Selama dua hari, aku kenal geng STX penganjur bersama program tersebut. Geng yang santai dan happy go lucky, aku teruja melihat tahap persahabatan mereka. Sebuah kelab yang diasaskan oleh pengguna 4WD Mitshubihi Triton. Sabah Triton Expedition atau pun STX.
Selanjutnya program kedua berlangsung di Silam Coastal Conservation Area (SCCA), Silam, Lahad Datu. Perkhemahan dan program satu malam bersama - sama mereka. Selanjutnya program tahunan iaitu Jamboree 2.0 ke Long Pasia pada bulan Mei 2024. Walau pun aku pengguna kereta Toyota Hilux, mereka menerima aku seadanya, walau pun setiap kali aku disuruh menukar kereta kepada Triton.
Sebenarnya aku tiada niat buat masa ini untuk membeli kereta baru disebabkan oleh komitmen sedia ada sudah cukup untuk guna apa yang ada. Di atas keterbukaan mereka menerima aku seadanya, begitulah jua aku bersahabat dengan mereka sebagaimana minat atas perkara yang sama. Hobi yang sama.
Tahun ini, Jamboree STX siri ke 3, bakal diadakan di Persiangan pada bulan Julai 2025. Kepada peminat 4WD, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai konvoi ke salah satu lokasi pendalaman di Sabah.
Jom!
No comments:
Post a Comment