Wednesday, 18 June 2025

How i respond matters

Semasa Delivery Forum awal tahun, Mel berkongsi tentang perasaannya yang amat terharu terhadap maklambalas ketuanya apabila beliau mendapat berita kematian datuknya. 

Ketuanya berkata, "What support do you need?"

Soalan itu walau pertanyaan biasa, sangat besar nilainya pada saat dia bersedih kehilangan ahli keluarga. Disebabkan pertanyaan itu, hatinya yang sedih bertukar menjadi satu semangat yang positif. Beliau hadir ke tempat kerja sekembalinya dari cuti dengan semangat baru yang tidak pernah beliau rasakan sebelum ini.

Cerita Mel ini amat memberi inspirasi kepada saya. Apabila salah satu kemalangan berlaku di salah satu kilang kami, saya cuba melakukan perkara yang sama. Saya hantar pesanan ringkas kepada ketuanya saya.

"You can lead this crisis, because i know you can do it. Please let us know if any support you needed."

Beberapa minggu seterusnya, saya telah dilantik menjadi sebahagian dari Investigation Team untuk kemalangan tersebut. Kurang sebulan dari itu, saya telah dilantik untuk menguruskan kilang tersebut. Kini lebih tiga bulan selepas kejadian tersebut, kami bersama - sama dengan semua pihak melakukan transformasi tempat kerja dengan melakukan banyak penambahbaikan dalam banyak perkara.

Apakah yang dimaksudkan dengan cara saya memberi maklumbalas sangat penting? Ia memberi maksud nada dan sikap saya boleh menjernihkan suasana atau mengeruhkan suasana. Cara saya memberi respon menunjukkan nilai - nilai yang saya pegang, keupayaan mengawal diri dan tahap kecerdikan emosi saya.

Ia juga membawa maksud, saya mengambil sepenuhnya cara saya bertindak sekalipun perkara tersebut di luar kawalan saya. Kenapa perkara ini semua penting? Untuk membina kepercayaan dan tahap professional.  Galakkan ketenangan, memikir semasaknya setiap bentuk komunikasi yang hendak dijalankan daripada tindak membabi buta. Memberi panduan untuk menyelesaikan konflik dan panduan kepada kumpulan kita.

Apabila kita dikritik, respon dengan pertanyaan lebih baik dari sikap mempertahankan diri tanpa halatuju.

Apabila dalam krisis, tenang dan ketuai ahli untuk menyelesaikan masalah.

Apabila orang bersikap kasar, pilih untuk menjadi jiwa besar atau menunjukkan ciri - ciri kematangan.

Ayuh, kita jadikan tema tahun ini bukan sekadar slogan. Ia adalah nilai diri kita semua. Kita galakkan untuk wujudkan budaya di mana semua orang rasa selamat untuk bercakap, datang dan memberi sokongan kepada semua apabila diperlukan.

Hari ini, kita komited untuk sentiasa peka, bertindakbalas dengan penuh tanggungjawab dan membina. Kerana, keselamatan bermula dengan kita semua.

No comments:

Post a Comment