- Aku sebuah jet pejuang.
- Dilahirkan di Amerika Syarikat.
- Negara pengganas dunia.
- Model ku adalah lawan kepada MIG, pesawat Rusia.
- Daripada beratus-ratus adik - beradikku, aku telah ditempah oleh sebuah negara di Asia Tenggara, iaitu M.
- Aku pun tidak tahu kenapa aku dibeli dan dihantar ke sana. Kawanku semua bertempur di medan perang seperti Afganistan, Irag dan sebagainya. Ada yang jadi abu kena tembak oleh tentera musuh.
- Namun, aku bernasib baik kerana dibeli oleh negara M. Aku tidak perlu bekerja keras. Siang malam, aku cuma lepak di Kem Tentera.
- Setahun sekali, aku terbang semasa sambutan Hari Kebangsaan. Jauh sikit, aku pergi melayang ke Langk semasa pertunjukkan LIMA.
- Sedang diulit lena di kem, aku mendapat berita bakal diganti dengan bangsaku yang lebih canggih.
- Dengan serta - merta, aku ditamatkan perkhidmatan. Daripada pesawat yang aktif, aku dimasukkan ke bengkel. Katanya, untuk dijadikan latihan pemandu baru.
- Aku bertemu juga dengan beberapa adik beradik ku yang mendapat nasib yang sama.
- Tanggal 7.7.07, selepas beberapa bulan dimasukkan ke bengkel, aku mula dikerumi oleh beberapa pegawai tentera. Ada yang datang semasa kerja, ada yang datang selepas kem ditutup.
- Ternampak riak mereka yang pada aku, sangat menakutkan.
- Rupanya, sangkaanku benar belaka.
- Selang beberapa minggu, nyawaku melayang di tangan mereka.
- Jantungku - sebuah enjin turbin yang sebesar kereta dicabut dengan rakus.
- Adikku menerima nasib yang sama.
- Jantungku telah dikeluarkan selang beberapa hari selepas operasi membunuhku dilakukan.
- Kini, rohku berterbangan di bumi M.
- Tika jantungku entah di mana dikebumikan. Katanya di Argentina.
- Inilah nasibku sebuah jet pejuang, dibeli oleh negara M.
- Masa dulu aku mendabik dada bangga mempamerkan kehebatanku.
- Kini, aku tidak lena di kubur kerana semua organ dalamanku bersepai entah di mana.
- Dari menjadi kebanggaan, aku menjadi bahan gelak ketawa seluruh dunia.
- Model jenaka, bagaimana jantungku yang besar boleh di bawa keluar dari kem yang dipenuhi pahlawan negara.
- Terus di bawa keluar negara M.
- Hairan, tapi itulah realiti riwayatku.
- Menjadi mangsa kepada musuh yang mengaku menjaga aku.
Tuesday, 12 January 2010
Aku Sebuah Jet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment