Sunday, 31 July 2011

My Story V ; Leepang Palm Oil Mill



Leepang adalah gabungan nama ayah dan bapa Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng, director IOI. Di Leepang Group terdapat beberapa ladang seperti;

1. Permodalan (Permodalan 1,2,3,4)
2. Leepang Estate (1,2,3,4,5)

jumlah keseluruhan kawasan ladang adalah lebih 12,000 Ha.

serta sebuah kilang bernama Leepang Palm Oil Mill berkapasiti 90 mt/hr.

Group Leepang ini bersebelahan dengan Group Morisem yang berkeluasan lebih 15,000 Ha. Kedua - dua Group ini berada di Sukau, Kinabatangan, Sabah.

Terdapat dua laluan utama ke group ini, melalui Jalan Jeroco dan melalui Jalan Sukau.

Kilang ini dibina pertengahan tahun 1990 an dengan kapasiti permulaan 40 mt/hr. Dibesarkan pada awal tahun 2000 menjadi 90 mt/hr.

Kebanyakan material adalah DxP dan semasa tahun 2006, majoriti ladang berada dalam peringkat 10 - 15 tahun.

Ladang Permodalan asalnya ditanam dengan koko, diganti dengan sawit apabila IOI mengambilalih. Masih terdapat saki baki bangunan tempat proses koko.

Melihat pada kedudukannya di Sukau, kawasan ini amat subur. Bersebelahan dengan muara Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Ladangan ini merupakan penghujung kepada banyak ladang yang terdapat di sepanjang Jalan Sukau.

Jika melalui Jalan Sukau, penghujungnya adalah Kg. Sukau. Terdapat sebuah feri yang menjadi penghubung ke ladang tersebut.

Semasa aku mengambil alih kilang ini, prestasi OER paling tinggi antara banyak kilang IOI di Sabah. Terima kasih pada ladang yang menghantar loose fruit dari range 5 hingga 8%.

Disebabkang berusia lebih 20 tahun, kebanyakan pekerja sudah memasuki generasi kedua. Driver, Pak Cik Lajuneda sudah lebih 15 tahun bekerja di kilang. Anak dan menantunya juga bekerja di sini. Cucunya sudah berumur 10 tahun.

Di komplek ini terdapat klinik, tadika dan juga sekolah rendah.

Disebabkan berada di hujung Sungai Kibatangan, walaupun berjumlah hampir 30, ooo Ha, namun Group ini (Morisem, Leepang dan Permodalan) menjadi kawasan private sepenuhnya. Tiada laluan ke mana - mana kampung serta penempatan.

Terdapat sebuah jeti kecil tempat loading CPO untuk dihantar ke Sandakan atau terus ke Kapal untuk dihantar ke Eropah.

250 meter dari Kilang, terletak LESC (Leepang Executive and Staff Club). Asalnya dilengkapi dengan kemudahan padang golf, bangunan serta tempat rekreasi. Sekelilingnya dipenuhi dengan pokok hutan dan kolam air kilang.

Padang golf ditanam pokok sawit beberapa tahun selepas kilang dibina.

Secebis hutan yang ada ini merupakan tempat yang amat cantik. Burung kenyalang boleh dilihat hinggap dan singgah di sini sewaktu petang.

Leepang, banyak cerita menarik di sini, sama seperti menariknya tempat ini.

1 comment:

  1. Bagaimana line telephone dekat sana? Internet?

    ReplyDelete