Saturday 13 January 2018

Steam Engineer - the moment of truth

Tiga tahun berlalu.
Atas dasar menyahut cabaran dan semangat untuk belajar, saya menyertai industri sawit downstream. Bidang baru bagi saya.
Ini adalah syarikat ketiga saya bekerja melebihi 3 tahun.

Kerja seorang jurutera stim bukanlah seindah kerja Fatah Amin. Ia amat mencabar. Ia perlukan jiwa yang kental sekental spring safety valve. Sekental vessel yang boleh menahan tekanan. Suasananya pula tidaklah seindah drama Korea atau movie Bollywood yang nenari di tepi gunung ganang Kashmir.

Suasana sebenar amatlah teruk. Panas. Habuk. Bising. 1001 cabaran.

Untuk generasi touch pad, gen XYX atau generasi punk, ia amatlah tidak digalakkan menyertai bidang ini. Mereka yang lahir di zaman mak ayah dulu tanam padi, toreh getah serta tombak buah sawit, bolehlah join!

Rakan taulan yang saya hormati,

Apa yang saya suka bila jadi steam engineer?
Apa bahagian yang paling saya suka bila kita berada di kilang atau plant?

Saya paling suka satu perkara. Bila ada masalah. Saya akan duduk di tempat tersebut. Selain itu, saya suka melakukan penambahbaikan. Perhatikan setiap operasi, proses flow dan cari jalan untuk penambahbaikan.

Cari jalan untuk kurangkan penggunaan tenaga manusia.
Cari jalan untuk kurangkan risiko kepada manusia dan harta benda.
Cari jalan untuk kurangkan kos.
Cari jalan untuk tambah kecekapan.
Cari jalan untuk kurangkan masalah berulang.

Saya akan perhatikan.
Saya akan observes. Saya akan analisa. Saya akan kaji. Saya akan cari pandangan rakan taulan lain. Saya akan baca. Saya akan google. Saya akan lakukan homework.
Duduk dan fikir.
Sehari.
Dua hari.
Tiga hari.
Sebulan.
Setahun.

Hinggalah masalah itu selesai!

The moment masalah itu selesai, itulah saat yang saya paling gembira!

Kepuasan.
Pencapaian.
Bukan sebab orang lain, tapi untuk kepuasan diri sendiri.

Yes. I done my job as an engineer!

Satu masalah selesai. 
Dua masalah selesai.
Tiga masalah selesai.
Hingga kini saya boleh senaraikan beratus masalah telah saya selesaikan!

Namun, jawatan pengurus yang saya galas cukup cemburu dengan saya.
Apa yang saya minat itu telah dirampas dan diambil sedikit demi sedikit.
Banyak masa dihabiskan kepada perkara lain dari perkara yang saya minat.

Saya jarang lagi mendapat peluang untuk lakukannya.

Steam engineer vs manager.

No comments:

Post a Comment