Tuesday, 12 January 2010

Kilang Sawit, Kawasan Terpencil @ hutan, Internet & Kemajuan


Gambar menunjukkan sebahagian jalan ditenggalami air banjir kilat sedalam 2- 3 kaki. Diredah menggunakan 4WD.

  1. Kilang sawit bertebaran di serata pelusuk negara.
  2. Jika di Semenanjung, kemudahan jalan tar sampai ke hadapan kilang serta rumah.
  3. Namun, jika di Sabah dan Sarawak, bukan semua kilang ada kemudahan tersebut. Felda adalah yang terbaik daripada segi kemudahan. Syarikat swasta, jalan ladang baik, namun jalan utama ke ladang - jalan JKR, adalah jalan gravel dan amat mencabar.
  4. Bukanlah perkara asing kepada Planter & Miller mengenai perkara tersebut. Mereka inilah yang menjadi peneroka hutan dan membangunkan kawasan sekitar.
  5. Meneroka bermaksud, memasuki kawasan yang belum pernah diterokai.
  6. Berkawan dengan penghuni asal seperti gajah, buaya dan biawak. Itulah sebahagian pengorbanan kami untuk memajukan ekonomi negara - untuk diurus oleh pemimpin pembela rakyat.
  7. Hari ini dalam sejarah.
  8. Kilang aku mendapat kemudahan internet VSAT.
  9. Dengan kelajuan 100 Mps.
  10. Kemudahan ini muncul setelah JAS mengenakan syarat baru untuk CEMS. Tak payah lah cerita pasal CEMS.
  11. Yang penting, kilang sekarang dapat kemudahan yang amat jarang diperolehi.
  12. Bayangkan, ketika negara merayakan sambutan lebih 50 tahun merdeka, tempat ini masih tiada jalan.
  13. Tiada elektrik.
  14. Tiada kemudahan air.
  15. Tiada line telefon.
  16. Tidak heran jika kawasan ini tempat jin lepak.
  17. Tetapi kawasan ini adalah pertengahan jalan kepada lebih 3 pekan kecil. Sepanjang jalan, ada berpuluh buah rumah, ada berpuluh buah sekolah dan ada lebih 10 ribu penduduk.
  18. Apa pun, aku amat bersyukur di atas kemudahan ini.
  19. Aku bersyukur kerana ada kesulitan ini.
  20. Kesulitan ini mengajar aku menghargai setiap kemudahan yang disediakan kerajaan.
  21. Jika aku berada di bandar, mungkin persepsi aku berbeza.
  22. Asyik komen benda yang tiada.
  23. Aku sudah dapat internet.
  24. dan aku sudah maju setapak.

No comments:

Post a Comment