Monday 11 January 2010

Umat Islam



  1. Manusia di dunia punya beratus bangsa, suku dan kaum. Di bumi Malaysia sahaja sudah ada beratus bangsa dan suku.
  2. Daripada semua itu, asal keturunan dari satu iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa. Nabi Adam asalnya dari unsur tanah yang dikurniakan roh oleh Allah SWT.
  3. Turun ke bumi dari Syurga untuk diuji dan kembalikan semula ke Syurga selepas mati jika beriman kepadaNya. Jika sebaliknya - Neraka yang nyata menjadi janji Allah.
  4. Semasa di dunia, manusia pelbagai kaum dan suku akan menganut kepercayaan agama wahyu atau agama lain selainnya.
  5. Agama wahyu terdiri daripada agama Islam, Kristian, Yahudi. Agama wahyu yang benar, akan membawa pemahaman penganutnya kepada Allah Yang Esa, Yang Satu. Jika lain daripadanya, ia bukan agama yang benar, malah sesat dari ajaran sebenar.
  6. Dilahirkan di Malaysia sebagai bangsa Melayu. Namun diikat persaudaraan dengan umat manusia ada ikatan yang lebih besar iaitu Islam.
  7. Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Islam adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, gerak gerinya adalah agama, hidupnya adalah agama.
  8. Bukan semua perkara Melayu selari dengan Islam dan bukan semua ajaran Islam menjadi budaya orang Melayu. Melayu cantik kerana ada Islam. Jika Islam sudah tiada di dalam orang Melayu, orang Melayu akan menjadi lebih hina dari pada semua bangsa di Malaysia.
  9. Di dalam kamus Islam terdapat perkataan Mukmin, Kafir dan Munafik. Jika orang Islam, belum tentu Mukmin.
  10. Untuk menjadi Mukmin, perlukan ilmu. Ilmu yang benar perlu dirujuk kepada yang ahli agama - alim ulamak.
  11. Apabila mendapat ilmu dan hidayah daripada Allah, kita akan beriman.
  12. Ada juga orang Islam, tetapi munafik. Lahirnya nampak Islam, tapi hatinya menjadi musuh kepada Islam. Perbuatannya boleh jadi sebahagian Islam, sebahagian bukan Islam.
  13. Contoh, dia mengaku Islam, tetapi tidak solat dan meminum arak. Dia Islam, tetapi zalim pada keluarga, zalim pada rakyat, zalim pada umat Islam.
  14. Kafir adalah orang bukan Islam. Kafir terbahagi kepada dua iaitu kafir yang memerangi Islam dan kafir yang tidak memusuhi Islam, tetapi setuju dan tinggal di bawah payung pemerintahan Islam. Ini boleh nampak dari segi fizikal.
  15. Walaupun orang bukan Islam adalah kafir, namun semua umat Islam yang beriman punya tanggungjawab untuk berdakwah dan menyebarkan kebenaran kepada orang bukan Islam. Sebarkan Islam dan bawa mereka sama - sama beriman kepada yang Esa.
  16. Namun, orang Munafik lebih berbahaya daripada orang Kafir.
  17. Kerana, munafik ini seperti gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
  18. Orang Islam yang mukmin dan beriman, hanya akan bersatu jika Al Quran & Sunnah menjadi ikutan.
  19. Jika 2 perkara penting itu dibuang, umat Islam akan tiada bezanya daripada bangsa lain di dunia. Kerana, selepas itu segala macam tindakan akan lebih kepada mengikut hawa nafsu.
  20. Ikut hawa nafsu, akan membawa kepada kebinasaan.

moga kita menjadi hamba Allah yang mukmin dan beriman kepadaNya. Kerana, dunia ini adalah persinggahan sementara, dunia yang sebenar dan hakiki adalah Alam Akhirat.

No comments:

Post a Comment