Tulisan ini adalah jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Pn. Zuraidah Mohd. Husin, PMBK. Terima kasih atas lawatan ke blog ini.
1. Apakah constraints dalam kilang sawit?
1.1 Jumlah buah sawit atau FFB yang mencukupi untuk operasi kilang sepanjang tahun mengikut saiz serta kapasiti kilang tersebut. Jika kilang tersebut berkapasiti 45 mt/hr, kilang tersebut memerlukan sekurang - kurangnya 130 000 mt/tahun FFB untuk diproses. FFB mempunyai musim peak dan low. Kilang tersebut mesti sesuai untuk musim tersebut sepanjang tahun.
1.2 Lokasi ;- Lokasi kilang hendaklah berdekatan dengan ladang sawit (kurangkan kos pengangkutan FFB ke kilang). Pada waktu yang sama, sesuai untuk menghantar produk iaitu CPO dan PK ke kilang penapis atau refinery (Kelantan tiada refinery buat masa ini). Berdekatan dengan sumber air dan jauh dari penempatan awam. Air amat penting kerana kilang sawit banyak menggunakan air untuk boiler dan pemprosesan sawit.
1.3 Lain - lain ; Pelbagai faktor diambil kira sebelum sesebuah kilang sawit dibina. Ini selalunya termasuk dalam feasibility study. Dalam module Palm Oil Mill Design saya menerangkan semua step feasibilty study tersebut.
2. Generate income melalui kilang sawit
2.1 Untuk kilang berkapasiti 45 mt/hr, kos yang dibina pada tahun 2004 adalah RM30 juta. Saya anggarkan disebabkan semua faktor, kos sekarang meningkat kepada 1 mt/hr bersamaan RM1 juta. Kilang yang dibina pada tahun 2004 tersebut menjana ROI (return of inverstment) selepas 10 tahun. Standard industri mengatakan ROI selama 8 tahun. Namun, ini semua bergantung kepada harga CPO. Jika harga CPO melebihi RM2500 untuk jangkamasa yang panjang, ROI akan lebih cepat.
2.2 Kilang 45 mt/hr paling sesuai dibina kerana faktor untuk bahan bakar boiler/turbin.
No comments:
Post a Comment