Sayang Kinabalu – Kimin Mudin
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…
Kinabalu dekat di kundasang
Banyak sayur bulih pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu…
Sumandak sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumayau
Sekali melihat melepak kulitnya
sayang jatuh cinta…
Sayang sayang sayang kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu…
Kinabalu dekat di kundasang
Banyak sayur bulih pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu…
Sumandak sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumayau
Sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta…
Sayang sayang sayang kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu…
Sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu…
- Gunung Kinabalu merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada warga Sabah. Keindahannya boleh dilihat dari 360 degree di setiap pelusuk negeri Sabah. Jika anda berada di Tuaran, Gunung Kinabalu boleh dilihat terutama di waktu pagi. Dihiasi oleh pemandangan sawah padi dan berlatarkan bukit serta Gunung Kinabalu. Satu permandangan yang amat indah!
- Lebih indah lagi kita anda mendaki gunung ini dan melihat permandangan di puncaknya. Seperti mana banyak gunung lain di dunia, kawasan sekitarnya sudah tentu akan maju, subur dan menjadi kawasan percutian yang popular.
- Siapa yang tidak kenal dengan Kundasang, tempat pertanian tanaman musim sejuk serta kawasan peraginan di sana. Lebih menarik lagi Hot Spring yang terdapat di sana yang menjadi bukti kukuh bahawa gunung ini berasal daripada gunung berapi.
- Gunung Kinabalu sudah sebati dengan penduduk negeri Sabah. Banyak lagu yang menjadi lagu utama majlis perayaan juga berunsurkan Gunung Kinabalu yang indah ini.
- Sedarkah anda, duit RM1 juga mempunyai gambar gunung ini?
- Kepada mereka yang sukakan aktiviti lasak, pendakian gunung ini sudah tentu menjadi pilihan. Walaupun peluang untuk mendapatkan giliran adalah terhad, namun kejayaan mendaki gunung ini sudah tentu satu kepausan.
- Setiap kali melihat Gunung Kinabalu sewaktu pulang ke kampung di Labuaya, Tuaran, Sabah, aku bagaikan dipukau dengan keindahan serta Kebesaran ciptaan Illahi.
- Secara simboliknya, gunung ini bagaikan mencabar siapa yang melihatnya. Jika ingin maju, terus berusaha. Sehebat gunung ini, makin sehebat itu usaha mesti dilakukan untuk menempuh cabara kehidupan.
No comments:
Post a Comment