Sunday 19 September 2010

Kenangan @ Morisem Palm Oil Mill




Perumahan Eksekutif - Masa itu Rumah Maniam, Edmund, Richard & Aznol.


Pemandangan dari Storage Tank - Pemandangan kantin & perumahan staff kilang - Ladang
Leepang 2
Pemandangan dari kolam di hadapan pintu masuk utama kilang.



Kantin, bangunan kilang pada 14hb. Mei 2004

Ada cerita di sebalik gambar ini. Saya jumpa gambar selepas pulang berhari raya di Tuaran baru - baru ini. Gambar ini telah dilekatkan oleh isteri saya di bilik di rumah Tuaran sejak tahun 2004.

Gambar ini saya ambil semasa kali pertama mengambil cuti sejak memasuki industri sawit Mac 2004. Kesemua gambar diambil awal pagi sebelum bertolak ke Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Tujuan saya mengambil gambar ini tidak lain untuk diberikan kepada bakal isteri saya yang pada masa itu tidak pernah menjejak kaki ke ladang sawit.

Sekarang, Morisem Palm Oil Mill (B) sudah banyak berubah, seperti jua isteri saya sudah banyak perkara yang dilaluinya sejak kali pertama melihat pemandangan kilang, ladang dan suasana kehidupan di kilang sawit.

No comments:

Post a Comment