Wednesday, 30 May 2012

Selamat Hari Keamatan & Hari Gawai

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEAMATAN DAN HARI GAWAI
kpd
semua kenalan
di
Sabah
dan Sarawak.

Semoga gembira bersama keluarga.

Thursday, 24 May 2012

Rainfall @ Bt. 19 Sandakan, Sabah. 2007 - 2011

 sumber gambar dari google.
Tahun / rainfall (mm)
2007 / 4638 mm
2008 / 4144 mm
2009 / 3919 mm
2010 / 3088 mm
2011 / 5311 mm

year todate 2012 as at April recorded at 1436 mm.

Awang memerhati data itu dan cuba kaitkan dengan OER kilangnya.

Ya, kawan!

Memang ada kaitannya.

Tahun 2011 membuktikan banyak pengurus kilang berhenti dan diberhentikan keranan penurunan OER!

Kesian, detik Awang.

Kerana.. bukanlah OER turun disebabkan prestasi kilang semata - mata. Tapi disebabkan juga oleh hujan yang lebat pada tahun 2011!

...salam.

Sunday, 20 May 2012

Tahniah Saiful

4 orang pergi mendaki termasuk Awang.


saiful sampai ke puncak.


najib dan amirul beberapa meter selepas laban rata.


Awang meneruskan tidur dan mimpinya di katil di laban rata takkala mereka bertiga bangun meredah hujan di pagi hari pukul 2 pagi pada ketinggian 3200 m!


apa yang aku buat atas ni. ..bagus tidur!


salam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

xpdc mendaki gunung kinablu



Sehari sebelum mendaki.

Di Homestay.

Dari Kaki bukit Gunung Kinabalu.

Dalam perjalanan. Saiful dan Amirul.

Bersama - sama guide dan porter di pertengahan gunung. Dua dari kiri.. Badang Kinabalu. Mendapat gelaran kerana pernah mengangkat tong air ke puncak Laban Rata.

Hero - hero Kinabalu. Tabik spring untuk mereka yang bekerja sebagai porter dan guide. Anda semua memang hebat.

 kepenatan mendaki dari pukul 830 pagi hingga 1730 petang. Minum sup panas!

cukuplah sekali buat masa ini sampai ke Laban Rata.

lebih baik jalan jalan cari makan di bawah kaki gunung. Banyak tempat menarik untuk dilawati dengan keluarga...tanpa perlu anda mendera jiwa dan fizikal anda selama 3 minggu selepas mendaki.

lainlah kalau ada sekilo emas nak diambil dari atas puncak low peak.

kata Awang dalam hatinya...

salam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 18 May 2012

Dato' Dr MAZA ; Aku Bermimpi Rupanya..


Saya Bermimpi Rupanya

SAYA BERMIMPI RUPANYAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Semalam saya ditabalkan dengan dengan satu pertabalan yang hebat. Saya diberikan mahligai yang mewah yang dipenuhi harta dan makanan yang jenuh. Di kelilingi wanita-wanita cantik yang bersedia menyerahkan tubuh dan melayan kehendak saya. Saya pun menjamah makanan yang sedap itu dan menikmati wanita-wanita yang jelita tersebut. Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu yang ditutup.
Saya menoleh, tiba-tiba saya lihat bilik saya sangat sempit jika dibandingkan kepada saiz mahligai yang indah itu. Katil saya hanya ‘single size’ yang cukup muat, tidak dapat dibandingkan keindahan katil mahligai saya. Saya bersendirian, tanpa wanita gebu dan jelita manja. Keindahan istana hanya tinggal buku-buku yang berselerakan di atas sebuah meja yang dihiasi sebuah komputer. Bunyi-bunyi merdu suara dara jelita telah bertukar menjadi bunyi gerakan rakan fellow akademik Pakistan yang tinggal bersebelahan bilik saya.
Saya lihat tubuh saya tidak lagi dihiasi pakaian yang hebat menawan, sebaliknya hanya baju-T biasa dan berkain pelikat melayu. Saya bangun menjenguk ke tingkap, akhirnya saya sedar saya masih lagi di Broad Street, Oxford. Saya hanya seorang fellow di Oxford Centre for Islamic Studies. Seorang musafir yang bersendirian. Mahligai sementara saya sudah tiada. Wanita-wanita jelita yang dapat saya tiduri dengan ‘percuma’ tanpa proses nikah sudah pergi. Makanan terhidang yang lazat-lazat juga sudah hilang. Hanya ada air sejuk dan beberapa kotak makanan segera seorang musafir hidup. Saya bermimpi rupanya.
Begitu cepat episodnya tamat. Saya mencium tangan saya, apakah masih ada kesan bau makanan, ataupun wanita yang dipegang. Ternyata tiada. Hanya bau kertas-kertas yang dipegang sebelum tidur. Semuanya sudah hilang dan berakhir. Saya mesti bangun melakukan kembali tugasan seorang insan musafir seperti sebelumnya. Rakan saya juga tidak tahu bahawa saya sudah bergelar maharaja yang besar sebentar.

Demikianlah Dunia!
Demikianlah dunia ini. Ia bagaikan mimpi. Dalam mimpi itu kita mungkin ditabal dan diberikan pelbagai kehebatan harta, nama dan gelaran. Namun, itu semua akan berakhir. Apabila sampai detik roh dicabut dari jasad, semuanya bagaikan mimpi tadi. Tiada lagi nama yang hebat, harta ataupun gelaran. Hanya yang tinggal hakikat nilai seseorang insan di sisi Tuhannya. Allah mengingatkan kita tentang hakikat ini dalam al-Quran dengan firmanNya(maksudnya):
“Dan Demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu dakwa bahawa mereka ialah sekutu-sekutu (bagi Allah) dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwa” (Surah al-An’am: 94).
Segala gelaran dan kebesaran insan akan hilang pada saat dia dianugerahkan darjah pingat ‘kematian’ oleh Malaikat Maut. Segalanya bagaikan mimpi. Segala kenikmatan itu hilang. Bahkan, ada insan yang segala kepahitannya pula bagaikan mimpi. Hilang dari pandangan dan rasa. Hilang bagaikan debuan kisah yang berterbangan ke udara. Nabi s.a.w menceritakan tentang keadaan ahli neraka dan syurga. Sabda baginda:
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”.
Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Ya! Hilang bagaikan mimpi yang tidak muncul lagi pada rasa. Mungkin ia kekal pada ingatan, tetapi tidak pada perasaan. Azab yang menghapuskan nikmat, ataupun nikmat yang menghapuskan azab.

Inilah Kembara
Hidup adalah kembara. Kita merentasi banyak tempoh dan episod. Ada masa kita susah melalui hujan yang lebat ataupun panas yang terik. Ada masa kita sukar mencari tempat berteduh. Ada masa kita dialu-alukan. Ada masa kita makan enak. Ada masa kita hanya makan sekadar untuk meneruskan hidup. Sehingga saat kita sampai ke tempat tuju. Rumah kita yang asal. Harapnya, di sana kenikmatan yang sebenar.
Demikian hidup ini. Ia persis seperti kembara. Kembara hidup menuju kehidupan hakiki. Ada masa kita dimuliakan. Ada masa kita dihina. Ada masa kita diangkat. Ada masa kita dijatuhkan. Hal itu berterusan sehingga kita sampai ke destinasi akhir perjalanan hidup ini. Maut! Harapnya, di sanalah kita perolehi nikmat yang hakiki.
Maka Nabi s.a.w mengingatkan kita tentang hakikat ini. Kata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a:
“Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang asing, atau seorang musafir”. (Riwayat al-Bukhari). Ya, inilah yang al-Quran tegaskan: (maksudnya) “dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat itu)”. (al-‘Ankabut: 64).
Apa yang penting, dalam kehidupan seorang insan itu, dia sentiasa peka dengan hakikat dirinya dengan tuhannya. Hanya Allah dan diri kita sahaja yang tahu bagaimana hubungan diri kita ini dari segi kerohaniannya. Segala amalan yang zahir ditentukan oleh kadar kehalusan nurani rohani insani yang ada dalam naluri seorang hamba Allah.
Manusia boleh menilai, tetapi akhirnya kedudukan nilai spiritual seseorang insan jua yang dihitung di sisi Tuhan. Pakaian kebesaran, pangkat ketinggian, kuasa dan kedudukan adalah ciptaan mimpi insan dalam kehidupan di maya pada ini. Ia akan berakhir sepantasnya dengan satu sentapan maut. Hijab antara kenikmatan hidup di dunia dengan kematian yang membawa kepada kehidupan hakiki itu bagaikan sehelai kulit bawang yang nipis. Apabila ia ditembusi, kita pun boleh berkata: “Aku rupanya bermimpi”.

Tuesday, 8 May 2012

Minimum wage


Najib: Minimum wage ‘the right thing to do’


May 08, 2012
KUALA LUMPUR, May 8 — Putrajaya’s new base wage policy for workers was the “right thing to do”, Datuk Seri Najib Razak has insisted, attempting to quell dissent from both employer and employee groups over the proposed salary levels.
Najib had announced last Monday a base wage of RM900 for the peninsula and RM800 in Sabah and Sarawak with a grace period of six months, or double that for micro-enterprises, after much months of heated negotiations with those from both sides of the divide.
“In principle, I am clear that this is the right thing to do,” the prime minister said in a posting on his www.1malaysia.com.my blog late yesterday.
Najib said the government had to carefully consider the correct balance between guaranteeing workers a decent wage and employers’ needs before introducing the policy. — File pic
He explained to critics that the new floor wage was decided on after taking into consideration factors proposed by the World Bank such as cost of living, the poverty line index and unemployment rate.
Further to this, he pointed out, the proposed wage levels would be reviewed once every two years to account for any changes within these factors.
The government began working on a minimum wage policy last year after over a decade of pressure from labour unions during which productivity rose by 6.7 per cent annually but real wages inched up by just 2.6 per cent each year.
But it was delayed as stakeholders continued to pressure the government. Small-medium industries (SMIs) warned that 80 per cent of active businesses could fold under a blanket wage floor, cutting four million jobs from the labour market.
SMIs say they make up 99 per cent of operational companies and employ 59 per cent of all workers as they are the most labour-intensive outfits and will be hardest hit by a hike in wage bills.
But Najib insisted that the government had to carefully consider the correct balance between guaranteeing workers a decent wage and employers’ needs before introducing the policy.
“Some international studies indicate that a higher minimum wage can potentially affect demand for workers, especially youths lacking experience,” he pointed out.
After the policy was announced last week, employers and economists predicted that the new base wage would lead to surging unemployment, “black market” labour and inflationary pressure.
“When employers refuse to hire at the minimum wage, desperate workers will look to the black market and agree to take less than that,” said Wan Saiful Wan Jan, chief executive of libertarian think-tank Institute for Democracy and Economic Affairs.
“The irony is that the government introduced this to provide a social safety net but these workers will not have EPF or Socso,” he had told The Malaysian Insider, referring to the state pension fund and Social Security Organisation.
In contrast, workers’ groups protested against the new wage policy, demanding for a higher wage floor and greater employee rights.
But despite this, Najib said his government was determined to help ease the transition for the greater good of Malaysia.
He explained that when calculating the new minimum wage, the government had taken into consideration the need to maintain overseas investment in the country — which provides needed capital for generating jobs.
“We are also creating more and more job opportunities through the Economic Transformation Programme (ETP) in various industries such as tourism, wholesale and retail,” he said.
The government’s target, added Najib, was to create some 3.3 million jobs by the end of the next decade.
“In the meantime, I also encourage Malaysians to keep tuned to the ETP to find out which industries they can look towards for more opportunities.
“This is a day for recognising the role played by our workers, and I’m confident that this new policy will benefit many workers across the country,” he said

frm
Malaysian Insider

Friday, 4 May 2012

Mount Kinabalu Trail


Live

There are only two ways to live your life.

1. Though nothing is a miracle.

2. Though everything is a miracle.


Albert Einstein


Published with Blogger-droid v2.0.4