Monday 16 April 2018

Baiah & Kepimpinan

Baiah & Kepimpinan
“Saya patuh & saya taat”

Dalam apa jua organisasi dan kepimpinan, ketaatan itu perkara utama. Sumpah angkat setia atau disebut dalam bahasa Arab sebagai “baiah”.

Apabila mana - mana peperangan berakhir, pihak yang kalah akan mengikut perjanjian, tunduk dan taat kepada pihak yang menang.

Dalam organisasi hari ini, kita tandatangan kontrak perkerjaan dan juga akujanji. Bukan setakat urusan harian, malah dalam perkahwinan mahupun segala genap urusan harian kita.

Tanpa ketaatan (yang dijelmakan dalam apa saya bentuk baiah, tulisan kerja, catitan di batu bersurat mahpun dalam bentuk digital, ia adalah lambang kita taat, akan taat dan selamanya mengakui orang yang kita setuju itu jadi pemimpin kita.

Tanpa ketaatan, maka tiada kepimpinan. Masyarakat akan hancur. Perpecahan mula menjelma. Syaitan, hasad dengki malah status manusia akan berubah menjadi lebih hina daripada haiwan. Haiwan sekali pun ada kepimpinan.

Methodologi kepada ketaatan dan kepimpinan bermaksud,

Apa sahaja yang diputuskan oleh pemimpin selagi tidak bertentangan dengan kebenaran, maka jawapannya adalah
Saya ikut dan saya taat.

Jika dalam tentera, langgar arahan boleh mengorbankan seluruh platun, ancam nyawa kepada musuh, maka hukuman kepada perlanggaran arahan adalah hukuman paling keras!
Lebih lagi jika musuh dalam selimut, ia wajar dihukum bunuh.

Apabila berbicara tentang kepimpinan, kita menjaga bukan seorang, tetapi 2 orang, 10 orang, 100 orang, 1000 malah 100 juta manusia. 

Tanpa kepimpinan dan ketaatan, jumlah manusia yang ramai itu akan sukar dikawal jika semuanya mahu membuat keputusan. Semuannya mahu menjadi ketua. Semuanya mahu meluaskan rasa tidak puas hati dan keputusan sendiri.

Natijah kepada ketaatan dan kepimpinan adalah kekuatan. Hatta dua orang, jika mereka patuh dan taat, Allah bersama mereka.
Hatta sepuluh orang, jika mereka patuh dan taat, dunia mampu digoncang.

Jika pun isu timbul, maka ketualah kita akan rujuk. Jika fitnah melanda, maka ketualah kita akan tanya. Bukan kepada musuh dan bukan juga kepada orang yang lain.

Namun, tanpa taat dan pemimpin, jumlah 1 billion pun ibarat buih - buih di lautan!

Zulkefli Muhammad
Jurutera
Lt Muda 
Pengurus
16.4.2018

No comments:

Post a Comment