Saturday 16 July 2011

Cerita bukit, sungai dan paya

  1. Nun jauh di sana, terletak tiga buah ladang sawit di sebuah bukit, sungai dan paya.
  2. Dimajukan sejak awal tahun 90 an.
  3. Oleh sebuah syarikat ternama negara.
  4. Sebuah kawasan pendalaman yang jauh dan cukup mencabar.
  5. Hingga ke hari ini, masih tiada jalan tar memasuki ke ladang tersebut.
  6. Dalam perjalanan ke sana, kami melalui beberapa ladang syarikat ternama. Kami berada di destinasi terakhir jalan ke tempat tersebut. Orang kata tempat jin bertendang.
  7. Bagaimana dan siapa yang memilih, bukanlah urusan aku. Mungkinkah tempat jin bertendang dipilih oleh jin? gurau saja.
  8. Adat planters, mereka memajukan sebuah hutan atau tempat jin bertendang menjadi maju serta seperti KL. Lepas dah maju macam KL, jin berambut hitam pulak yang menetap. gurau lagi.
  9. Nama tempat ini menarik. Satu nama bukit, satu nama sungai dan satu lagi nama loagan dalam bahasa tempatan atau ditafsirkan sebagai paya pendalaman.
  10. Pekan kecil namanya lapok. Sama seperti bujang lapok, ia nampak lapok bila kemarau, penuh debu, bila hujan, ada banjir kilat.
  11. Ladang ini menjadi tumpuan bos - bos di atas kerana prestasi yeild yang rendah. Datanglah sendiri tengok keadaan bukit, sungai dan paya ini. Tiada siapa yang dapat ubah.
  12. Secara geogrofi, bentuk muka bumi di sini banyak mempengaruhi prestasi ladang.
  13. Semakin hari, paras sungai makin tinggi. Makin cetak dek lumpur serta pasir dari hulu. Projek merogol hutan giat dijalankan oleh tokey balak halal dan haram.
  14. Bila musim hujan, banjir kilat berlaku. Bukan satu malah berpuluh pokok menari dan tertidur.
  15. Bukit, sungai dan paya ini juga menjadi laluan orang kampung ke rumah mereka. Jadi, tempat ini bukanlah kawasan peribadi sepenuhnya.
  16. Bila harga sawit tinggi, orang - orang yang mahu cari duit mudah, boleh memotong buah ibarat ladang ini mereka yang punya.
  17. Kata pihak berwajib, tanah ini tanah kerajaan. Maka pelabur datanglah melabur dan membina tiga buah ladang.
  18. Apabila sampai di tengah jalan, rupanya ladang dibina di tanah orang kampung.
  19. Orang mana, banyak yang mengaku.
  20. Bila ramai menuntut, banyak serta bersambung - sambunglah ceritanya.
  21. Bila dibawa ke keadilan, ada yang betul dan banyak juga yang salah. Yang salah tu cuma mahu ambil kesempatan.
  22. Berdiri sebuah kilang setelah buah yang hasil cukup untuk buat kilang.
  23. Di tengah - tengah bukit, sungai dan paya.
  24. Orang yang menjaga bukit, sungai, paya dan kini satu kilang silih berganti.
  25. Setiap orang punya sikap yang berbeza. Namun mereka patut dipuji kerana berjaya hidup di bukit, sungai dan paya ini.
  26. Kerana mereka cuba memberikan khidmat yang terbaik menjaga tempat ini.
  27. Mengubah mana yang mampu.
  28. Mendidik orang tempatan supaya mampu bersaing dengan ladang ternama di luar.
  29. Mereka juga berkorban masa, berjauhan dengan keluarga dan berhadapan dengan pelbagai isu serta karenah segenap hidupan di sebuah bukit, sungai dan paya.
  30. dan ..ceritanya akan terus dikenang buat mereka yang mengatakan, ini tempat yang cantik, tempat yang subur, tempat yang unik. Hanya mereka yang pernah sampai ke sini boleh dan berhak menceritakannya. Mau ke sini?

No comments:

Post a Comment