Wednesday, 20 January 2010

Wang Hantaran

  1. Apa beza wang hantaran dan mas kawin?
  2. Mas kawin adalah wajib semasa melangsungkan perkahwinan. Bakal suami wajib membayar sejumlah wang - emas - atau sebagainya kepada bakal isteri. Menjadi hak bakal isteri.
  3. Wang hantaran pula adalah budaya masyarakat setempat. Jumlahnya boleh mencecah beribu - ribu ringgit bergantung kepada pemikiran ibubapa anak perempuan.
  4. Jika di Kelantan, tiada istilah wang hantaran. Istilah mas kawin dan wang hantaran ditafsirkan perkara yang sama. Selalunya hanya mas kawin, disebut dalam akad dan menjadi hak perempuan. Terpulang pada isteri jika beliau ingin memberi sebahagian pada keluarga untuk belanja perkahwinan. Sebahagian untuk membeli emas serta perhiasan. Dulu, orang perempuan boleh membeli tanah dengan mas kawin!
  5. Di luar Kelantan, mas kawin telah ditetapkan mengikut negeri. Daripada beberapa ringgit kepada beberapa ratus ringgit.
  6. Persepsi dan budaya yang tidak betul seperti berikut :-

a. Masyarakat amat mementingkan wang hantaran. Jumlahnya menjadi modal untuk berbangga sesama jiran tetangga. Dalam Islam - kita disuruh untuk mempermudahkan perkahwinan. Jika wang hantaran sahaja sudah mencecah berpuluh ribu ringgit, mana lagi duit untuk belanja kenduri? Tiada cara lain melainkan berhutang dengan bank @ along! Taraf pendidikan anak serta jenis kerjaya bukan alasan utama untuk menentukan nilai wang hantaran.

b. Pihak lelaki terpaksa mengeluarkan belanja kenduri semasa perkahwinan di pihak perempuan. Bukankah kenduri itu tanggungjawab ibubapa? Ada masyarakat yang menggunakan duit hantaran untuk belanja kenduri. Tinggi wang hantaran, meriahlah kenduri. Pihak lelaki tadi sudah tentu baru bekerja. Hutang PTPTN belum habis, loan kereta belum habis, apa yang diharap bakal suami ini untuk menjana serta menyara ekonomi selepas perkahwinan? sudah tentu dia akan terlibat dengan rasuah selepas kawin kerana hutang kawin terpaksa diselesaikan selepas beberapa tahun kawin!

c. Duit saguhati semasa kenduri. Sudah menjadi budaya, tetamu yang datang akan menghulurkan wang untuk membantu meringankan beban keluarga. Adakah betul tu? Kenduri disunnatkan untuk meraikan perkahwinan, untuk berkongsi kegembiraan, serta sebagai makluman kepada saudara, rakan taulan mengenai perkahwinan tersebut. Jadi, tiada istilah dibantu. Buat sekadar yang mampu. Kalau buat majlis melebihi kemampuan, sudah tentu tidak gembira selepas perkahwinan. Jika semua tetamu dari kalangan orang kaya raya ok, tetapi bagaimana jika orang miskin, hendak datang ke majlis kawin pun berfikir banyak kali.

d. Majlis perkahwinan anak bukan promosi politik atau apa sahaja niat yang ada.

e. Majlis perkahwinan bukan pentas pertandingan. Bertanding jumlah wang hantaran paling tinggi. Bertanding jumlah wang yang dapat dikutip selepas majlis kawin. Bertanding untuk menentukan majlis anak mana yang paling 'berjaya'. Ingat, utamakan yang wajib, jangan berlebih - lebihan dengan perkara sia - sia hingga membazir.

sesungguhnya, saya tahu ramai di luar sana tidak bersetuju dengan saya. Ibarat menongkah arus deras budaya masyarakat Melayu. Kita kena kembali pada ajaran agama, kelak kehidupan sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tidak akan dibebani pelbagai masalah pada masa hadapan.

Ingatlah, bukan semua lelaki di luar sana anak orang kaya. Ada yang baru bekerja. Masih membayar hutang PTPTN. Masih mempunyai ibubapa serta adik - adik untuk dibantu. Dia juga bakal menyara seorang isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan. Dia juga perlu menyediakan rumah, belanja dapur, serta segalanya untuk anak perempuan atau isterinya nanti.

Jika beliau telah mengeluarkan berpuluh ribu duit semasa berkahwin, adakah mahligai masjid yang dibinanya itu nanti akan kukuh? Dari mana sumber kewangan itu hendak di cari?

Menteri Besar Kelantan mendakwa, semua anak perempuannya bermas kawinkan hanya seribu ringgit. Perempuan yang baik adalah yang paling rendah maharnya.

Buatkan kenduri mengikut kemampuan. Jangan berhutang.

Jika tidak, itu akan menyusahkan. Tindakan mengelakkan perkahwinan akan berlaku. Menggalakkan maksiat.

No comments:

Post a Comment