Saturday 30 July 2011

My Story III ; Richard Ginsin

Richard berdiri di tengah
Semasa aku sampai ke Morisem Palm Oil Mill 'B', berikut adalah pihak pengurusan kilang

Manager ; Mr Murugan Suresh
AM ; Edmund Norbert dan Aznol Kamal Hasan. Seorang jurutera telah menghantar notis berhenti. Kehadiran aku sebagai kadet untuk menggantikan jawatan beliau.

Production Executive ; Richard Ginsin
Technical Executive ; Maniam

Dari Mac hingga pertengahan Julai 2004. Dalam tempoh tiga bulan tersebut, aku dilatih oleh Mr Suresh, mendapat pendedahan awal dari rakan - rakan seperti Richard Ginsin dan lain lain.

Richard Ginsin; Seorang rakan dan juga sahabat.

Richard berasal dari Kota Belud, Sabah. Sudah berkahwin dan baru menimang anak yang pertama semasa aku sampai ke sana. Namun, keluarganya tidak tinggal bersama. Berjauhan dari Morisem, Sukau dan Kota Belud.

Disebabkan itu, aku disuruh tinggal bersama dengan beliau. Walaupun dia beragama Kristian, sikap toleransi yang ditunjukkan oleh beliau amat tinggi. Ini antara keistimewaan orang Sabah! Ramai juga di kalangan keluarga beliau yang sudah memeluk agama Islam. Faktor ini menyebabkan beliau tidak kekok malah mengalu - alukan kehadiran aku ke rumahnya.

Richard mempunyai pengalaman yang hebat. Memulakan kerjaya di Morisem (ladang IOI yang pertama) sejak 1990, dan berpindah ke Morisem Palm Oil Mill 'A' apabilan kilang tersebut dibina pada awal tahun 1990 an.

Beliau merekod banyak sejarah awal permulaan IOI sebelum menjadi terkenal hari ini. Pada tahun 1998, beliau dipindahkan ke Leepang Palm Oil Mill dengan tujuan supaya beliau diberhentikan. Kerana masalah peribadi yang tidak dapat dikikis.

Mr Suresh pernah berkata,
"Jika orang boleh melatih seekor harimau yang liar dari hutan menjadi jinak dan dapat dilatih untuk pertunjukan sarkas, kenapa pula manusia yang ada akal tidak dapat dilatih menjadi lebih hebat.

Walaupun seteruk mana manusia tersebut."

Atas dasar itu, Mr Suresh memberikan tekanan yang cukup hebat kepada beliau. Dan akhirnya, beliau menjadi sangat hebat.

Apabila kilang Morisem POM B dibina, beliau antara orang pertama yang sampai ke kilang tersebut. Terlibat dalam proses pembinaan dan commissioning hingga berjalan lancar.

Richard, rakan kerja semasa di kilang, rakan baik semasa di rumah.
Dalam tempoh yang singkat, tidak sampai tiga bulan, kami menjadi amat rapat.

Seawal 0630 pagi, kami sudah bertolak ke kilang.

Selewat pukul 1100 malam kami balik ke rumah.

Balik ke rumah, kami meluangkan masa beberapa jam menonton TV bercerita dari hati ke hati.

Beliau banyak memberikan dorongan.

Kata beliau,

"Jika kamu ingin maju dalam industri ini, buatlah yang terbaik. Jangan separuh atau ala kadar.

Jika kamu tidak minat, jangan buang masa, berhenti dan cari kerja dalam industri lain.

Jika kamu ingin kekal dalam industri ini, teruskan dan jangan main - main. Sudah berapa ramai saya jumpa jurutera yang membuang masa, kemudian berhenti daripada industri sawit.

Industri rugi, dia rugi, syarikat rugi."

Kata beliau lagi,

Saya sudah hampir 15 tahun bekerja di IOI. Jika saya berhenti, saya tidak akan masuk ke industri ini lagi.

Sangat terharu apabila tiba saat beliau menceritakan perihal anaknya yang kecil, namun terpaksa berjauhan kerana kerja.

Tidak kurang juga pelbagai pengalaman, nasihat, motivasi, cerita serta pengamalan beliau kongsi dengan saya.

Saya cukup terpegun apabila beliau bercerita keindahan Kundasang, Gunung Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan perihal negeri Sabah yang pada waktu itu cukup asing buat saya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment