Thursday 25 January 2018

Al Kisah Cermin Mata


Cermin mata ni antara harga paling murah pernah aku beli. 
Cermin RM40. Bingkai RM150. Jumlah RM190. Kualiti, sama seperti cermin mata lain yang pernah aku guna.

Berbanding cermin mata sebelum ini, harganya RM1450! Sejak tingkatan 3, aku mula pakai cermin mata. Sebab rabun jauh.

Pakai cermin mata bukanlah satu keistimewaan. Ia satu kekangan terutama bila kita nak buat aktiviti ekstrem.

Cermin mata sebenarnyar tidak perlu kepada yang terlalu mahal. Kerana ia tetap perlu ditukar setiap 3-4 tahun. Bergantung kepada hayat cermin mata ataupun degree mata kita.



Sudah lebih 10 pasang cermin mata aku guna. Pelbagai jenis dan bentuk. Namun sejak 5 tahun lepas, aku pilih jenis bingkai ini.

No comments:

Post a Comment