Tuesday, 23 July 2013

Hadapi cabaran, jangan lari dari masalah!

Cerita ini berlaku semasa saya di tingkatan dua. 

Perjalanan ke sekolah memerlukan saya untuk bangun awal naik bas pertama dari rumah ke simpang 3 Pengkalan Chepa. Dari simpang tersebut, saya perlu berjalan hampir 300m sebelum sampai ke sekolah.

Dijadikan cerita, saya terlepas bas pertama dan naik bas kedua. Bermaksud, saya memang akan lewat ke sekolah. Lebih mendebarkan saya, hari tersebut ada perhimpunan mingguan sekolah. Perhimpunan bermaksud, semua warga sekolah berhimpun di padang, duduk mendengar taklimat guru.

Saya sampai ke simpang pukul 730 pagi lebih. Sambil pelahan lahan berjalan dan berfikir. Satu sisi baik kata, pergi sekolah. Satu sisi jahat kata, tak payahlah ke sekolah, nanti malu, semua orang tengok!!!

Setiap langkah, itulah yang saya fikirkan. Hampir sampai ke sekolah dalam beberapa meter, guru disiplin terlihat saya. Memang rasanya dia dah perhatikan saya dari jauh. Tersedar kehadiran saya, maka bermaksud, saya tiada lagi pilihan untuk ponteng.

Sampai di depan beliau, terus beliau berkata "kenapa lambat2 ?! , pergi masuk barisan sana!!!"

Tanpa sepatah perkataan membalas, saya berjalan dengan muka tebal ke perhimpunan sekolah. Semua mata dari guru kepada pelajar tingkatan satu hingga 5 tertumpu pada saya. Hanya Tuhan yang tahu, bertapa malunya saya.

..,...,.

Cerita ini amat memberi kesan pada saya. Walaupun guru disiplin itu tidak pernah memberitahu apa sebab dia lakukan itu, tapi saya cukup berterima kasih kerana beliau menyuruh saya masuk ke perhimpunan, melawan perasaan malu, walaupun dilihat oleh seluruh warga sekolah!!!

Ia menjadikan saya hari ini. Saya tidak gentar untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran yang ada di depan mata saya.

Jumpa bos jika bos tengah marah? Saya berani.

Jumpa pekerja yang hendak mogok? Saya berani.

Jumpa dengan hakim semasa kilang kena saman? Saya berani.

...dan pelbagai kisah menarik selepas itu.

Jangan takut, tempuhi sahaja apa jua cabaran yang ada di depan. Insya Allah, kita akan jadi orang yang tabah dan berjaya !! 

Good luck!  Dan...jangan sesekali lari dari masalah!

*saya abadikan cerita untuk Ayah saya Muhammad Bin Awang, tika ini sangat tenat. Saya dalam perjalanan pulang dari Sandakan ke Kota Bharu saat dan tika ini.

Ayah. Dialah yang menyara kami sejak kecil, mencari rezeki siang dan malam. Bekerja tanpa penat dan mengadu tentang kesukaran beliau. Dialah yang sering menghantar saya dengan motorsikal lama. Kerana kesungguhan, ketabahan dan sikap beliaulah yang yang memberikan saya motivasi paling besar untuk saya terus berusaha, bekerja keras untuk berjaya. Setiap kali bonceng motorsikal di belakang beliau ke sekolah, saya selalu ingatkan diri sendiri, saya akan berusaha bersungguh untuk mengubah keluarga dan diri sendiri, akan berusaha untuk membalas jasa kedua orang tua saya.

......
Semoga Allah mengasihi dan memberkati keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami sejak kecil.

Ampunilah dosa kedua mereka ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment