- Fiber terhasil daripada mesokarp yang diasingkan daripada nut.
- Walaupun digunakan sebagai bahan bakar boiler, masih terdapat lebihan fiber. Lebih - lebih lagi kilang yang berkapasiti tinggi, tiada breakdown dan pembakaran yang seimbang di boiler.
- Fiber tersebut akan dijadikan sisa buangan yang dilupuskan di ladang, tambahan kepada tandan kosong.
- Dengan jumlah yang banyak, memerlukan kawasan yang luas untuk penyimpanan sementara sebelum dibuang ke ladang berdekatan.
- Fiber ini juga digunakan untuk mengoperasikan boiler / turbin semasa tidak memproses buah sawit. Ini bertujuan untuk mengurungkan penggunaan diesel.
- Semua fiber yang berlebihan ini dibuang begitu saja di ladang.
- Namun, sejak kenaikan harga petroleum beberapa tahun yang lalu, terdapat permintaan terhadap palm kernel shell, fiber serta tandan kosong.
- Jika kilang yang dibina berdekatan dengan bandar, jalan penghubung yang baik, sudah tentu sisa buangan ini akan menjadi satu lagi sumber pendapatan syarikat.
- Dulu sisa, kini duit...jika kita berfikiran terbuka serta sentiasa mencari peluang..
Wednesday, 2 September 2009
Lebihan fibre
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment