- Pertama, terima kasih kepada syarikat kerana membawa kami semua manager ke Saigon aka Ho Chin Minh, Vietnam.
- Trip ini membawa seribu erti kepada setiap peserta. Bagi saya, trip ini mencapai target saya untuk melancong ke luar negara. Negara ke 2 dilawati setelah Brunei. Dan sudah pasti, ini bukan negara terakhir akan saya lawati.
- Vietnam serta Saigon menguatkan lagi pemahaman saya pada hadis Rasullah SAW serta Al Quran menggalakkan umatnya supaya berjalan ke setiap pelusuk dunia. Memerhati kehebatan ciptaan Allah serta menginsafi diri sendiri. Pelbagai perkara boleh belajar jika kita mahu berfikir.
- Kita akan lebih terbuka, tidak jumud dan tidak hanya memikirkan kelompok kita yang kerdil sahaja malah kita akan lebih terbuka dan lebih yakin bahawa Islam itu bersifat universal dan syumul.
Tuesday, 21 June 2011
Dari Ho Chin Minh City
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment