- Aku bercita - cita untuk menjadi seorang penulis sejak dari sekolah rendah.
- Ini kerana aku minat membaca.
- Ada orang pernah berkata, menjadi penulis bukan perkara senang. Penulis perlu membaca 10 buah buku untuk menghasilkan 1 buku.
- Itu sebenarnya kronologi yang digunakan untuk menjadi seorang penulis yang berbakat. (ramai orang tetap jadi penulis, walaupun perkara yang ditulis adalah berunsur fitnah, perkara lucah, serta perkara dosa lain - itu bukan 'penulis' yang saya idamkan.)
- Setelah membaca melalui banyak sumber, saya telah mula untuk menyalurkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat, pekerja saya serta di mana sahaja manusia yang saya jumpa.
- Setelah mengenali 'Blog' saya telah memberi fokus untuk cita - cita saya di atas. Blogger juga seorang 'Penulis'.
- Saya tertarik dengan cara penulisan Che Det - Tun Mahathir Mohamed yang menggunakan bentuk 'point' untuk menulis setiap isi blog beliau. Saya turut mengadaptasi cara yang sama. (bukanlah bermaksud saya setuju dengan semua perkara yang ditulis). Namun, setiap perkara yang ditulis oleh beliau amat memberi signifikan pada negara!
- Suatu masa nanti, saya bercita - cita untuk menerbitkan sebuah buku.
- Buku tersebut mencatatkan pengalaman peribadi saya sejak mula memasuki industri sawit negara.
- Semua perkara tersebut, telah dimulakan dan blog ini adalah sebahagian daripadanya.
Sunday 21 February 2010
Menjadi Penulis Buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment