🌿 Menulis Dalam Kesakitan 🌿
Hampir lima tahun saya hidup dengan slip disc. Kalau ditanya doktor, kondisinya masih kategori minor. Tetapi bagi saya, setiap kali duduk menulis, sejam kemudian rasa sakit mula datang.
Belakang seperti menjerit minta rehat. Saya perlu berhenti, baring, atau sekurang-kurangnya berdiri dan berjalan. Walaupun begitu, kesannya tetap ada – kerana terlalu lama duduk.
Kalau saya mahu jadikan ini alasan, mungkin blog saya sudah terkubur lama. Mungkin saya tidak akan menulis lagi.
Tetapi… saya memilih jalan yang lain.
Saya memilih untuk embrace kesakitan itu.
Saya memilih untuk terus menulis, walau dalam kesakitan.
Kerana masa kita tidak menunggu. Masa semakin suntuk.
Dan menangguhkan hanya akan menjauhkan kita daripada impian.
Hari ini saya belajar satu perkara:
👉 Kadang-kadang kejayaan bukan hadir dalam keadaan sempurna.
👉 Ia lahir daripada keberanian untuk tetap melangkah, walaupun sakit, walaupun perlahan.
Mungkin kisah ini juga milik anda. Jangan tunggu “sempurna” untuk mula. Mulakan saja, walaupun dengan langkah yang kecil.
#SlipDiscJourney #KeepWriting #Resilience #PersonalGrowth #Motivation #KembaraInsan #Inspiration #Mindset
No comments:
Post a Comment