Sunday 7 August 2016

Syarikat besar vs Syarikat tak berapa nak besar

1. Graduan baru tamat belajar memang fokus untuk cari kerja. Atas sebab itu, mereka tak banyak pilihan. Terima kerja seadanya.
2. Tempoh 5 tahun pertama sebenarnya sangat kritikal. Cari kerja dan cari pengalaman. Waktu itu, soal gaji, pangkat atau kemudahan lain adalah soal kedua. Soal pertama adalah cari pengalaman dan bina kerjaya dari peluang kerja yang ada.
3. Syarikat besar atau syarikat kecil? Ia sebenarnya tidak penting. Mengikut Jack Ma Ali Baba, sertai syarikat kecil pada peringkat awal lebih baik berbanding syarikat besar. Alasan beliau adalah di syarikat kecil graduan akan belajar banyak perkara tentang perniagaan dan pengurusan syarikat. Berbeza dengan syarikat besar, pekerja adalah sebahagian daripada sistem yang besar dan fokus kepada tugas tertentu sahaja. Tidak banyak perkara lain boleh dipelajari.
4. Namun begitu, dalam industri sawit, tugas jurutera bukan tertakluk kepada satu bahagian, jurutera sawit buat pelbagai perkara. Dari akaun, pengurusan, operasi dan sumber manusia. Jurutera sawit didedahkan kepada semua perkara melibatkan pengurusan sebuah organisasi disamping bidang kejuruteraan.
5. Besar atau kecil tidak penting. Yang penting adalah gaji dan anda maju dalam syarikat berkenaan. Anda sentiasa belajar walaupun di mana jua anda berada.

Suatu masa, masa belajar akan tamat dan anda ke jadi pengajar atau ambil cabaran lebih besar!