level overhead tank & deaerator tank
• Paras air dalam drum ½ - ¾ pada W.G.
• Chemical dising equipment
e. Tutup;
• Header drain cock
• Blowdown valve
• Main stop valve
• Auxiliary valve
f. Buka
• S/Heater drain

67. Bagaimana anda memulakan operasi boiler?
a. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan awal
b. Memulakan firing
• Purging selama 10 – 15 minit
• Masukkan fuel dan start light off
• Tutup furnace door
• Jalankan FD, S Fan
• Buka damper ID Fan & Ash Pit Door – create natural draft & kemudian
jalankan FD Fan
• Apabila stim keluar dari air cock, tutup dan naikkan pressure seperti berikut;
• 0 to 50 psi – 45 min
• 50 to 200 psi – 45 min
• 200 to 300 psi – 20 min
• Buka MSV pada working pressure

68. Bagaimana anda membuat normal shutdown boiler?
a. Tutup MSV
b. Stop fuel supply
c. Stop semua fan – FD, S Fan
d. Keluarkan api dari furnace
e. Buka semua steam darin valve
f. Kerangkan tekanan gradually sehingga tahap selamat
g. Buka s/heater drain
h. Buka air cock
i. Buka outlet damper / furnace door untuk natural draft / cooling
j. Purging dengan start stop ID Fan
k. Pastikan paras air dalam ½ level G.G

69. Namakan jenis jenis tiub pada sesuatu boiler?
a. Generating Tube
• Kedudukan direct kepada flue gas
• Material – Medium Carbon Steel
• OD – 50 to 76mm & Thick – 3.2 to 4.5mm
b. Downcomer Tube
• Not direct to flue gas
• D > 150mm (6in)
c. Superheater tube
• Material – High Carbon Steel
• To generated superheated steam
d. Distributing Tube / Injector
• In upper drum, from FCV to inner sec. Below LWL
• There’s hole 1/8 in facing down to avoid kocakkan air
• To distribute water in drum
e. Economizer Tube
• To increase FW temp.
• To lower flue gas temp escaping to exhaust

• Last pass 

No comments:

Post a Comment