Salam sejahtera En.Zul.
Saya ada melawat blog encik zul yang banyak info mengenai hal2 kilang sawit.
Terima kasih atas lawatan. We share because we care. Sharing is caring.
Kalau encik zul tidak keberatan, saya ingin meminta sedikit sumber dari encik sebagai panduan saya:)
Saya sekarang berumur 19 tahun dan berkerja di kilang sawit veetar sebagai Kernel Crusher Plant Operator(Oil Room). Pendidikan tertinggi saya setakat SPM sahaja kerana saya lebih terdorong untuk mencari wang. Tapi, saya juga ingin maju seperti yang lain.
Tahniah kerana anda sanggup berusaha dan bertanya. Anda seorang yang hebat! Teruskan berusaha.
Ramai orang yang berjaya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, jadi, jangan jadikan pelajaran anda sebagai alasan untuk tidak berusaha. Namun, jangan pula jadikan itu alasan untuk anda tidak mahu belajar di masa hadapan. Jika ada peluang untuk sambung belajar, ambil peluang dan terus majukan diri anda. Untuk maju, tidak semestinya dengan segulung ijazah, anda boleh maju dengan apa sahaja bidang yang anda minati. Syaratnya adalah
DUIT
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah - berterusan
T = Tawakkal setelah sudah berusaha yang terbaik
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk saya majukan diri saya dalam bidang perkilangan sawit kelak? Apa kursus yang perlu saya ambil? Dan setelah itu, apa yang perlu saya buat?
Sila baca post ini
Untuk pengentahuan anda, saya pernah jumpa seorang pengurus kilang yang tidak mempunyai ijazah dan diploma, namun dengan usaha yang gigih, beliau berjaya menjadi seorang pengurus kilang yang dihormati.
Saya juga ada mengenali seorang yang buta huruf, namun menjadi pakar dalam membina steriliser dan pengadung tekanan yang lain, mempunyai sebuah syarikat dan mempunyai jurutera di bawahnya.
Pendek kata, dengan usaha yang gigih, Insya Allah, kita akan berjaya.
Teruskan usaha, Insya Allah, ada jalannya.
Good luck!
No comments:
Post a Comment