Saturday, 2 August 2025

Lebih sekadar bersuara

Di sebuah kilang penapisan lama di pinggir bandar, sekumpulan jurutera muda kerap berkumpul setiap pagi untuk toolbox meeting. Seperti biasa, suasana hangat dipenuhi suara-suara lantang:

“Bahagian conveyor tu asyik rosak!”
“Pump tu leaking lagi!”
“Kenapa tak ada preventive maintenance betul-betul?”

Ammar, jurutera paling muda, hanya mendengar. Dia sedar, spotting issues itu memang mudah. Setiap orang nampak apa yang tak kena. Tetapi selepas mesyuarat, semua kembali ke meja masing-masing, menyerahkan ‘isu’ itu kepada orang lain.

Suatu hari, motor pada tangki penapis gagal berfungsi di tengah syif malam. Suasana panik. Mesin terhenti, dan suara ‘kritik’ kedengaran lagi, “Siapa yang tak periksa semalam?” “Kenapa tak ada spare?”

Ammar diam, tapi tidak berlalu. Dia panggil dua operator, buka pelan lukisan, cari punca. Bersama-sama, mereka buka motor, periksa bearing, bersihkan saluran minyak, pasang semula. Hampir subuh, motor berputar kembali.

Esok paginya, Ammar tak bercakap panjang dalam mesyuarat. Dia hanya bentangkan action plan untuk elak kejadian sama: senarai spare part, jadual preventive, dan prosedur shutdown cepat. Suaranya tak sekeras yang lain, tapi tangannya yang kotor semalam menceritakan lebih banyak dari kata-kata.

Seorang penyelia senior senyum dan mengungkap, “Pointing at the failure in a system is easy – designing a lasting fix is what defines a true engineer.”

Dan pagi itu, Ammar belajar satu hal penting:
Blueprints don't fix buildings – action does.
Mengkritik hanya membuka mata, tetapi membaiki membuka jalan.

Kerana nilai sebenar bukan terletak pada siapa paling lantang bersuara, tetapi siapa yang sanggup menggulung lengan baju dan menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment