Thursday 9 September 2010

Cerita Buah Jambu Batu dan Kilang




  1. Setelah sampai ke Loagan Bunut pada tiga tahun yang lalu, aku diberitahu tanah di kilang, perumahan dan sekitarnya tidak subur oleh kebanyakan orang di sini.
  2. Jika sebarang pokok ditanam, susah untuk hidup terutama pokok bunga dan buah - buahan.
  3. Kebiasaan yang dilakukan adalah meracun dan grass cutting hanya sesekali dijalankan dengan kekerapan yang tidak tetap.
  4. Aku terkenangkan usaha yang dilakukan Yahudi Israel di negara haram mereka, walaupun tanah mereka kering kontang, namum mereka berjaya menanam pokok beriklim tropika dan mengeksport semula pisang tersebut ke negara Asia Tenggara. Kenapa mereka dapat menukar sebuah tanah gersang di sebuah gurun menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur?
  5. Adakah Loagan Bunut yang menerima taburan hujan melebihi 5000 mm setahun tidak subur?
  6. Sejak hari pertama sehingga ke hari ini, saya meneruskan usaha untuk mengubah (transformasi) keadaan persekitaran kilang dan perumahan daripada keadaan sedia ada.
  7. Bukan sedikit usaha, maki hamun, serta tenaga dikerahkan untuk menjayakan transformasi tersebut.
  8. Bermula dengan larangan menggunakan racun di dalam kilang. Pembelian racun dihentikan serta - merta.
  9. Pemotongan rumput dirancang dengan teliti. Setelah bertukar 3 orang pemotong rumput, hari ini rumput dipotong sekali sebulan. Walaupun masih kurang memuaskan, namun keadaannya lebih baik daripada sebelumnya.
  10. Kawasan cerun yang telah terhakis (akibat diracun; top soil mengalami soil erosion) dirawat menggunakan tandan kosong, fibre dan shell. Semua bahan tersebut diperolehi percuma dari kilang.
  11. Pelbagai pokok bunga ditanam. Disamping itu, beberapa pokok buah - buahan ditanam seperti pokok jambu batu dan kelapa. Daripada menunggu pokok bunga yang tiada hasil, bagus tanam pokok buah - buahan yang bakal memberikan hasil untuk dimakan.
  12. Hari silih berganti, musim kemarau berselang seli, pokok yang ditanam terus dijaga dengan maki hamun kepada semua orang jika tidak memperdulikan pokok - pokok terbabit terutamanya semasa musim panas. Pokok mesti disiram supaya tidak mati.
  13. Setiap tiga bulan, tandan kosong mesti diletakkan untuk menambah kesuburan tanah serta mengekalkan kadar kelembapan.
  14. Rumput disekililing dibersihkan untuk mengekalkan pertumbuhan pokok yang baik.
  15. Hari ini, setelah tiga tahun berlalu, pokok bunga menambahkan keindahan kilang. Pokok jambu batu sudah mula berbuah.
  16. Belum sempat buahnya mencapai saiz yang sepatutnya, sudah hilang dimakan oleh pekerja - pekerja kilang.
  17. Bukan satu pokok yang ditanam, tetapi berpuluh - puluh pokok menghiasi laman ramp kilang. Satu kepuasan buat orang yang mengusahakannya, satu kelazatan bagi mereka yang memakannya.
  18. Pokok yang tumbuh hari ini satu penyata kepada mereka yang dulunya mengatakan tanah di sini penuh batu dan tidak subur sebenarnya salah. Hanya hati dan kepala otak mereka yang tidak subur dengan usaha tetapi penuh dengan lalang kemalasan serta alasan.
  19. Hatta sekalipun kilang dibina di atas batu sekalipun, usaha boleh dilakukan untuk menanam pokok.
  20. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Usaha mesti diteruskan untuk memastikan kesemua pokok terbabit subur menghiasi kawasan kilang.
  21. Pokok yang tumbuh itu akan memberikan tempat untuk burung berteduh. Burung yang hinggap membuang najis yang menjadi baja. Daun yang gugur juga turut menambah kesuburan tanah. Akar di bawah berselirat memegang bumi dan mengelak tanah daripada terhakis. Oksigen dibebaskan membersihkan udara yang tercemar. Gas karbon dioksida disedut memberikan impak positif kepada pemanasan global. Buahnya sudah tentu memberikan rezeki kepada manusia di sekelilingnya.
  22. Sesuatu yang dilakukan dengan penuh minat, usaha dan pengorbanan akan pasti memberikan seribu satu kepuasan pada diri - sendiri.

No comments:

Post a Comment