Wednesday 3 October 2018

Catitan Kembara Insan Rehlah Haji bersama Abu Anas Madani






  1. Alhamdulillah, selesai pengembaraan haji 2018 apabila tiba di rumah pada 25hb. September 2018. Walaupun perjalanan bermula 11hb. Ogos 2018, persediaan untuk mengerjakan haji sebenarnya bermula Disember 2017.
  2. Jika ditanya, hati sebenarnya masih berada di Tanah Suci. Perasaan rindu telah mula hadir sejak hari pertama meninggalkan bumi Mekah menuju ke Madinah.
  3. Terlalu banyak cerita untuk dikongsi. Mungkin itulah sebab utama Dr. Basit syorkan tulis buku. (Dah lama simpan niat nak tulis buku, tapi belum kesampaian. Kita tulis di blog lah dulu).
  4. Dalam banyak cerita dan pengalaman yang nak dikongsi, saya rasa ini perkara paling utama yang wajar saya sampaikan berkenaan rehlah haji ini. Yang paling utama antara yang utama.
    • Tunaikan haji atau umrah segera.
    • Jangan bertangguh.
    • Usahakan bermula hari ini.
    • Tak ada duit, cari.
    • Tak dapat kuata TH, usahakan melalui pakej swasta yang berdaftar.
    • YA. Inilah perkongsian saya yang utama.
  5. Kenapa? sebabnya, bila kita sampai di Tanah Suci, kita akan lihat 1001 manusia yang berusaha untuk sampai ke Tanah Suci memenuhi panggilan agung Nabi Ibrahim AS sejak kita belum dilahirkan lagi. Ada yang jauh lebih berusia, berjalan menggunakan tangan, kerusi roda dan tongkat mengerjakan Tawaf, malah 1001 kesukaran yang tak dapat kita bayangkan. Namun, mereka sampai jua ke Tanah Suci dengan izinNya. Mereka menjadi Tetamu Allah dari seluruh pelusuk dunia.
  6. Mereka yang telah mengerjakan haji, selepas lima (5) tahun baru boleh daftar dan masuk kuata menunggu. Semasa di Madinah, saya dah nak daftar untuk pergi lagi. .....nak gambarkan, betapa perasaan rindu itu telah tersemat di sanubari. Benarlah segala Ayat Suci Al - Quran dan Hadis. Allah telah tanamkan perasaan rindu itu buat diri insan yang telah sampai ke Tanah Suci.
....ok. Itu preview Rehlah. Nantikan episod seterusnya bila direzekikan minda yang lapang untuk menulis.

Wassalam!

No comments:

Post a Comment