- Semasa artikel ini ditulis, sudah masuk tahun ke - 7 aku berhijrah ke Pulau Borneo. Walaupun aku sekarang bekerja di Miri, Sarawak, namun sering juga pulang ke Tuaran, Sabah ke kampung sebelah isteri.
- Sejak hari pertama menjejak kaki ke bumi Sabah Mac 2004, banyak persepsi aku tentang negeri di bawah bayu ini berubah. Ditambah dengan diri aku yang sentiasa meneroka benda baru dan tidak mudah percaya kepada pendapat orang yang aku dengar sebelumnya.
- Semakin hari, perasaan cinta aku pada negeri ini semakin bertambah. Bercakap soal perpaduan kaum serta 1Malaysia, negeri Sabah adalah contoh terbaik.
- Dari sudut geografi, negeri Sabah amat cantik. Bermula dengan bentuk negeri yang unik (kepala anjing/atau apa pun yang sesuai). Di tengah - tengah negeri ditunjangi oleh Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan penduduk negeri. Bekas gunung berapi ini menyediakan kawasan pertanian yang subur bermula kaki gunung (Kundasang) hingga ke pelusuk pantai Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sandakan, Lahad Datu serta Tawau. Pengeluaran sawit terbesar di dunia adalah negeri Sabah, hasil daripada kesuburan tanahnya.
- Dari pesisir pantai, terbentang pantai yang indah. Nun jauh di pesisir, dihidang dengan ratusan pulau yang menjadi daya penarik seluruh dunia. Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Sipadan, 10 world nature wonders!. Pulau Mamutik serta banyak lagi pulau tidak kurang hebatnya.
- Kehebatan flora dan fauna tidak dapat ditandingi oleh mana - mana negeri di Malaysia. Orang Utan, Gajah Pigmi, Monyet Belanda, buaya, badak sumbu, kijang, burung, serangga serta banyak lagi memberikan idea kepada kerajaan negeri untuk menjadikan Sandakan Nature City. Lihatlah di seluruh bulatan di Sandakan, Lahad Datu, Tawau serta Kinabalu terdapat pelbagai jenis arca binatang. Fauna yang berterbangan di serata negeri menjadi daya tarikan utama pelancong dalam dan luar negeri.
- Kehebatan sungai seperti Sungai Kinabatangan menambahkan lagi keindahan serta khazanah berharga negeri Sabah. Selain daripada permandangan sungai yang cantik, kehidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan masih boleh di kategorikan sebagai syurga ikan air tawar serta masin di Asia! Kepada kaki pancing, Sabah merupakan denstinasi yang anda tidak mahu lepaskan.
- Sejak 15 tahun yang lepas, negeri Sabah mengalami transformasi pembangunan infrastruktur yang amat pesat. Bidang hartanah maju dengan begitu cepat. Di mana - mana anda boleh lihat bangunan baru serta kawasan perumahan dibina. Namun, di sebaliknya, harga rumah serta bangunan turut naik secara mendadak.
- Sebelum menjejak kaki ke Sabah, kita hanya dengan mengenai kaum Kadazan Dusun, Bajau dan sebagainya. Namun setelah sampai di sini, rupa - rupanya terdapat lagi berpuluh - puluh suku serta kaum yang hidup dengan harmoni. Perkahwinan campur antara kaum sudah menjadi kebiasan sejak berpuluh tahun yang lalu. Walaupun berbeza adat serta budaya masyarakat di sini hidup harmoni dan penuh dengan perasaan hormat menghormati. Mereka sering mencari titik persamaan seperti berkongsi hiburan serta sambutan perayaan yang menyebabkan masing - masing terus mengekalkan adat serta budaya turun - temurun.
Friday 17 September 2010
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment