Thursday 18 January 2018

Kenapa kena kerja?

Kekadang kita malas. Tak de motivasi. Macam juga iman, ia turun dan naik. Soalnya, bila hadir perasaan begitu, macam mana kita nak pulihkan semula?

Self motivated.
Bermaksud, kita mampu pulih sendiri tanpa ada bantuan daripada manusia lain. Sudah tentu kita perlukan pertolongan daripada Allah.

Ini beberapa tip untuk pulihkan!
1. Ingat, kita perlu kerja untuk sara diri anak bini dan keluarga.
2. Ingat, setiap kesusahan yang kita alami ada pahala sedekah. Tok Guru pernah kata, jika kita mencuri dapat dosa, sudah pasti bila kita susah sebab cari rezeki yang halal itu dapat pahala. Bersabarlah kerana Allah!
3. Cari sesi “the moment of truth” bersama rakan yang boleh dipercayai. Cari yang pendengar yang baik.
4. Jumpa mentor.
5. Cari ilmu agama nasihat hadis tafsir 
6. Baca buku.
7. Tonton movie bermanfaat.
8. Imbas balik kejayaan kita yang lepas.
9. Perhatikan orang yang lebih susah dan bernasib malang daripada kita.
10. Pergi ke tempat “stress release point kita”. Bukan pub yer! Kalau di plant, saya akan pergi tengok landskaping yang saya buat. Dulu di estate, saya ke kolam air dan kolam effluent.
11. Beri nasihat kepada orang lain. Sedikit sebanyak kita akan nasihatkan diri sendiri!
12. Call ibu bapa adik beradik rakan taulan yang beriman. Kata - kata orang beriman ibarat hujan untuk bumi yang gersang.
13. Bersedekahlah!

Ok. Banyaklah tip - tip hasil pengalaman hidup sendiri. Ingat, 

Self motivated 
Adalah keperluan utama seorang pemimpin!

No comments:

Post a Comment