Monday, 18 January 2010

Cikgu Hasan & Kak Mah

Gambar ini dambil di Miri Airport pada 16hb. Januari 2010 semasa menghantar Cikgu Hasan & Kah Mah pulang ke kelantan. Jumlahnya yang ramai itu semua adalah rakan taulan beliau.

  1. Tanggal 16hb. Januari 2010, beliau berangkat pulang ke Kelantan untuk bertugas di Besut setelah lebih 15 tahun bekerja dan tinggal di Miri, Sarawak.
  2. Sepanjang waktu tersebut, beliau telah menjalinkan hubungan ukhwah yang sangat erat di kalangan semua yang datang dari semenanjung juga dengan warga Sarawak.
  3. Aku mengenali beliau setahun yang lepas apabila ingin mencari rumah sewa.
  4. Dengan penuh kegembiraan di riak muka Cikgu Hasan, dia membantu aku laksana aku ini keluarga beliau. Itulah salah satu sikapnya yang membuatkan beliau sekeluarga amat disukai oleh semua orang.
  5. Aku selalu mengelarnya 'Penghulu Orang Semenanjung" kerana boleh dikatakan semua orang semenanjung yang sampai ke Miri mengenali beliau.
  6. Jika anda dipindahkan Miri, sudah tentu nama pertama yang akan disebut adalah nama Cikgu Hasan @ Kak Mah. Anda pergi cari orang ini, pasti dia boleh bantu anda carikan rumah untuk di sewa.
  7. Rumahnya senantiasa dikunjungi rakan dan taulan kerana beliau suka membuat jamuan atau kenduri makan.
  8. Bukan semua orang boleh membuat perkara yang sama beliau lakukan.
  9. Dengan hati tulus serta ikhlas, beliau telah membina sebuah ikatan yang melepasi batasan sempadan negeri serta kekeluargaan.
  10. Doaku, semoga kita semua mencontohi sikap ramah, suka membantu orang, suka menjamu orang makan serta banyak lagi.
  11. Semoga di tempat baru - Besut, serta tinggal rumah baru yang cantik di Pasir Mas, beliau sekeluarga bahagia ke akhir hayat, terus membina ikatan persaudaraan.

No comments:

Post a Comment