Thursday, 5 June 2025

Pendedahan

Anak ketiga saya menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang juruterbang. Reaksi pertama saya berikan adalah sama seperti Cikgu Khairiah Abdullah Al Haj balas semasa saya di tingkatan 4 di MRSM Kuala Terengganu iaitu "Jadilah seorang juruterbang yang beriman".

Ditambah beriman selepasnya.

Setiap kali di kereta, dia bersemangat dan rancak berbual dengan abangnya tentang cita - citanya. Respon saya yang kedua adalah dengan ceritakan tentang perjalanan cita - cita saya sendiri dari kecil hinggalah menjadi seorang jurutera.

Semasa di sekolah rendah, nak jadi angkasawan.
Semasa di sekolah menengah sebab minat biologi disebabkan cara Cikgu Nik Nun Abu Bakar ajar, saya nak jadi doktor.
Namun bermula matrikulasi dan ijazah pertama di USM, saya tidak mendapat peluang untuk jurusan doktor kerana result yang tidak cemerlang. Saya mendapat pilihan ketiga iaitu ijazah kejuruteraan mekanik.

Saya jadi graduan dengan keputusan yang lemah, namun disebabkan kejuruteraan mekanik dan juga skill kominikasi lain, saya senang mendapat kerja sejurus tamat belajar. Sejak itu saya membina kerjaya sebagai jurutera hingga kini. 

Apa industri yang saya nak ceburi pun saya tidak jelas sehinggalah saya terjerumus ke dalam industri sawit bermula 2004 hingga kini. Apa syarikat yang saya nak kerja pun tidak jelas melainkan semuanya ditentukan oleh Allah. Saya tidak pernah bercita - cita menjadi seorang jurutera.

Respon ketiga saya asalah syorkan kepada supaya dia buka akaun Linkldn dan ikuti mereka yang kerjayanya adalah juruterbang. Disebabkan di sana juga terdapat banyak circle yang positif untuk membina kerjaya.

Saya bawa dua anak lelaki saya ini sertai mesyuarat Toastmaster selasa lepas. Di mana saya juga buat ucapan. Ada satu ucapan dari seorang banker yang menukar kerjayanya kepada jurusan lain yang dia minat disebabkan oleh keran tidak mahu berulang alik menaiki kereta api selama dua hingga tiga jam sehari. Banyak sebab kita buat untuk tukar haluan hidup dalam perjalanan hidup kita.



Saya katakan lagi kepada beliau, carilah apa jua kerjaya dalam hidup, fokus belajar banyak skill hidup dan jangan fokus kepada satu kerjaya sahaja, sebab kita belum tahu di mana kita singgah dalam perjalanan sebuah kehidupan.

Doakan dia jumpa yang terbaik dalam hidupnya dan hidup kita semua.

No comments:

Post a Comment