Dengan menangis anda bukan sahaja dapat melegakan perasaan, malah anda dapat mengurangkan stress. Bagaimana?
- Menurut kajian, air mata ternyata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu 'endorphin leucine-enkaphalin' dan 'prolactin' dan apabila hormon stress ini terkeluar, secara tidak langsung ia dapat menurunkan level stress.
- Air mata juga dapat membunuh bakteria, dimana air mata terkandung cecair yang disebut 'lisozom' yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria hanya dalam 5 minit. Oleh itu air mata boleh dikatakan berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.
- Air mata juga dikatakan mampu membantu seseorang membangun komuniti. Ini kerana apabila seseorang menangis dia akan menceritakan segala masalah yang dihadapinya pada rakan-rakannya dan rakan-rakannya ini akan memberikan sokongan dan ini akan meningkatkan kemampuan bersosial dan juga berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment