Wednesday, 18 June 2025

Keselamatan jalanraya

 

  1. Majoriti kita adalah pengguna jalanraya. Sama ada bermotorsikal mahupun menaiki kereta.
  2. Namun, kesedaran keselamatan di jalanraya masih rendah di kalangan rakyat Malaysia.
  3. Baru - baru ini, anak buah saya terlibat dalam kemalangan kereta. Beliau memandu sendirian dan cuba mengelak sebuah kereta. Keretanya terbabas dan terbalik. Beliau terpelanting keluar dari kereta dan mendapat kecederaan di kepala. Lebih teruk lagi, kereta musnah teruk dan beliau memandu tanpa lesen.
  4. Anggap ini sebahagian daripada amal makruf. Ayuh kita pupuk kesedaran keselamatan di jalanraya dengan bermula mengenakan tali pingang dengan baik. Bukan setakat pemandu sahaja, malah penumpang di belakang.
Jaga diri dan keluarga kita dari nahas jalanraya.

No comments:

Post a Comment