- Suatu ketika semasa masih bergelar 'cadet engineer'.
- Aku pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu setelah beberapa hari bercuti.
- Menaiki bas malam selama 8 jam dan sampai 8 pagi di Bandar Lahad Datu.
- Van @ bas mini ke ladang bertolak pukul 1200 tgh setiap hari ke ladang dari bandar. Hanya satu bas yang ada.
- Nasibku kurang baik. Bas itu tidak dapat aku ikuti. Penuh atau ditinggalkan ..
- Pilihan yang ada adalah teksi serta kereta wagon.
- Kos wagon lebih tinggi. Setelah berunding serta ke hulu ke hilir mencari kenderaan, aku berjaya mendapatkan seorang pemandu yang sanggup untuk menghantar serta merisikokan keretanya untuk rosak.
- Namun, daripada tambang RM15, aku perlu membayar sebanyak RM80. Apa pilihan yang aku ada? Esokkan kerja. RM80 bukanlah suatu yang kecil bagi seorang bergelar 'cadet'.
- Sepanjang perjalanan 5 jam, pemandu tersebut banyak berborak. Aku pun tidak tahu apa yang dibicarakan kerana tertidur keletihan sepanjang perjalanan.
- Kami sampai di hadapan Perumahan Exsekutif pada pukul 8 malam, dengan badan penuh habuk serta debu. Kereta tersebut tiada pendingin udara. Tingkat dibuka sepanjang jalan 'gravel'.
- Semasa hendak membayar tambang, aku menyerahkan note RM100 kepada pemandu tersebut. Disebabkan lewat malam, serta kesanggupannya untuk menghantar aku, duit baki aku berikan pada beliau.
- 0645 pagi keesokkannya, aku berdiri mengikuti perhimpunan pagi kilang.
- Selepas tamat, Penolong Pengurus, Edmund Norbert, bertanyakan perihal kepulanganku semalam kerana ternampak kereta teksi.
- Katanya, itulah kali pertama sejak bekerja 3 tahun, beliau nampak kereta teksi memasuki kawasan perumahan kilang, suatu perkara yang luarbiasa.
- Aku menceritakan pengalaman perjalanan pulang yang amat menarik.
- Dia berkata :' kenapa tidak telefon Pengurus? saya rasa, dia tentu benarkan untuk pulang keesokkannya. Kenapa tidak minta tolong supplier untuk tolong hantar?' serta beberapa pilihan yang ada.
- Namun, aku pada masa itu seorang 'cadet' tidak sanggup untuk menggunakan pilihan tersebut. Tidak sanggup kerana memikirkan risiko lain yang bakal timbul.
- Aku menjelaskan. Cuti saya sudah habis. Hari ini saya perlu bekerja. Jadi tanggungjawab saya untuk melaksanakannya. Selagi ada pilihan, saya akan pilihnya.
- Saya tidak akan meminta dengan Pengurus, kerana saya rasa ini masalah peribadi saya. Bukan masalah syarikat dan saya tidak akan meminta dengan supplier kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
- Cerita ini aku tidak pernah kongsi dengan sesiapa. Sehingga baru - baru ini aku teringatkannya kembali. Teringat kerana, aku sedar, aku sememangnya komited dalam setiap kerja serta tugas yang perlu aku laksanakan. Aku dibayar untuk itu.
- dan aku tidak akan sesekali cuba untuk bertolak ansur serta menawar untuk menambah cuti... kerana esok aku kerja!
Saturday 13 February 2010
Esok Kerja
Labels:
Artikel,
Boustead,
Estate,
Family,
Info,
IOI Corporation Berhad,
Nasihat,
Palm Oil Mill,
Sabah,
Steam Engineer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment