Thursday, 14 January 2010

Panduan Menggunakan Internet

  1. Suatu ketika di Australia, seorang pekerja telah dibuang kerja kerana didapati sedang melayari laman web Facebook di pejabat. Semasa kejadian tersebut, beliau mendakwa sakit dan mengambil cuti daripada kerja.
  2. Internet bukanlah perkara baru di mana - mana tempat di dunia.
  3. Semasa era 1900 an, banyak pendebatan umum membicarakan mengenai baik dan buruk internet.
  4. Dengan jaringan internet bertebaran di serata pelusuk dunia, kuasanya amat sukar disekat.
  5. Perkara yang sama berlaku semasa TV diperkenalkan.
  6. Kini, kawasan pendalaman di sini mendapat kemudahan internet.
  7. Bukanlah perkara yang bijak jika kita ingin mengawal orang yang akhil baligh bagaimana cara untuk menggunakan internet.
  8. Namun, panduan ini sedikit sebanyak membuka mata semua pihak betapa internet boleh digunakan untuk kebaikan seperti :-

a. Gunakan untuk mendapatkan maklumat berfaedah untuk kerja, hobi, ilmu agama serta teknologi terkini berhubung apa saja yang baik. Cth - dapatkan maklumat mengenai cara mendidik anak yang betul supaya anak tadi besar kelak menjadi orang berguna kepada bangsa.

b. Gunakan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung iklan jabatan kerajaan seperti MPOB, DOE, DOSH, NIOSH dsb. Banyak iklan berguna boleh diperolehi daripada laman web tersebut. Dapatkan planner tahunan untuk peperiksaan atau jadual latihan yang disediakan. Kemudahn online daripada web tersebut juga dapat digunakan untuk memudahkan urusan kerja seharian.

c. Gunakan untuk membaca surat khabar tanpa perlu membeli surat khabar. Kebanyak akhbar di seluruh dunia boleh diakses melalui internet.

d. Gunakan untuk mendapatkan maklumat pelaburan. Labur dalam emas atau pasaran yang dibenarkan kerajaan.

e. Gunakan untuk berkomonikasi rakan sekerja atau rakan di tempat lain. Berhubung mengenai perkembangan terkini dan perkara baik yang boleh dikongsi bersama.

f. Gunakan oleh urusan perbankan seperti Maybank2u. Melalui urusan ini, anda tidak perlu membazir masa ke bandar.

g. Gunakan untuk melawat laman web syarikat anda. Anda akan tahun apa arah tuju syarikat pada masa akan datang.

Tetapi pada masa yang sama, jangan :-

a. Jangan gunakan untuk mencari laman web tidak sopan seperti laman web lucah dsb. Laman web ini juga berisiko untuk membawa virus ke dalam komputer. Tidak kurang juga virus yang akan merosakkan pemikiran anda.

b. Jangan gunakan untuk menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan tatasusila, agama serta undang - undang di mana langit anda dijunjung.

c. Jangan gunakannya semasa waktu anda bekerja sehinggakan anda tidak menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pihak majikan. Sebaliknya menghabiskan masa kerja anda untuk melayari laman web yang tidak memberikan keuntungan pada syarikat.

d. Jangan buatkan majikan ada merasakan kemudahan itu mengganggu operasi kerja sehingga beliau menamatkan perkhidmatan tersebut!

Namun, semuanya terpulang pada diri - anda sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

Gunakan kemudahan dengan sebaik mungkin. Jangan jadikannya seperti kera mendapat bunga.

No comments:

Post a Comment