- Sistem Pengurusan Berkualiti yang telah diiktiraf oleh SIRIM sejak 2006.
- Saya mula mendalami sistem ini apabila mula bekerja di syarikat ini.
- Mulanya saya tidak berapa setuju sistem ini diadaptasi ke dalam pengurusan kilang. Alasan utuma saya adalah kerana sistem pengurusan kilang sawit amat ringkas. Terdiri daripada beberapa orang staff dan pengurus serta penolong pengurus. Latarbelakang staff biasanya hanya lulusan SPM. Jika dibandingkan dengan sebuah organisasi pembuatan di bandar yang kompleks, terdapat seorang pengurus ISO yang mengendalikan pelaksanaannya. Kilang sawit? siapa lagi kalu bukan pengurus atau penolong pengurus.
- Ini merupakan kerja tambahan kepada pengurusan kilang. Saban tahun terdapat kehendak baru daripada JAS, JKKP atau sebagainya, ditambah pula dengan ISO.
- Kerja seorang pengurus kilang yang sepatutnya dilebihkan kepada operasi kilang, kini akan beralih kepada pengurusan sistem kualiti itu sendiri. Lebih paper work berbanding keringat di dalam kilang.
- Ditambah lagi, saya dilatih di sebuah syarikat yang lebih mementingkan pelaksanaan daripada laporan kertas yang kadang kala boleh di manupulasi.
- Daripada taida pengalaman mengendalikan ISO di sebuah kilang sawit, saya telah mengadaptasikan diri dengan sistem pengurusan ini.
- Cabaran utama adalah untuk menjadikan sistem ini sebagai budaya kerja seharian. Bukan setakat wayang kulit di mata auditor.
- Setelah dua tahun di kilang ini, saya telah berjaya melepasi 2 survelience audit dan 2 internal quality audit. Bulan hadapan saya bakal berhadapan dengan re-certification audit.
- Setelah tahun kedua menjalankan sistem ini, hati saya mula tertarik dengan keberkesanannya.
- Setiap tool atau requirements ISO amat penting dalam sesebuah organisasi.
- Objektif yang perlu dicapai juga cukup jelas untuk semua pihak menuju ke arah penambahbaikan berterusan.
- Sistem audit daripada pihak luar serta dalaman syarikat juga banyak membantu transpirasi serta ketelusan pengurusan. Sistem ini turut membantu pengurus daripada kilang lain untuk sama - sama berkongsi pandangan mengenai masalah seharian.
- Sebarang kekurangan turut ditegur dan diberikan tempoh oleh audit untuk penambahbaikan atau jika tidak berhadapan dengan risiko lesen ditarik balik.
- Sistem data analisis dengan kekerapan bulanan serta tahunan amat bermakna untuk pihak majikan menentukan halatuju seterusnya.
- Pencapaian tahun lepas akan dikaji dan dikenalpasti untuk tujuan penambahbaikan.
- Sistem management review juga merangka secara keseluruhan prestasi pelaksanaan ISO dalam pengurusan kilang, mengkaji sebarang penukaran sistem baru serta mengariskan langkah - langkah pembaikan untuk masa akan datang.
- Betullah pepatah melayu berkata, jika tidak kenal maka tidak cinta.
- Bila sudah kenal, aku jatuh cinta dengan ISO, sebab ia memudahkan kerja aku sebagai seorang pegurus / jurutera di sebuah kilang sawit di kawasan pendalaman pulau Borneo.
Wednesday 13 January 2010
QMS ISO 9001:2000 / 2008 & Kilang Sawit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment