Monday, 25 January 2010

Hutan di KLIA



  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.

  2. Saya amat meminati konsep hutan yang digunakan di KLIA.

  3. Apa sahaja perkara berkaitan dengan tumbuhan, pokok dan alam sekitar amat menarik minat saya.

  4. Memandang pokok sesuatu yang mengujakan.

  5. Membuat landskaping di rumah serta kilang menjadi salah satu agenda harian saya.

  6. Melihat kecantikan tumbuhan mengingatkan saya tentang kebesaran Allah.

  7. Saya juga amat meminati pertanian. Hari ini pun bekerja di sektor pertanian.

  8. Ikut resam pokok, lebih banyak memberi daripada menerima. Manusia yang baik adalah manusia yang suka menolong orang lain. Pokok memberi makanan kepada hidupan manusia dan haiwan. Pokok memberi perlindungan pada cahaya panas matahari serta global warming.

  9. Pokok menukar sesuatu yang buruk (cas negatif kpd positif, co2 kpd o2) serta banyak lagi. Menukar pencemaran kepada keindahan serta udara yang nyaman.

  10. Usaha serta konsep hijau perlu diteruskan.

  11. Jika kita menanam satu pokok, bayangkan berapa banyak pahala kita dapat sehari. Setiap kali oksigen dihasilkan, setiap kali buah dimakan manusia, selagi itu pahala masuk ke kocek amal kita.

  12. Suka tengok ciptaan Allah Yang Maha Besar.

No comments:

Post a Comment