Saturday, 26 July 2025

SET SOALAN RAMALAN BAGI PEPERIKSAAN JURUTERA STIM


DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN ABDUL MAJID a.k.a DIN CINCIN

01.12.2016

“Set soalan ini merupakan bukan soalan sebenar yang dikeluarkan oleh pihak JKKP, namun ia hanya soalan yang terlintas di fikiran saya sepanjang saya mengendalikan kursus boiler selama ini. Jika ada soalan yang tercicir, saya mohon maaf diatas kelemahan diri saya ini. Saya amat berharap, semua yang membaca soalan ini cuba dan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang terbaik dan saya yakin anda semua bakal menjadi seorang jurutera yang hebat suatu hari nanti.

SET 1

SOALAN UTAMA : SEMASA MEMBUAT PEMERIKSAAN PADA STEAM DRUM BOILER ANDA, DIDAPATI TERDAPAT BULGING PADA BAHAGIAN BAWAH, SEBAGAI STEAM ENGINEER, CERITAKAN LANGKAH-LANGKAH SEHINGGALAH ANDA OPERASIKAN BOILER TERSEBUT?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mmapu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.

SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN SET 1

1. Adakah drum bulging perlu dilaporkan kepada JKKP?

2. Jika perlu, dimanakah akta yang menyatakannya?

3. Jika tidak perlu, sila jelaskan?

4. Apakah nama borang yang perlu diisi?

5. Apakah pemeriksaan yang anda akan buat pada kawasan bulging?

6. Apakah kriteria menentukan anda buat keputusan ia perlu dibaiki?

7. Jika anda nyatakan ada lokasi yang nipis, berikan formula yang menyatakan ia perlu diperbaiki sebab nipis?

8. Adakah kawasan yang masih tebal, memang tak perlu digantikan? Beri alasan anda?

9. Jika kawasan tebal juga perlu diganti? Nyatakan kenapa?

10. Terangkan prosedur permohonan pembaikkan kepada jkkp?

11. Di dalam surat permohonan pembaikkan, apa maklumat penting yang perlu ditulis?

12. Sebagai empunya boiler, nyatakan dokumen yang pihak tuan perlu sediakan jika ingin membuat pembaikkan?

13. Bagaimana anda nak pastikan pembaikmahir yang di lantik benar-benar kompeten?

14. Berapa tempoh sah pendaftaran sebagai pembaik mahir?

15. Senaraikan 5 syarikat pembaikmahir dandang yang berdaftar dengan JKKP?

16. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pembaikmahir yang perlu dihantar kepada JKKP dalam permohonan pembaikkan?

17. Apakah nama surat yang keluarkan oleh pihak JKKP selepas permohonan diluluskan?

18. Apakah maklumat yang tertera dalam surat tersebut?

19. Apa dia borang KEJ175A?

20. Apa itu WPS?

21. Apa itu WQT?

22. Apa item yang tertulis dalam WPS?

23. Apa maksud essential variable vs nonessential variable?

24. Apakah jenis ujian yang dijalankan dan resultnya ditulis dalam WQT?

25. Apakah kod material drum boiler anda?

26. Apakah kod material header boiler anda?

27. Apakah kod material tube boiler anda?

28. Apakah kod rekabentuk boiler anda?

29. Bagaimana cara untuk memotong kawasan yang defect pada drum?

30. Bagaimana anda menentukan material yang akan digantikan sama dengan material asal?

31. Biasa bahagian yang hendak dibuat kimpalan akan dibuat tapper (groove angle), berapa sudut yang biasa dibuat? Nak rujuk dimana?

32. Jika tapper (groove angle) terlalu besar apa kemungkinan defect akan terjadi?

33. Jika tapper (groove angle ) terlalu kecil apa kemungkinan defect akan terjadi?

34. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

35. Jika root face terlalu besar apa kecacatan yang mungkin berlaku?

36. Jika root face terlalu kecil apa kecacatan yang mungkin berlaku?

37. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

38. Jika root face terlalu besar apa kecacatan yang mungkin berlaku?

39. Jika root face terlalu kecil apa kecacatan yang mungkin berlaku?

40. Berapa mm biasa root opening antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

41. Jika root opening terlalu besar apa kecacatan yang mungkin berlaku?

42. Jika root opening terlalu kecil apa kecacatan yang mungkin berlaku?

43. Nyatakan 5 jenis welding defect dan apa punca ia berlaku?

44. Bagaimana anda nak tentukan welder yang akan membuat kimpalan adalah SAH?

45. Jika anda tidak mengunakan khidmat welding inspector, apa yang anda perlu sahkan sebelum welding bermula?

46. Berapa ketebalan plate yang perlu buat pre heating?

47. Terangkan cara buat preheating?

48. Bagaimana kita nak pastikan preheating yang dijalankan benar-benar effektif?

49. Apa anda faham tentang Reverse Polarity dan Straight Polarity?

50. Berapa Amp welding machine untuk kita jalankan kerja kimpalan?

51. Bagaimana anda nak sahkan yang welding Amp sepanjang kerja kimpalan sama seperti mana dinyatakan dalam spesifikasi?

52. Apa dia P-No?

53. Apa dia F-No?

54. Apa beza E6018 dengan E7018?

55. Bolehkah electrode E7018 dibiarkan terdedah setelah dibuka dari kotak? Bagaimana cara penyimpanan?

56. Jika GTAW digunakan, apa yang anda akan periksa sebelum kerja kimpalan dijalankan?

57. Setelah anda berpuashati dengan persediaan dari welder, anda akan benarkan welder meneruskan kerja kimpalan, apa yang anda akan pestikan semasa kerja welding dijalankan?

58. Setelah kerja kimpalan selesai, apa yang anda perlu pastikan?

59. Sebelum NDT dijalankan, apakah jenis welding defect yang anda boleh lihat dengan mata kasar?

60. Apa di HAZ?

61. Apa yang berlaku pada HAZ?

62. Bagaimana anda nak pastikan material pada HAZ tidak mengalami kegagalan?

63. apakah jenis ujian kekerasan yang anda tahu?

64. Adakah ujian kekerasan ini tergolong dalam kategori NDT atau DT?

65. Jika ia DT, selepas welding, bagaimana anda ingin menguji nya? Kene potong balik ke drum tersebut hantar ke makmal?

66. Nyatakan jenis NDT yang perlu dibuat pada kawasan kimpalan selepas selesai visual inspection?

67. Ada berapa jenis Dye Penetrant Testing?

68. Yang mana satu lebih baik, DPT atau MPI?

69. Kenapa Radiography Test wajib dibuat pada kawasan kimpalan?

70. Sinar apa yang digunakan bagi ujian radiography?

71. Adakah semua jenis sambungan kimpalan wajib buat RT?

72. Adakah RT merupakan NDT yang terbaik dan dapat periksa semua jenis defect pada kimpalan? Jika Ya, kenapa?

73. Jika Tidak, kenapa JKKP wajibkan kimpalan guna juga RT?

74. Apa itu porosity?

75. Kenapa porosity boleh berlaku?

76. Jika nampak ada porosity, adakah kawasan kimpalan perlu dibaiki semula?

77. Macam mana nak tahu porosity tu diterima ke tak?

78. Kenapa selepas buat basic NDT kita wajib buat Ujian Hydrostatic?

79. Berapa tekanan HT selepas pembaikkan?

80. Apakah nama borang untuk HT?

81. Berapa tempoh masa Holding Time semasa ujian HT?

82. Kenapa tekanan dinaikkan secara berperingkat-peringkat sebelum ia mencecah tekanan ujian?

83. Kenapa buat Ujian hydrostatic bukannya buat ujian pneumatic?

84. Boleh tak minta pengecualian daripada JKKP supaya HT tak perlu dijalankan selepas pembaikkan?

85. Berapa lama holding time untuk HT?

86. Jika tekanan ujian dapat bertahan dalam tempoh yang ditetapkan, adakah boiler selamat untuk dijalankan?

87. Jika Ya, apakah yang membuat anda terlalu pasti?

88. Jika Tidak, apa alasan anda?

89. Adakah selepas ujian HT selesai, mengikut perundangan adakah boiler boleh dioperasikan?

90. Berapakah bayaran (fee) yang perlu dibayar oleh empunya dari bermula permohonan sehinggalah boiler boiler beroperasi balik?

Jika anda boleh menjawab semua 90 soalan ini dengan lancar, anda sebenar mampu melaksanakan tugasan sebagai steam engineer apabila anda menghadapi situasi sebenar di boiler anda tanpa perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi pembaikkan di boiler anda nanti.

SET 2

SOALAN UTAMA SET 2: SEMASA MEMBUAT PEMERIKSAAN PADA FURNACE BOILER ANDA, DIDAPATI TERDAPAT TUBE YANG MENGALAMI PENGARATAN TERUK PADA BAHAGIAN LUAR, SEBAGAI STEAM ENGINEER, CERITAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEHINGGALAH ANDA OPERASIKAN BOILER TERSEBUT?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mmapu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.


SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN SET 2

1. Adakah perlu dilaporkan kepada JKKP?

2. Jika perlu, dimanakah akta yang menyatakannya?

3. Jika tidak perlu, sila jelaskan?

4. Apakah nama borang yang perlu diisi?

5. Apakah pemeriksaan yang anda akan buat pada Tube terlibat?

6. Adakah UTTG mencukupi untuk menggambarkan tahap kenipisan sesuatu tube?

7. Bagi tube yang berada pada lapisan atau row di sebelah dalam, nak guna UTTG tak sampai tangan, so apakah jenis NDT yang sesuai?

8. Terangkan apa itu IRIS inspection?

9. Terangkan apa itu RFET inspection?

10. Terangkan apa itu Acoustic Emission inspection?

11. Antara IRIS,RFET dan AE, yang mana terbaik?

12. Apakah kriteria menentukan anda buat keputusan ia perlu dibaiki?

13. Jika anda nyatakan ada lokasi yang nipis, berikan formula yang menyatakan ia perlu diperbaiki sebab nipis?

14. Adakah kawasan yang masih tebal, nyatakan formula untuk mengira Remaining Life?

15. Sila beri contoh pengiraan menggunakan formula Corrosion Rate yang dinyatakan diatas?

16. Nyatakan formula untuk mengira Corrosion Rate?

17. Sila beri contoh pengiraan menggunakan formula Corrosion Rate yang dinyatakan diatas?

18. Terangkan prosedur permohonan pembaikkan kepada jkkp?

19. Di dalam surat permohonan pembaikkan, apa maklumat penting yang perlu ditulis?

20. Sebagai empunya boiler, nyatakan dokumen yang pihak tuan perlu sediakan jika ingin membuat pembaikkan?

21. Bagaimana anda nak pastikan pembaikmahir yang di lantik benar-benar kompeten?

22. Berapa tempoh sah pendaftaran sebagai pembaik mahir?

23. Senaraikan 5 syarikat pembaikmahir dandang yang berdaftar dengan JKKP?

24. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pembaikmahir yang perlu dihantar kepada JKKP dalam permohonan pembaikkan?

25. Apakah nama surat yang keluarkan oleh pihak JKKP selepas permohonan diluluskan?

26. Apakah maklumat yang tertera dalam surat tersebut?

27. Apa dia borang KEJ175A?

28. Apa itu WPS?

29. Apa maksud essential variable vs nonessential variable?

30. Apakah kod material tube boiler anda?

31. Apa beza tube vs Pipe?

32. Jika tube asal boiler anda adalah SA 178 A, tetapi tiada stok. Boleh tak tukar guna tube SA192?

33. Apa yang anda faham tentang tube jenis ERW?

34. Apa yang anda faham tentang tube jenis seamless ?

35. Bagaimana cara untuk memotong kawasan yang defect pada tube?

36. Jika tube defect tersebut dibahagian bend, selepas kita bengkokkan tube baru, bagaimana kita nak sahkan ia mengikut kod yang ditetapkan? Apa pemeriksaan anda lakukan?

37. Jika terdapat pitting kecil (ID = 1mm) bagaimana anda ingin mengukur ketebalan yang masih tinggal?

38. Apakah terma yang dipanggil bagi penggantian sebahagian sahaja tube (kawasan yang rosak)?

39. Berapa panjang jarak tube yang hendak dipotong dari lokasi defect?

40. Bagaimana anda menentukan material yang akan digantikan sama dengan material asal?

41. Biasa bahagian yang hendak dibuat kimpalan akan dibuat tapper (groove angle), berapa sudut yang biasa dibuat? Nak rujuk dimana?

42. Jika tapper (groove angle) terlalu besar atau kecil, apa kemungkinan defect akan terjadi?

43. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

44. Jika root face terlalu besar ayau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?

45. Berapa mm biasa root face antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

46. Jika root face terlalu besar atau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?

47. Berapa mm biasa root opening antara material asal dan material baru sebelum kimpalan?

48. Jika root opening terlalu besar atau kecil, apa kecacatan yang mungkin berlaku?

49. Nyatakan 5 jenis welding defect dan apa punca ia berlaku?

50. Bagaimana anda nak tentukan welder yang akan membuat kimpalan adalah SAH?

51. Jika anda tidak mengunakan khidmat welding inspector, apa yang anda perlu sahkan sebelum welding bermula?

52. Adakah Tube yang hendak diganti dibuat pre heating?

53. Apa anda faham tentang Reverse Polarity dan Straight Polarity?

54. Berapa Amp welding machine untuk kita jalankan kerja kimpalan?

55. Bagaimana anda nak sahkan yang welding Amp sepanjang kerja kimpalan sama seperti mana dinyatakan dalam spesifikasi?

56. Jika range saiz tube tertera pada WPS adalah 1 ½ “ – 6”, adakah ia boleh digunakan untuk tube 1”? jika tidak, beri alas an anda?

57. Apa dia P-No?

58. Apa dia F-No?

59. Apa beza E6018 dengan E7018?

60. Bolehkah electrode E7018 dibiarkan terdedah setelah dibuka dari kotak? Bagaimana cara penyimpanan?

61. Jika GTAW digunakan, apa yang anda akan periksa sebelum kerja kimpalan dijalankan?

62. Setelah anda berpuashati dengan persediaan dari welder, anda akan benarkan welder meneruskan kerja kimpalan, apa yang anda akan pestikan semasa kerja welding dijalankan?

63. Setelah kerja kimpalan selesai, apa yang anda perlu pastikan?

64. Sebelum NDT dijalankan, apakah jenis welding defect yang anda boleh lihat dengan mata kasar?

65. Nyatakan jenis NDT yang perlu dibuat pada kawasan kimpalan selepas selesai visual inspection?

66. Kenapa Radiography Test wajib dibuat pada kawasan kimpalan?

67. Jika ada 1000 sambungan tube menggunakan kaedah kimpalan, adakah semua 1000 sambungan perlu dibuat RT?

68. Sinar apa yang digunakan bagi ujian radiography?

69. Nyatakan jenis imej yang wujud pada filem radiography?

70. Apakah jenis imej yang sesuai untuk pemeriksaan sambungan tube ini?

71. Bagaimana anda ingin sahkan yang filem radiography itu memang diambil pada tube yang sebenar?

72. Adakah RT merupakan NDT yang terbaik dan dapat periksa semua jenis defect pada kimpalan? Jika Ya, kenapa?

73. Jika Tidak, kenapa JKKP wajibkan kimpalan guna juga RT?

74. Apa itu porosity?

75. Kenapa porosity boleh berlaku?

76. Jika nampak ada porosity, adakah kawasan kimpalan perlu dibaiki semula?

77. Macam mana nak tahu porosity tu diterima ke tak?

78. Kenapa selepas buat basic NDT kita wajib buat Ujian Hydrostatic?

79. Jika sambungan tube pada drum menggunakan kaedah expansion, nyatakan jenis sambungan tube yang ditetapkan oleh kod?

80. Lukiskan semua jenis sambungan tube pada Drum?

81. Apakah limit yang ditetapkan bagi sambungan jenis expand dengan flare?

82. Berikan formula untuk mengira Tube Expansion Rate?

83. Nyatakan alat yang sesuai untuk mengukur diameter dalam tube selepas expand?

84. Nyatakan jenis expander yang ada di pasaran?

85. Nyatakan step expand tube jenis flare jika ketebalan drum adalah 100mm?

86. Terangkan bagaimana cara untuk keluarkan tube yang rosak sebelum digantingan dengan tube yang baru?

87. Jika terdapat groove pada ligament, bagaimana cara untuk mencabut tube dari drum?

88. Berapa jarak clearance antara ligament dan tube sebelum expand?

89. Berapa tekanan HT selepas pembaikkan?

90. Apakah nama borang untuk HT?

91. Berapa tempoh masa Holding Time semasa ujian HT?

92. Kenapa tekanan dinaikkan secara berperingkat-peringkat sebelum ia mencecah tekanan ujian?

93. Kenapa buat Ujian hydrostatic bukannya buat ujian pneumatic?

94. Boleh tak minta pengecualian daripada JKKP supaya HT tak perlu dijalankan selepas pembaikkan?

95. Berapa lama holding time untuk HT?

96. Jika tekanan ujian dapat bertahan dalam tempoh yang ditetapkan, adakah boiler selamat untuk dijalankan?

97. Jika Ya, apakah yang membuat anda terlalu pasti?

98. Jika Tidak, apa alasan anda?

99. Adakah selepas ujian HT selesai, mengikut perundangan adakah boiler boleh dioperasikan?

100. Berapakah bayaran (fee) yang perlu dibayar oleh empunya dari bermula permohonan sehinggalah boiler boiler beroperasi balik?

Jika anda boleh menjawab semua 100 soalan ini dengan lancar, satu lagi penjimatan telah anda lakukan secara tak sengaja sebagai steam engineer iaitu syarikat tidak perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi pembaikkan di boiler anda nanti.


SET 3

SOALAN UTAMA SET 3: PANEL MENGAMBIL 1 SAMPLE TUBE SEPERTI DALAM DALAM GAMBAR DIBAWAH DAN MINTA DAN CERITAKAN APA YANG BERLAKU?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mmapu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.


SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN SET 3

1. Apa nama defect ini?

2. Adakah perlu dilaporkan kepada JKKP dan Borang apakah yang perlu diisi?

3. Apa yang anda perlu buat jika kejadian ini berlaku semasa anda sedang mengoperasikan boiler?

4. Bilakah Main Stop Valve perlu ditutup?

5. Ada mazhab mengatakan jika kita terus tutup MSV, PSV akan POP dan ia membeahayakan boiler, betul ke?

6. Adakah boiler feed water supply perlu diberhentikan? Kenapa?

7. Apakah punca kejadian ini berlaku?

8. Nyatakan 2 jenis scale?

9. Bagaimana scale boleh berlaku dalam boiler?

10. Beri contoh soft scale dan warna scale tersebut?

11. Beri contoh hard scale dan warna scale tersebut?

12. Berapa limit TDS / Conductivity boiler anda?

13. Apa beza antara TDS dan Conductivity?

14. Berapa jenis blowdown?

15. Kenapa kene buat blowdown, kan membazir, kenapa tak buang TDS tersebut sebelum masuk kedelam boiler?

16. Berikan formula untuk mengira blowdown rate?

17. Jika TDS air masuk 300ppm dan TDS air dalam boiler adalah 2800ppm, boiler capacity 40mt/hr, tunjukkan pengiraannya?

18. Kenapa ada boiler yang tiada Continuous Blowdown Valve, kenapa ada boiler yang ada?

19. Selain dari TDS/ conductivity, apakah parameter lain yang anda pantau diboiler anda?

20. Berapa limit silica boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?

21. Berapa limit pH boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?

22. Kenapa PH setiap boiler tak sama? Siapa yang tetapkan? Kenapa?

23. Berapa limit cloride boiler anda? Jika lebih had apa kesannya?

24. Berapa limit M-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?

25. Berapa limit P-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?

26. Berapa limit M-Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?

27. Berapa limit Total Alkalinity boiler anda? Untuk apa bacaan itu?

28. Berapa limit Total Iron boiler anda? Untuk apa bacaan itu?

29. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai Oxygen Scavenger?

30. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai Sludge Conditioner?

31. Apa nama bahan kimia yang digunakan diboiler anda yang bertindak sebagai corrosion Inhibitor?

32. Kenapa Hydrazine tidak dibenarkan penggunaannya sekarang?

33. Apakah fungsi Deaerator?

34. Terangkan operasi Vacuum Deaerator?

35. Bagaimana tekanan vacuum boleh terjadi didalam vacuum deaerator?

36. Terangkan operasi Thermal Deaerator?

37. Kenapa vacuum deaerator di atas lantai tetapi thermal Deaerator diletak tinggi sehingga 15 kaki diatas?

38. Berapa suhu air di vacuum Deaerator?

39. Berapa suhu air di thermal Deaerator?

40. Kenapa suhu di vacuum deaerator tidak sama dengan suhu di Thermal deaerator?

41. Apa nama terma bagi menunjukkan kekeruhan air?

42. Apakah mesin yang digunakan untuk menjernihkan air?

43. Apakah proses coagulation?

44. Apakah proses Flocculation?

45. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses coagulation?

46. Terangkan bagaimana JAR TEST dijalankan?

47. Kenapa jarak suntikan bahan kimia tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh?

48. Berapa PH yang sesuai untuk bahan kimia itu bertindak?

49. Terangkan apa itu sludge blanket? Dan bagaimana ia beroperasi?

50. Apa fungsi sand filter?

51. Apa fungsi activated carbon filter?

52. Apa beza antara sand filter dengan activated carbon filter?

53. Kenapa di kilang sawit tiada activated Carbon Filter?

54. Apakah fungsi softener?

55. Apakah nama resin di dalam softener?

56. Terangkan bagaimana resin didalam softener boleh bertindak menyingkirkan Magnesium dan Calcium?

57. Berapa kekerapan softener perlu dibuat regeneration?

58. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di softener?

59. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di softener?

60. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin telah buat regeneration dengan sempurna?

61. Bagaimana anda tahu resin didalam softener mencukupi?

62. Bila anda perlu buat resin change-out pada softener?

63. Apakah fungsi RO plant?

64. Terangkan operasi RO Plant?

65. Apa beza antara reverse Osmosis dengan Osmosis?

66. Dalam industri, kebiasaannya ada berapa membrane filter dalam satu-satu ceramic membrane?

67. Berapa kekerapan RO plant perlu dibuat regeneration?

68. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di RO Plant?

69. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di RO Plant?

70. Apakah fungsi cation di Demineralization Plant?

71. Apakah nama resin di dalam cation di Demineralization Plant?

72. Terangkan bagaimana resin didalam cation boleh bertindak menyingkirkan ion?

73. Berapa kekerapan cation perlu dibuat regeneration?

74. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di cation?

75. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di cation?

76. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin dalam cation telah buat regeneration dengan sempurna?

77. Bagaimana anda tahu resin didalam cation mencukupi?

78. Bila anda perlu buat resin change-out pada cation di Demineralization Plant?

79. Apakah fungsi Decarbonator?

80. Terangkan bagaimana Decarbonator beroperasi?

81. Apa beza antara Decarbonator dengan Degasser?

82. Kenapa decarbonator diletakkan selepas Cation Bed dan bukannya selepas Anion Bed?

83. Apakah fungsi Anion Bed di Demineralization Plant?

84. Apakah nama resin di dalam Anion Bed di Demineralization Plant?

85. Terangkan bagaimana resin didalam Anion Bed boleh bertindak menyingkirkan ion?

86. Berapa kekerapan Anion Bed perlu dibuat regeneration?

87. Terangkan bagaimana proses regeneration dijalankan di Anion Bed?

88. Apakah bahan kimia yang digunakan untuk proses regeneration di Anion Bed?

89. Ada sesetengah demin Plant, steam di inject keadalam laluan cecair kimia ke Anion Bed? Untuk apa tujuannya?

90. Jika inject steam dalam system, berapa had suhu anion bed semasa proses regeneration dijalankan?

91. Bagaimana anda sebagai engineer mengetahui yang semua resin dalam Anion Bed telah buat regeneration dengan sempurna?

92. Bagaimana anda tahu resin didalam Anion Bed mencukupi?

93. Bila anda perlu buat resin change-out pada Anion Bed di Demineralization Plant?

94. Kenapa tangki dan pipe pada demin plat diperbuat dari PVC atau Stainless Steel?

95. Jika terdapat Silica breaktrough kedalam system, apa kesan kepada boiler?

96. Berapa PH air demin?

97. Apa maksud Cycle Of Concentration dalam boiler?

98. Bagaimana cara untuk remove scale?

99. Terangkan bagaimana online cleaning dilaksanakan di boiler anda?

100. Terangkan bagaimana chemical cleaning dilaksanakan di boiler anda?

101. Terangkan bagaimana acid cleaning dilaksanakan di boiler anda?

102. Terangkan bagaimana scale boleh mengganggu permindahan haba (heat transfer)?

103. Terangkan 3 jenis permindahan haba?

104. Jika boiler anda mengalami kejadian diatas dan proses pembaikkan mengambil masa 2 bulan, apa yang perlu anda lakukan kepada boiler anda bagi mengelak tube lain berkarat, yang mana storage yang sesuai?

105. Terangkan procedure wet storage?

106. Apakah kriteria penting yang perlu dijaga semasa wet storage?

107. Berapa kerap boiler ini perlu dipanaskan jika ia disimpan secara wet?

108. Kenapa air diisi didalam drum untuk simpanan basah ini hanya ¾ sight glass? Adakah bahagian atas drum tidak berkarat?

109. Terangkan procedure dry storage?

110. Apakah bahan kimia yang digunakan?

111. Terangkan kebaikkan dan kelebihan 3 jenis silica gel yang ada dipasaran?

112. Jika anda guna silica gel jenis warna biru, apabila ia telah exhausted, maka ia akan bertukar menjadi merah, namun bagaimana anda nak pastikan yang anda salin silica gel ini sebelum ia exhausted?

113. Terangkan procedure Nitrogen Storage?

114. Berapa tekanan N2 untuk aktiviti ini?

115. Apa beza N2 storage dengan N2 Blanket?

Jika anda boleh menjawab semua 115 soalan ini dengan lancar, satu lagi penjimatan telah anda lakukan secara tak sengaja sebagai steam engineer iaitu syarikat tidak perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi pembaikkan di boiler anda nanti.


SET 4

SET 4, SOALAN UTAMA : SYARIKAT ANDA MEMPUNYAI BAJET RM20JUTA UNTUK MEMBINA SEBUAH BOILER, SEBAGAI STEAM ENGINEER ANDA DIARAHKAN UNTUK TERLIBAT DALAM REKABENTUK SEHINGGALAH COMMISSIONING STAGE, CERITAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEHINGGALAH CF DIKELUARKAN DAN ANDA OPERASIKAN BOILER TERSEBUT?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mampu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.


SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN SET 4

1. Apakah kriteria utama pemilihan boiler?

2. Nyatakan jenis-jenis bahan bakar untuk boiler?

3. Nyatakan 5 jenis arang batu yang ada dipasaran?

4. Berikatan kebaikkan dan keburukan menggunakan bahan bakar jenis gas berbanding jenis pepejal?

5. Apa beza saturated steam berbanding superheated steam? Boleh terangkan menggunakan graf?

6. Apa maksud dryness fraction?

7. Apa maksud ethalphy?

8. Apa maksud entrophy?

9. Apa maksud Design pressure?

10. Apa maksud Maximum Allowable Working pressure?

11. Apa maksud ASWP?

12. Apa maksud boiler Horsepower?

13. Apa maksud evaporation capacity?

14. Apa maksud MCR?

15. Apa maksud heating surface?

16. Apa beza Fire Tube Boiler dengan Water Tube Boiler?

17. Berikan 3 contoh boiler jenis FTB?

18. Berikan 3 contoh boiler jenis WTB?

19. Apa beza tube dengan pipe?

20. Nyatakan 5 jenis tube boiler?

21. Nayatkan material tube boiler anda?

22. Terangkan operasi Locomotive Boiler

23. Terangkan operasi FTB jenis reverse flame

24. Apa maksud smoke box?

25. Apa itu gusset?

26. Apa itu tube nest?

27. Lukiskan corrugated furnace pada FTB?

28. Kenapa furnace dibuat berbentuk corrugated?

29. Senaraikan 3 jenis burner?

30. apa fungsi stay tube?

31. Apa beza stay tube dengan stay bar?

32. Apa beza wetback firetube dengan dry back fire tube?

33. Apa kegunaan steam drum?

34. Apa kegunaan mud drum?

35. Apa nama boiler WTB yang hanya ada 1 drum sahaja iaitu mud drum?

36. Apakah nama boiler yang tiada steam drum dan mud drum?

37. Apa fungsi baffle plate di dalam steam drum?

38. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

39. Apa fungsi demister dalam steam drum?

40. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

41. Apa fungsi cyclone dalam steam drum?

42. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

43. Apa fungsi chevron dryer dalam steam drum?

44. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

45. Apa fungsi generating tube?

46. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

47. Apa fungsi riser tube?

48. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

49. Terangkan bagaimana water circulation berlaku didalam boiler?

50. Apa fungsi screen tube?

51. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

52. Apa fungsi downcomer tube?

53. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

54. Apa fungsi superheater tube?

55. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

56. Kenapa superheater tube tidak boleh direct terkena api?

57. Apa fungsi desuperheater?

58. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

59. Apa fungsi economizer?

60. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

61. Apa fungsi attemperator?

62. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

63. Apa fungsi air preheater ?

64. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

65. Apa fungsi reheater?

66. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

67. Apa fungsi soot blower?

68. Terangkan bagaimana ia beroperasi?

69. Terangkan akta yang terlibat dalam pembinaan boiler?

70. Setelah bajet diluluskan, langkah yang anda perlu lakukan sehingga anda memperoleh SURAT KELULUSAN REKABENTUK daripada pihak JKKP?

71. Apakah nama system online yang perlu diisi?

72. Kenapa perlu hantar 3 salinan drawing kepada pihak JKKP? Kenapa tak 2 salinan dan kenapa tak 4 salinan?

73. Apakah drawing yang perlu dihantar semasa permohonan?

74. Apakah pengiraan yang perlu dihantar semasa permohonan?

75. Nyatakan apakah yang tertulis dalam SURAT KELULUSAN REKABENTUK?

76. Jika boiler dimport dari negara luar? Apakah dokumen sokongan yang perlu dihantar sekali semasa permohonan?

77. Apakah syarat yang disebutkan dalam akta bagi membolehkan ASWP yang akan diberikan oleh pihak JKKP sama dengan MAWP yang dinyatakan oleh pembuat?

78. Apakah keadaan yang disebutkan dalam akta bagi membolehkan ASWP yang akan diberikan oleh pihak JKKP lebih rendah dari MAWP yang dinyatakan oleh pembuat?

79. Apakah keadaan yang disebutkan dalam akta bagi membolehkan pihak JKKP tidak mengeluarkan ASWP?

80. Nyatakan 3 kod rekabentuk yang diiktiraf oleh pihak JKKP?

81. Nyatakan 3 kod bahan yang diiktiraf oleh pihak JKKP?

82. Nyatakan 3 kod pembinaan yang diiktiraf oleh pihak JKKP?

83. Nyatakan 5 nama syarikat yang tersenarai dalam Schedule 4

84. Apa yang anda faham tugasan dan tanggungjawab Inspecting Authority?

85. Apakah borang yang perlu diisi bagi membina sebuah boiler di tempat anda?

86. Apa beza borang JKJ103 dan JKJ105?

87. Jika boiler tersebut dibuat di luar negara,bagaimana anda nak buktikan yang proses pembuatan diselia sepenuhnya oleh Inspecting Authority yang dilantik?

88. Kenapa pegawai JKKP masih boleh reject boiler anda disebabkan oleh kimpalan yang kurang sempurna, bagaimana masih ada kimpalan kurang sempurna sedangkan yang kita tahu semua kimpalan perlu dibuat RT ?

89. Terangkan bagaimana steam drum dibina dari sekeping plate hingga siap?

90. Terangkan bagaimana dish head dibina?

91. Terangkan bagaimana lubang tube ditebuk dan sebagai steam engineer, apa yang perlu anda perhatikan?

92. Kimpalan jenis apakah yang digunapakai untuk menyambungkan drum?

93. Lakarkan gambarajah SAW dan terangkan?

94. Terangkan bagaimana corrugated furnace FTB dibuat?

95. Terangkan bagaimana plate drum dipotong menggunakan mesin apa?

96. Jika plate yang digunakan tu hanya separuh, adakah sepauh lagi boleh digunakan lagi?

97. Berapa maksima ketebalan plate yang boleh dibend oleh roller bending machine yang ada di malaysia?

98. Setelah kimpalan siap dibuat pada longitudinal weldment, bagaima kita nak uji ketahanan sambungan menggunakan ujian Musnah (DT)

99. Bilakah HT dibuat pada boiler drum?

100. Kenapa manhole berbentuk oval?

101. Kenapa ditebuk handhole pada header dan dipasang cap?

102. Bagaimana ligament ditebuk pada drum?

103. Nyatakan 3 jenis corak ligament yang disarankan dibawah ASME sec 1?

104. Berapa tinggi hujung tube dengan tubesheet jika sambungan jenis expand with flare mengikut ASME?

105. Berapa clearance antara ligament dengan tube sebelum expand mengikut ASME?

106. Setelah pihak JKKP meluluskan rekabentuk dan fabrication di bengkel telah siap, apa step seterusnya di lokasi pemasangan?

107. Bagaimana drum dipasang sebelum tube dipasang di site?

108. Nyatakan jenis flange yang ada dipasaran?

109. Naytakan jenis gasket yang ada di pasaran?

110. Jika tube jenis fin, bagaimana tube ini dibuat, ceritakan?

111. Jika tube jenis membrane, bagaimana tube ini dibuat, ceritakan?

112. Apakah nama terma boiler ini yang dalam keadaan drum dan tube terpasang tanpa refractory dan enclosure?

113. Apakah ujian yang perlu dijalankan kepada boiler ini sebelum refractory dipasang?

114. Apakah nama refractory brick yang biasa dipasang di boiler? Kenapa ia dipilih?

115. Apakah nama lesen refractory inspector yang dikeluarkan oleh API?

116. Setelah ujian HT selepas, apakah langkah seterusnya yang perlu dibuat kepada boiler anda?

117. Nyatakan proses yang perlu dijalankan semasa peringkat commissioning?

118. Apa maksud ujijalan blower semasa peringkat Physical Check?

119. Nyatakan jenis flange yang ada di pasaran?

120. Naytakan jenis gasket yang ada di pasaran?

121. Bagaimana kita nak pastikan semua ikatan bolt & nut diikat mengikut standard yang betul?

122. Terangkan bagaimana leak test dibuat pada sambungan semua flange?

123. Apa tujuan Drying Out?

124. Terangkan tatacara Drying Out?

125. Berapa suhu sesuai semasa proses Drying Out?

126. Bagaimana anda sahkan proses Drying Out selesai?

127. Apa tujuan Boiling Out?

128. Terangkan tatacara Boiling Out?

129. Dalam procedure Boiling Out, dinyatakan jalankan boiler sehingga tekanan 5-10bar, soalannya, kenapa 5-10bar? Berapa sebenarnya?

130. Bagaimana anda sahkan proses Drying Out selesai?

131. Jika kita kene buka manhole drum dan periksa secara visual, bagaimana kita nak pastikan oksigen yang masuk tidak mengakibatkan pengaratan teruk kepada internal tube dan drum?

132. Jika kita hanya berpandukan sahaja kepada result sample air yang diambil, bagaimana anda nak sahkan semua Oil & Grease benar-benar tertanggal dari tube?

133. Ada vendor yang menyatakan aktiviti boiling out perlu dilakukan selama 48 jam, soalannya, kenapa 48 jam? Kenapa bergantung kepada masa?

134. Apa nama bahan kimia yang digunakan?

135. Terangkan bagaimana bahan kimia yang digunakan dalam aktiviti ini bertindakbalas dengan Oil & Grease?

136. Bagaimana cara untuk buat boiling out di waste heat boiler jika gas turbine tidak boleh dijalankan (tiada heat source)?

137. Terangkan kaedah untuk setting PSV?

138. Terangkan bagaimana Trevi- test dibuat?

139. Jika setting PSV dibuat di workshop, bagaimana kita nak pastikan ia blow pada tekanan yang dikehendaki? Kan bila panas, akan berlaku thermal expansion pada PSV?

140. Berapa PSV yang perlu dipasang pada setiap Boiler?

141. Jika boiler MCR adalah 50,000kg/hr steam, dan boiler dipasang 2 PSV, nyatakan berapa capacity PSV yang perlu dipasang?

142. Jika terdapat 3 PSV dan 1 di superheater header dan 1 di Steam Drum, yang mana perlu diset terlebih dahulu?

143. Jika terdapat 3 PSV dan 1 di superheater header dan 1 di Steam Drum, terangkan tekanan yang perlu diset pada setiap PSV?

144. Apa beza antara PRESSURE RELIEF VALVE, RELIEF VALVE dan PRESSURE SAFETY VALVE?

145. Apakah tujuan Steam Test?

146. Terangkan bagaimana Steam Test dibuat?

147. Kenapa dalam perundangan dinyatakan “ selain dari water tube boiler”, adakah water tube tak perlu buat steam test?

148. Jika tekanan boiler semasa steam test meningkat melebihi 10% ASWP. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya? Adakah boiler perlu ganti baru?

149. Setelah tamat buat steam test, apakah proses seterusnya?

150. Nyatakan item yang terdapat dalam CF boiler anda? Bermula dari gambar 2 harimau hingga tandatangan.

Jika anda boleh menjawab semua 150 soalan ini dengan lancar, satu lagi penjimatan telah anda lakukan secara tak sengaja sebagai steam engineer iaitu syarikat tidak perlu membayar pihak ketiga untuk memberi khidmat nasihat bagi membina sebuah boiler di kilang anda…

PASTI SYARIKAT AKAN SAYANG ANDA SEBAGAI STEAM ENGINEER..


SET 5

SET 5, SOALAN UTAMA : SEBAGAI SEORANG JURUTERA YANG KOMPETEN YANG DITAULIAHKAN OLEH PIHAK JKKP, MAKA ANDA SEPATUTNYA MEMPUNYAI PEMAHAMAN YANG TERBAIK TENTANG AKTA YANG TERLIBAT. INI BERTUJUAN UNTUK ANDA MEMASTIKAN BOILER DIOPERASIKAN DAN S=DISELENGGARA DENGAN SELAMAT MENGIKUT PERUNDANGAN SEPANJANG MASA. TERANGKAN AKTA DAN PERUNDANGAN BERKAITAN BOILER DARI A-Z?

Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda mampu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.


SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN SET 5

1. Apa tugas anda di kilang? Nyatakan akta mana yang menyatakan anda layak untuk hadir interview hari ini?

2. Berapa bilangan pekerja dikilang anda? Berapa bilangan pekerja yang mewajibkan polisi Keselamatan wajib diwujudkan?

3. Apakah maklumat penting yang tertera pada Polisi Keselamatan?

4. Apakah peranan Jawatankuasa KKP?

5. Terangkan struktur organisasi Jawatankuasa KKP di kilang mengikut akta?

6. Apakah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat KKP?

7. Berapa kekerapan mesyuarat KKP?

8. Adakah Sight Glass / Level Gauge Glass bocor perlu dilaporkan dalam mesyuarat KKP?

9. Adakah kilang anda termasuk dibawah CIMAH?

10. Jika Ya, kenapa? Jelaskan.

11. Jika Tidak, Kenapa? Jelaskan

12. Bagaimana nak rujuk yang premis kita dibawah CIMAH?

13. Jika kilang kita dibawah CIMAH, apa yang perlu dibuat mengikut akta?

14. Apakah tugas SHO?

15. Premis yang bagaimana mewajibkan majikan menggajikan SHO?

16. Apa maksud HAZARD?

17. Berikan 10 contoh hazard yang ada di kawasan boiler?

18. Bagaimana anda ingin mengawal hazard yang sedia ada?

19. Terangkan hirierki kawalan yang disarankan oleh Akta?

20. Senraikan Akta yang wujud dibawah JKKP?

21. Apa beza akta dengan peraturan?

22. Ada berapa bahagian dalam FMA 1967?

23. Nyatakan seksyen mana yang mengarahkan anda hadir exam hari ini?

24. Nyatakan bidang / sector industri yang dilindungi dibawah FMA 1967?

25. FMA 1967 telah wujud, kenapa diwujudkan OSHA 1994?

26. Apa beza antara Code & Standard dengan Akta?

27. Terangkan apa yang anda faham tentang iCOP, Garispanduan dan Standard Operating Procedure (SOP)?

28. Senaraikan garispanduan yang berkaitan dengan boiler?

29. Terangkan iCOP yang berkaiatan dengan boiler?

30. Terangkan regulation yang berkaitan dengan boiler dibawah FMA 1967?

31. Senaraikan tanggungjawab Authorized entrant?

32. Senaraikan tanggungjawab standby Person?

33. Senaraikan tanggungjawab Authorized gas Tester?

34. Senaraikan tanggungjawab Entry Supervisor?

35. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk tujuan inspection?

36. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk Cold Work?

37. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk Hot Work?

38. Bagaimana kita nak pastikan air blower yang digunakan cukup untuk ruang terkurung diboiler kita?

39. Berapa had kandungan Oksigen di dalam Ruang Terkurung?

40. Berapa had kandungan Toxic Gas di dalam Ruang Terkurung?

41. Nyatakan 3 jenis toxic gas?

42. Berapa had kandungan Flammable Gas di dalam Ruang Terkurung?

43. Berapa lama tempoh sah permit Ruang terkurung?

44. Steam drum merupakan ruang terkurung, berapa lama seorang itu boleh berada didalamnya untuk melakukan kerja?

45. Apakah syarat untuk buka boiler mengikut akta?

46. Apakah tanggungjawab anda sebagai steam engineer?

47. Apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk pemeriksaan ulangan mengikut akta?

48. Apa yang dimaksudkan sebagai “ Effectively Disconnected”?

49. Apa kategori hazard dan kategori risiko bahan kimia yang digunakan di boiler?

50. Apa beza MSDS dengan SDS?

51. Senaraikan 16 item dalam SDS?

52. Apakah nama pentaksiran risiko yang dibuat jika kilang anda menggunakan bahan kimia?

53. Apa yang anda faham tentang NADOPOD?

54. Apakah jenis kemalangan yang perlu dilaporkan kepada JKKP?

55. Apakah jenis kecederaan yang dikategorikan sebagai “Kecederaan Serius”?

56. Jika ada kemalangan, borang apakah yang perlu diisi?

57. Terangkan apa item yang perlu ditulis di dalam borang JKKP6?

58. Senaraikan kejadian berbahaya yang perlu dilaporkan dibawah NADOPOD?

59. Kimpalan nozzle ke sight glass crack bocor, adakah perlu lapor kepada JKKP?

60. Sight glass bocor , adakah perlu lapor kepada JKKP?

61. Nayatakan jenis inspection yang dijalankan oleh JKKP mengikut akta?

62. Apakah aktiviti yang tergolong dibawah “ special inspection”?

63. Bila masa pegawai JKKP dating ke kilang untuk Supplementary Inspection?

64. Berapa tempoh masa yang sesuai untuk hantar permohonan untuk pemeriksaan ulangan bagi pembaharuan CF?

65. Adakah dikawasan anda bising? Apa maksud Bunyi Bising?

66. Berapa had masa pendedahan jika bunyi bising diboiler melebihi 115dB tanpa pakai apa-apa PPE?

67. Apa maksud NRR pada plastic pembungkus ear plug atau ear muff?

68. Apakah syarat untuk ambil lesen jurutera stim gred 1?

69. Apakah syarat untuk ambil lesen jurutera stim gred 2?

70. Boleh atau tidak seorang steam engineer menggantikan enjin drebar bercuti untuk mengoperasikan boiler?

71. Sekarang anda hadir untuk ambil lesen jurutera stim, boleh tak esok anda dtg untuk ambil lesen enjin drebar?

72. Apa yang perlu anda buat jika lesen anda hilang?

73. Apa sebab lesen boiler anda boleh digantung?

74. Apa sebab lesen boiler anda boiler ditarik balik?

75. Nyatakan tahap lesen mengikut Heating Surface?

76. Apa maksud “steam engine” megikut akta?

77. Apa maksud “machinery” mengikut akta?

78. Nyatakan 5 jenis boiler yang tidak perlu ada Orang menjaga?

79. Apa maksud PMT, PMD dan PMA?

80. Senaraikan 13 essential fitting di boiler?

81. Nyatakan standard condition essential fitting?

82. Bolehkah Blowdown valve dibuat dari cast iron?

83. Terangkan kriteria PSV mengikut akta?

84. Terangkan kriteria Gauge Glass mengikut akta?

85. Terangkan kriteria pressure gauge mengikut akta?

86. Terangkan kriteria economizer mengikut akta?

87. Terangkan kriteria superheater mengikut akta?

88. Jika boiler dioperasikan serentak tetapi berlainan tekanan masuk ke satu header, apakah syarat yang perlu dipatuhi mengikut akta?

89. Apakah maksud “repair” mengikut akta?

90. Apakah maksud “maintenance” mengikut akta?

91. Nyatakan perundangan terbaru digubal atau dipinda dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini?

92. Senaraikan tanggungjawab majikan mengikut akta?

93. Senaraikan tanggungjawab pekerja mengikut akta?

94. Apakah maksud “boiler” mengikut akta?

95. Apakah maksud “ketua Pemeriksa” mengikut akta?

Jika anda boleh menjawab semua 95 soalan ini dengan lancar, anda sebenar mampu melaksanakan tugasan sebagai steam engineer mengikut perundangan sepanjang masa dan sekali gus memberi suasana selamat kepada pekerja dan meminimakan kemalangan.

SELAMAT MAJU JAYA

Koleksi soalan di atas diperolehi dari Channel Telegram Dukun Boiler

No comments:

Post a Comment