Monday, 16 June 2025

Sawit itu komoditi

Kes curi komoditi sawit

Dalam perjalanan pulang di lapangan terbang, saya berjumpa dengan rakan camper yang dalam transit. Saya singgah menyapa dan duduk minum bersamanya.

Saya memaklukkan baru pulang dari menjadi lecturer untuk dua modul di DIPOM MPOB. Terdengar nama MPOB, beliau lantas mengajukan soalan berkenaan isu jenayah komersil melibatkan industri sawit.

Sebagai anggota penguatkuasa dari jabatan yang berlainan, pemahaman industri sawit amat kurang dan beliau ajukan beberapa soalan berkenaan pelbagai isu.

Saya secara ringkas menerangkan seperti berikut :

1. Industri sawit dikuatkuasakan oleh MPOB dalam pelesenan. Setiap produk sawit seperti FFB, CPO, PK, RBD Oils serta banyak lagi produk dikategorikan sebagai komoditi. 

2. Klasifikasi komoditi ini membawa maksud, setiap pemain mesti mematuhi syarat pelesenan yang perlu diperbaharui setiap tahun.
3. Bermula dengan peladang sawit mesti mempunyai ladang sawit untuk menjual buah sawit. Tanpa ladang, buah sawit tidak boleh dijual. Setiap lesen mesti diperbaharui setiap tahun. 
4. Buah sawit atau FFB seterusnya dihantar ke FFB collection center / penimbang atau ke kilang sawit. Collection centre mesti ada lesen membeli, mengalih buah sawit. 

Kilang sawit mesti ada lesen membeli buah sawit, memproses buah sawit, menjual, menyimpan, mengalih CPO, PK, SPO (sludge palm oil).
5. Di kilang sawit, transporter akan hantar CPO / PK / SPO ke Kilang Penapis Sawit atau Refinery. Ada juga kilang sawit hantar produk mereka ke Bulking Facility sebelum dijual/eksport ke luar negara. 


Transporter mesti mempunyai lesen untuk setiap tanker / trailer. Sistem pemantaun Online atau SIMS (Sawit Intelligent Management System) digunakan untuk memantau pergerakan CPO dari kilang ke kilang penapis. Setiap kenderaan ada sistem GPS. Sistem online atau tiga pihak Kilang - Transporter - Kilang penapis (penerima) memastikan hanya transaksi aktif sahaja boleh dilakukan. Tanpa persetujuan tiga pihak ini, CPO tidak boleh dialihkan dari kilang sawit ke kilang penapis. Bukling faciliti juga mesti ada lesen menyimpan produk sawit. 

6. Selain itu, dokumen seperti MPOB PL3 yang dijana dari sistem tersebut mesti dibawa bersama dalam tempoh perjalanan hingga sampai ke destinasi. Rekod sepanjang perjalanan melalui sistem GPS juga boleh mengesan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan.
7. Di kilang penapis, lesen untuk menapis, menyimpan, menjual produk sawit diwajibkan.
8. Terdapat kilang penapis yang diberikan subsidi untuk menghasilkan minyak masak untuk pasaran dalam negeri. Tidak semua syarikat mempunyai lesen untuk memproses minyak subsidi. Majoriti kilang penapis menjual produk mereka untuk dieksport ke luar negara.
9. Jika mana - mana komoditi sawit seperti CPO, PK disimpan di lokasi yang tidak mempunyai lesen, produk dan kenderaan tersebut boleh dirampas oleh pihak berkuasa kerana melanggar syarat pelesenan seperti yang disebut di atas. 

10. Apakah tujuan utama pelesenan di atas dilakukan? Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar sehingga tahun 2003. Selepas itu, kita menjadi negara pengeluar kedua terbesar hingga kini. Disebabkan ingin menjadi kualiti komoditi ini, negara telah melaksanakan semua syarat pelesenan di atas. Tanpa syarat pelesenan di atas, ia bakal memberi risiko sangat besar kepada industri. Kualiti tidak boleh dijamin dan jenayah mencuri produk minyak sawit akan berleluasa dalam negara. Keselamatan minyak masak yang juga makanan harian kita akan turut terancam.
11. Adakah kawalan pelesenan boleh membasmi kes kecurian produk sawit dalam negara? Jawapannya tidak. Namun ia telah menjamin industri sejak 50 tahun lepas. Jika penguatkuasaan lemah dan berlaku ketirisan, kes kecurian minyak sawit boleh menjadi ancaman besar kepada industri.
12. Semua pihak wajib bersatu melawan jenayah terhadap industri sawit negara.

Diharap jawapan saya ini membantu rakan saya. Semoga Allah berkati kita semua dalam apa jua usaha yang kita lakukan.




No comments:

Post a Comment