- Saigon atau kini dikenali sebagai Ho Chin Minh City, Vietnam merupakan Veitnam Selatan semasa era perang Amerika Vietnam.
- Amerika menjadikan Saigon atau Ho Chin Minh untuk menyerang Vietnam utara. Atas dasar ideologi komunis, Amerika memusnahkan keseluruhan Vietnam dan membunuh rakyat tidak berdosa. Sama seperti di Iraq, Afghanistan dan kini di Libya, negara barat menggunakan 'keamanan' untuk menghalalkan perang dan membunuh kanak - kanak, wanita serta rakyat tidak berdosa.
- Perang yang berlaku hampir 17 tahun meninggalkan bukti fizikal dan mental kepad penduduk Vietnam. Kesemuanya boleh dilihat di Muzium Perang di Saigon.
- Bangun dari perang, penduduk Ho Chin Minh yang berjumlah 8 juta daripada 100 juta keseluruhan Vietnam tidak menoleh ke belakang. Dalam masa kurang 30 tahun, negara mereka membangun pesat. Bangunan tinggi dan kepesatan serta kepadatan bandar boleh dilihat.
- Dengan jumlah penduduk yang ramai, budaya mereka yang bekerja rajin dan kuat, tidak mustahil jika saya katakan mereka akan seiring atau lebih maju daripada Malaysia kurang 10 tahun nanti.
- Walaupun sebahagian besar industri pertanian yang menjana ekonomi, namun industri mula bertapak dan dengan jumlah pelancong yang hadir boleh ditafsirkan ekonomi mereka akan berkembang pesat dalam masa 10 tahun akan datang.
- Generasi yang ada sekarang adalah generai kelas pertama yang bekerja keras untuk memajukan diri serta negara. Mereka masih lagi belum berada dalam fasa selesa seperti yang dialami oleh rakyat Malaysia sekarang.
- 95% penduduknya beragama Budha dan kurang 25000 beragama Islam. Kehadiran ramai rakyat Malaysia turut menyuburkan industri restoren halal dan tidak menjadi satu kesukaran untuk mencari makanan bagi yang Muslim.
- Saya cukup kagum dengan budaya pemakanan rakyat Vietnam. Mungkin ada faktor lain, namun mereka banyak makan sayuran. 60% daripada menu mereka adalah sayuran.
- Kurang lemak.
- Jumlah kuantiti yang kurang - mungkin sebab tubuh mereka kecil berbanding kita.
- Bersih. Walaupun terdapat banyak penjaja yang membuka gerai di kaki lima bangunan tinggi, namun tiada sampah dibuang merata tempat.
- Bersenam. Taman rekreasi pagi dan petang dipenuhi oleh warga kota untuk bersenam. Kombinasi pemakanan, kerja keras dan senaman ini boleh dilihat kesannya pada tubuh penduduk di sini yang kurus. Jarang dilihat penduduk yang obesiti serta gemuk.
Tuesday 21 June 2011
Catatan dari Ho Chin Minh City
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment