Thursday 28 July 2011

Kapten Jemat

siapa kapten jemat

mat denan suka bercerita. setiap perjumpaanpertemuan pasti ada cerita. samada cerita baru. atau cerita yang dulu yang pernah diceritanya diceritalagi.

mat denan. mohamad bin adenan. mechanical chargeman kilang mukah.

satu petang di depan opis kilang.

encik.! encik pernah dengar cerita kapten jemat.
tak. cerita la.
ceritanya cam ni.
bila time bercerita, mat denan akan bersungguh2. tak boleh ada sebutir detail tertinggal. kaki kangkang sikit ala penyanyi rock. tangan juga bantu bercerita.

satu hari. di pelabuhan. sorang tukang sapu ketika sedang bersihsapukan pelabuhan, terjumpa lesen kapten. foreign-going. tuanpunyanama lesen tuh jemat. diapun simpan la lesen tuh.
tak berapa lama lepas tuh. ada sebuah syarikat kapal carik kapten. diapun mintak. dan dapat.

di hari pertama. kapten jemat. dari tukang sapu jadi kapten. bangga tak terceritakan.
tiba masa nak belayar. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?. boleh kita mula bertolak.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat.
kita hidupkan engin, kapten.?.
buat macam biasa. jawabnya lagi.
sorang lagi kelasi datang.
kapten, kita bukak tali tambatan.?.
cam mana biasanya ko orang buat.?. tanyanya.
kita bukak tali tambatan, dan pelan2 bergerak.
ok. buatlah. buat macam biasa.

setiap soalan ditanya. kapten jemat akan jawab. buat macam biasa.
dan kapalpun berjaya berada di tengah lautan.

encik. tu la skillnya. kekadang orang bawahan kita tanya macam2. cammana nak buat itu buat ini, dan tak semua kita tau. kita tak boleh kata kita tak tau. kita kata je, buat macam biasa. biasanya, diaorang akan cuba dan cuba. dan siapelok.


hari terakhir kursus public speaking.

di hari terakhir kursus public speaking. setiap peserta harus menyampaikan ucapan dalam bentuk naratif. abdul karim memilih untuk bercerita tentang kisah kapten jemat.

abdul karim. engineer. kilang mukah. dia juga bos kepada mat denan.

... dan berjayalah kapal sampai ke laut dalam.
tiba2 angin mula bertiup kencang. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat yakin.
kelasi tersebut pun paham. segera mengemudi kapal mengawal keadaan.
angin bertiup semakin kencang. gelora. laut semakin bergelora. kapal hilang arah untuk dikemudi. berhayunan ke kirikanan dan terjongkangjongkit sekalidua.
kelasi2 semakin risautakut. maka ramailah kelasi datang berjumpa dengan kapten. dan tanya.
apa harus dibuat, kapten.?.
buat macam biasa.
dan dengan serentak. kelasi2 berteriakan melaung.
abort ship.! abort ship.! abort ship.!
semua kelasi2 terjun ke dalam laut. kecuali kapten jemat.

kapten jemat masih lagi di atas kapal tatkala kapal pelan2 menyelam ke dasar laut.

Source
http://hasribinhasfa.blogspot.com/2011/07/siapa-kapten-jemat.html

No comments:

Post a Comment