Saturday, 16 January 2010

Minggu ke - 2 Januari 2010, Musim Hujan Bermula Di Lapok





Gambar ini telah diambil di Sg. Bok, Jalan Lapok Bakong pada 15hb. Januari 2010.

  1. Musim hujan kali ini bermula lewat beberapa bulan. Pada tahun 2008, hujan bermula seawal November.

  2. Kolam air kilang yang telah turun (hampir 8') sejak May 2009 sehingga sehingga sekarang masih belum melimpah di spillway.
  3. Tahun 2009, tahun yang paling panas dalam sejarah - kata UN. Kesan pemanasan global.
  4. Ini adalah kali ke 2, Sg. Bok mula tengelam akibat banjir kilat.
  5. Sedalam 2 - 3 kaki.
  6. Seorang staff yang menghantar anaknya ke Hospital Miri beberapa hari yang lepas, masih tersangkut tidak dapat pulang ke kilang.

  7. Jalan sejauh 44 km, melalui 2 bukit, turun hancur laksana sawah padi.
  8. Nasib baik dapat keluar semalam, apabila di pertengahan meredah banjir dan 2 kawasan kereta tersangkut.
  9. Inilah rutin rakyat di sini mahupun banyak tempat di kawasan pendalaman.
  10. Apabila telah putus jalan, putuslah segala - galanya.
  11. Kos pengangkutan dari Long Lama ke Miri boleh mencecah beratus - ratus ringgit.
  12. Belum lagi disebut harga barang - barang yang sudah sedia maklum 20 - 60% lebih mahal daripada harga di bandar.

  13. Sekarang lebih mahal lagi disebabkan kenaikan harga barang.
  14. Persediaan awal mesti dilakukan sebelum musim hujan bermula.
  15. Barang - barang dapur dibeli untuk mereka yang menggunakan kereta 4WD, mungkin tidak mempunyai masalah.

  16. Namum, bagaimana pula dengan semua staff saya yang hanya mempunyai kereta Kancil, Wira, Proton Saga Baru, Waja, Viva & Myvi (tanda sokong kerajaan pembela mereka) ?
  17. Kan bagus kalau kereta mereka ada sayap boleh terbang.
  18. Bagiku, ini bukan lagi perkara asing.
  19. Sudah alah.
  20. Awalnya, tiap kali melalui jalan ini pasti aku akan menyumpah seranah YB, menyumpah Kerajaan, inilah hasil selepas lebih 50 tahun merdeka!!
  21. Kini, semuanya terpulang pada rakyat di negeri ini.
  22. Jika ini yang mereka pilih.
  23. Aku cuma berdoa, moga kesengsaraan rakyat di sini akan dikurangkan.
  24. Moga dibuka pintu hati pemimpin, sanggup berenang bersama penduduk di sini main - main air banjir.

No comments:

Post a Comment