Hadis Ketigapuluh Lapan :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya.
Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub ( beramal ) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Ku fardhukan ke atas dirinya.
Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai pengelihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.
Dan sekiranya ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi ia.”
No comments:
Post a Comment