Friday, 9 June 2017

Oral Steam

SET 3, SOALAN UTAMA:  Panel mengambil 1 sample Tube seperti dalam dalam gambar dibawah dan minta dan ceritakan apa yang berlaku?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mmapu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.

SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN
1. Apa nama defect ini?
2. Adakah  perlu dilaporkan kepada JKKP dan Borang apakah yang perlu diisi?
3. Apa yang anda perlu buat jika kejadian ini berlaku semasa anda sedang mengoperasikan boiler?
4. Bilakah Main Stop Valve perlu ditutup?
5. Ada mazhab mengatakan jika kita terus tutup MSV, PSV akan POP dan ia membeahayakan boiler, betul ke?
6. Adakah boiler feed water supply perlu diberhentikan? Kenapa?
7. Apakah punca kejadian ini berlaku?
8. Nyatakan 2 jenis scale?
9. Bagaimana scale boleh berlaku dalam boiler?
10. Beri contoh soft scale dan warna scale tersebut?
11. Beri contoh hard scale dan warna scale tersebut?
12. Berapa limit TDS / Conductivity boiler anda?
13. Apa beza antara TDS dan Conductivity?
14. Berapa jenis blowdown?
15. Kenapa kene buat blowdown, kan membazir, kenapa tak buang TDS tersebut sebelum masuk kedelam boiler?
16. Berikan formula untuk mengira blowdown rate?
17. Jika TDS air masuk 300ppm dan TDS air dalam boiler adalah 2800ppm, boiler capacity 40mt/hr, tunjukkan pengiraannya?
18. Kenapa ada boiler yang tiada Continuous Blowdown Valve, kenapa ada boiler yang ada?
19.  Selain dari TDS/ conductivity, apakah parameter lain yang anda pantau diboiler anda?
20. Berapa limit silica boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?
21. Berapa limit pH boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?
22. Kenapa PH setiap boiler tak sama? Siapa yang tetapkan? Kenapa?
23. Berapa limit cloride boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?
24. Berapa limit M-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?
25. Berapa limit P-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?
26. Berapa limit M-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?
27. Berapa limit Total Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?
28. Berapa limit Total Iron boiler anda? Untuk apa bacaan itu?
29. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai Oxygen Scavenger?
30. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai Sludge Conditioner?
31. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai corrosion Inhibitor?
32. Kenapa Hydrazine tidak dibenarkan penggunaannya sekarang?
33. Apakah fungsi Deaerator?
34. Terangkan operasi Vacuum Deaerator?
35. Bagaimana tekanan vacuum boleh terjadi didalam vacuum deaerator?
36. Terangkan operasi Thermal Deaerator?
37. Kenapa vacuum deaerator di atas lantai tetapi thermal Deaerator diletak tinggi sehingga 15 kaki diatas?
38. Berapa suhu air di vacuum Deaerator?
39. Berapa suhu air di thermal  Deaerator?
40. Kenapa suhu di vacuum deaerator tidak sama dengan suhu di Thermal deaerator?
41. Apa nama terma bagi menunjukkan kekeruhan air?
42. Apakah mesin yang digunakan untuk menjernihkan air?
43. Apakah proses coagulation?
44. Apakah proses Flocculation?
45. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses coagulation?
46. Terangkan bagaimana JAR TEST dijalankan?
47. Kenapa jarak suntikan bahan kimia tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh?
48. Berapa PH yang sesuai untuk bahan kimia itu bertindak?
49. Terangkan apa itu sludge blanket? Dan bagaimana ia beroperasi?
50. Apa fungsi sand filter?
51. Apa fungsi activated carbon filter?
52. Apa beza antara sand filter dengan activated carbon filter?
53. Kenapa di kilang sawit tiada activated Carbon Filter?
54. Apakah fungsi softener?
55. Apakah nama resin di dalam softener?
56. Terangkan bagaimana resin didalam softener boleh bertindak menyingkirkan Magnesium dan Calcium?
57. Berapa kekerapan softener perlu dibuat regeneration?
58. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di softener?
59. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di softener?
60. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin telah buat regeneration dengan sempurna?
61. Bagaimana anda tahu resin didalam softener mencukupi?
62. Bila anda perlu buat resin change-out pada softener?
63. Apakah fungsi RO plant?
64. Terangkan operasi RO Plant?
65. Apa beza antara reverse Osmosis dengan Osmosis?
66. Dalam industri, kebiasaannya ada berapa membrane filter dalam satu-satu ceramic membrane?
67. Berapa kekerapan RO plant perlu dibuat regeneration?
68. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di RO Plant?
69. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di RO Plant?
70. Apakah fungsi cation di Demineralization Plant?
71. Apakah nama resin di dalam cation di Demineralization Plant?
72. Terangkan bagaimana resin didalam cation  boleh bertindak menyingkirkan ion?
73. Berapa kekerapan cation perlu dibuat regeneration?
74. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di cation?
75. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di cation?
76. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin dalam cation telah buat regeneration dengan sempurna?
77. Bagaimana anda tahu resin didalam cation mencukupi?
78. Bila anda perlu buat resin change-out pada cation di Demineralization Plant?
79. Apakah fungsi Decarbonator?
80. Terangkan bagaimana Decarbonator beroperasi?
81. Apa beza antara Decarbonator dengan Degasser?
82. Kenapa decarbonator diletakkan selepas Cation Bed dan bukannya selepas Anion Bed?
83. Apakah fungsi Anion Bed di Demineralization Plant?
84. Apakah nama resin di dalam Anion Bed di Demineralization Plant?
85. Terangkan bagaimana resin didalam Anion Bed  boleh bertindak menyingkirkan ion?
86. Berapa kekerapan Anion Bed perlu dibuat regeneration?
87. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di Anion Bed?
88. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di Anion Bed?
89. Ada sesetengah demin Plant, steam di inject keadalam laluan cecair kimia ke Anion Bed? Untuk apa tujuannya?
90. Jika inject steam dalam system, berapa had suhu anion bed semasa proses regeneration dijalankan?
91. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin dalam Anion Bed  telah buat regeneration dengan sempurna?
92. Bagaimana anda tahu resin didalam Anion Bed mencukupi?
93. Bila anda perlu buat resin change-out pada Anion Bed di Demineralization Plant?
94. Kenapa tangki dan pipe pada demin plat diperbuat dari PVC atau Stainless Steel?
95. Jika terdapat Silica breaktrough kedalam system, apa kesan kepada boiler?
96. Berapa PH air demin?
97. Apa maksud Cycle Of Concentration dalam boiler?
98. Bagaimana cara untuk remove scale?
99. Terangkan bagaimana online cleaning dilaksanakan di boiler anda?
100. Terangkan bagaimana chemical cleaning dilaksanakan di boiler anda?
101. Terangkan bagaimana acid cleaning dilaksanakan di boiler anda?
102. Terangkan bagaimana scale boleh mengganggu permindahan haba (heat transfer)?
103. Terangkan 3 jenis permindahan haba?
104. Jika boiler anda mengalami kejadian diatas dan proses pembaikkan mengambil masa 2 bulan, apa yang perlu anda lakukan kepada boiler anda bagi mengelak tube lain berkarat, yang mana storage yang sesuai?
105. Terangkan procedure wet storage?
106. Apakah kriteria penting yang perlu dijaga semasa wet storage?
107. Berapa kerap boiler ini perlu dipanaskan jika ia disimpan secara wet?
108. Kenapa air diisi didalam drum untuk simpanan basah ini hanya ¾ sight glass? Adakah bahagian atas drum tidak berkarat?
109. Terangkan procedure dry storage?
110. Apakah bahan kimia yang digunakan?
111. Terangkan kebaikkan dan kelebihan 3 jenis silica gel yang ada dipasaran?
112. Jika anda guna silica gel jenis warna biru, apabila ia telah exhausted, maka ia akan bertukar menjadi merah, namun bagaimana anda nak pastikan yang anda salin silica gel ini sebelum ia exhausted?
113. Terangkan procedure Nitrogen Storage?
114. Berapa tekanan N2 untuk aktiviti ini?
115. Apa beza N2 storage dengan N2 Blanket?

Jika anda boleh menjawab semua 115 soalan ini dengan lancar, satu lagi penjimatan telah anda lakukan secara tak sengaja  sebagai steam engineer iaitu syarikat tidak perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi pembaikkan di boiler anda nanti. 

Selamat Maju Jaya

-DIN CINCIN- :)

No comments:

Post a Comment