Lagi petua untuk melindungi jantung anda ialah:
1. Mengimbangi tahap insulin - tahap insulin yang tinggi boleh membawa kepada masalah rintang insulin, salah satu faktor utama penyakit jantung. Untuk mengimbangi tahap insulin anda, buat senaman dengan kerap dan elak dari makanan bergula.
2. Ubah gaya hidup anda - jika dulu anda adalah seorang yang jarang bersenam, cuba lebihkan bersenam kerana ia lebih berkesan dalam merawat penyakit jantung berbanding ubat dan sepatutnya menjadi pertahanan pertama terhadap serangan jantung.
Kurangkan juga pengambilan makanan berkarbonat tinggi seperti makanan berasaskan jagung, minuman bergas, ubi dan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Selain itu kawal tahap stress anda dengan pelbagai aktiviti masa lapang, mendengar radio, membaca buku, mendengar muzik, keluar berjumpa kawan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment