Wednesday 22 June 2011
Pilih buahan yang segar
Memilih buah-buahan yang segar
1. Beli buah-buahan ketika musimnya supaya mendapat buah-buahan yang bermutu pada harga yang murah.
2. Beli buah-buahan mengikut kadar yang ingin dimakan pada hari dibeli atau hari esok. Pastikan anda tidak membeli secara berlebihan kerana buah-buahan terutama buah-buahan tempatan tidak tahan lama. Jika disimpan lebih dari 3 hari ia akan menjadi lembik.
3. Jangan memicit buah-buahan yang hendak dibeli kerana ini akan merugikan para penjual kerana buah-buahan ini akan menjadi lebam, rosak dan cepat busuk.
4. Perhatikan keadaan buah secara keseluruhannya sama ada ia kelihatan segar dan tidak layu, berat buah, tidak terdapat bekas dipotong, digigit ulat atau haiwan dan tangkainya tidak menunjukkan ia telah lama dipetik.
5. Jangan membeli ketika sedang ramai orang membeli kerana ia akan membuatkan anda tidak dapat memilih dengan teliti dan memuaskan.
6. Perhatikan bentuk buah seperti bentuk buah yang biasa dan tiada cacat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment