Saturday, 2 May 2009

Peluang Kerja di Industri Sawit Negara



  1. Industri sawit negara telah berkembang maju lebih kurang 30 tahun yang lalu. Sebagai pengeluar terbesar di dunia (bersama Indonesia skrg), tidak dapat dinafikan komoditi ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan komoditi inilah yang telah menyelamatkan Malaysia daripada kancah kegawatan ekonomi 1997, 2008. Namun, nama mereka yang telah menyumbangkan tenaga, jasa dan pengorbanan mereka di dalam industri ini jarang diketengahkan oleh media semasa(berbanding orang politik). Mereka yang telah menjadi pemangkin kepada industri ini silih berganti saban hari. Sekarang generasi kedua dan ketiga telah mula mengambil alih pengurusan syarikat kecil mahupun besar. Dahulu, syarikat-syarikat tempatan yang jarang menjadi perhatian, sekarang telah menjadi sebuah syarikat terkemuka negara!
  2. Semasa menjadi penuntut Kejuruteraan Mekanik di USM (1999-2003), saya tidak pernah didedahkan dengan industri sawit yang banyak menggunakan aplikasi stim, boiler, heat transfer, turbin, pembuatan, proses dan sebagainya. Bagi saya, sebagai penuntut Kejuteraan Mekanik, Pembuatan, Kimia mahupun Elektrik, amat sesuai untuk meneruskan karier di bidang sawit. Jika berhasrat untuk menjalani latihan praktikal selama 3 bulan mengikut keperluan kursus, saya syorkan untuk anda memilih Kilang Sawit sebagai pendedahan kepada boiler, turbin, waste water, treatment plant, steam balance mahupun heat transfer.
  3. Kepada tenaga pengajar, pensyarah mahupun pentadbir universiti, saya cadangkan supaya anda lebih mendekati industri sawit negara dengan lebih rapat lagi. Banyak projek perbaharuan masih boleh dikaji dan memerlukan kepakaran anda untuk disesuaikan @ diadaptasi di industri sawit!
  4. Saya simpulkan peluang kerjaya di industri sawit khusus kepada kilang sawit sahaja. Ijazah pertama di dalam bidang kejuruteraan Mekanik,Kimia @ Elektrik anda boleh memohon jawatan Kadet Jurutera di mana - mana syarikat terkemuka negara seperti Boustead, Sime Darby, IOI Corporation, KLK, Treadwinds, United Plantation, FELDA dsb. Selepas 2 atau 5 tahun bekerja, bergantung kepada survival, komitmen, inisiatif dan layanan syarikat kepada anda, anda boleh menjadi seorang pengurus. Gaji bergantung kepada syarikat tempat anda bekerja. Tetapi, prospek dan jaminan kerja amat memuaskan. Untuk mendapatkan hasil yang baik, pastikan anda lulus peperiksaan Jurutera Stim gred 2 & 1 serta pernah mengikuti Diploma in Palm Oil Milling Technology & Management yang di koordinasi oleh MPOB.
  5. Kepada pemegang Diploma atau Sijil teknikal, anda boleh memohon untuk menjadi perantis Workshop di bahagian Elektrik atau Mekanik. Bagi memohon jawatan chargeman, anda perlu lulus ujian yang di jalankan oleh Suruhanjaya Tenaga negara. Di dalam bidang pengurusan,terutama perempuan, anda boleh memohon untuk menjadi kerani atau ketua kerani.
  6. Bagi lulusan SPM ke atas, ada boleh memohon untuk menjadi Fireman atau Operator. bagi fireman, selepas 2 tahun menpunyai cukup pengalaman dan rajin belajar, ada boleh menduduki peperiksaan Boilerman gred 2 serta 1. Keperluan kepada Boilerman atau Enginer Driver di kilang sawit semakin meningkat saban hari. Gaji juga cukup lumayan. Kepada operator, selepas menguasai semua pengetahuan yang berkaitan, anda boleh dinaikan pangkat kepada Mandore serta Penyelia kilang.
  7. Jika tidak menjawat jawatan eksekutif seperti Kadet, Penolong Jurutera atau Pengurus, anda masih boleh menjawat jawatan Staf di kilang sawit. Gaji dan prospek masa depan amat cerah. RM2000 hinggan RM3000 sebulan adalah perkara biasa untuk semua staff di kilang sawit! Itu adalah pendapatan purata tanpa perlua menbayar sewa rumah,air,api dan pengangkutan ke tempat kerja, kerana semua disediakan oleh pihak syarikat!

Jadi, apa lagi... mohon lah kerja di Industri Sawit Negara mulai sekarang. Jangan cerewet dengan kehidupan di ladang.. kerana di bahagian lain anda mendapat kelebihan.

25 comments:

  1. Assalamualaikum En Zulkefli
    Saya azlan bekerja di bintulu port sdn bhd
    setelah membaca blog En Zul saya terus berminat dengan kerjaya dalam industri sawit terutamanya di kilang sawit.Saya ingin mendapat sedikit maklumat dari En Zul apakah jawatan yang perlu saya pohon dengan kelayakan saya iaitu dalam bidang Mekanik Industri & Diploma Eksekutif In Engineering Operation Management

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan anda memohon untuk menjadi Cadet Engineer. Namun, cuba rujuk semula syarikat yg dipohon kerana selalunya kursus kej mekanik, elektrik, kimia diterima. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam......

    Saya nk tanya en.zul kalau nak mohon jawatan chargeman kilang sawit minimum kelayakan A4 atau BO.Anggaran gaji berapa?...Saya dalam perancangan utk ambil A4.

    ReplyDelete
  4. Bergantung pada syarikat. Yg penting anda mempunyai pengalaman bekerja dan cukup kemahiran dalam menanggani kerja di kilang.

    Basic (tiada pengalaman -RM1000 - RM1200/month jika mempunyai kelayakan Chargaman atau Wireman).

    tidak termasuk OT. Jika dicampur OT dan sebagainya, anda boleh memperolehi RM2000 - RM2500 sebulan.

    ReplyDelete
  5. Askum...
    Saya bekerja sbgi pelaut@ greaser dia atas kpl.pnh mengendalikan boiler...
    Apa keje yg sy blh apply di industri sawit

    ReplyDelete
  6. saya zul kini berkhidmat sebagai cadet engineer di kilang kelapa sawit. tuan menyatakan tentang survival di kilang kelapa sawit. untuk cadet engineer seperti saya. apakah aspek2 yg perlu saya beri perhatian semasa dlm tempoh cadet ini?

    ReplyDelete
  7. En Zul (IzzuLuz),

    Ikut pengalaman, saya bahagikan perjalanan kerjaya saya bermula sebagai kadet dalam tempoh berikut:-

    1 > 3 > 5 >10 iaitu no tahun saya berada dalam industri.

    Tahun pertama merupakan tahun utk adapt dgn alam sawit, dapatkan gambaran jelas hala tuju yg ingin anda tempoh. Dalam tempoh ini, cuba rapat dengan pengurus atau engineer yg boleh bagi anda panduan perjalanan tersebut.

    Jika berjaya dalam tempoh setahun, maka tahun berikutnya adalah tahun ke-3. Dalam tempoh tersebut, anda perlu lulus exam jurutera stim grade 2. Tempoh 2 tahun ini adalah masa paling penting untuk anda menguasai sepenuhnya operasi kilang dan mainteance.

    Tidak lupa juga utk bersosial serta adapt dengan suasan kehidupan di estet.


    Tahun ke-3, amik Diploma in palm oil milling technology n management MPOB.

    Tahun ke-4, lulus exam grade 1.

    Tahun ke-5, anda yg sebelumnya sudah anda pendedahan mengenai pengurusan, tumpukan pada skill pengurusan. Melibatkan komunikasi dengan estates serta top management. Ingat, anda boleh jadi seorang penolong pengurus yang baik, tapi belum tentu dapat menjadi pengurus.

    Jawapan kepada soalan anda sebenarnya hanya satu sahaja, iaitu : MINAT.

    Jika anda minat dgn kerjaya dan kehidupan di industri sawit, makan anda akan mendapat jawapan di sepanjang perjalanan tersebut.

    Kalau nak seribu daya,..

    Apa nama kilang anda?

    ReplyDelete
  8. En Nesdurf,

    Anda boleh memohon untuk menjadi boilerman di kilang sawit.

    ReplyDelete
  9. saya amdan dan seorg boilerman di kilang saya...skrg saya memegang 1st gred boilerman, 2nd gred ICE driver dan juga AESP & AGT...adakah saya mempunyai kelayakan untuk menduduki peperiksaan jurutera stim gred2...buat masa skrg saya masih lagi bekerja sambil belajar untuk diploma bg mekanikal eng..tapi tempoh masa masih lama iaitu 2tahun lagi....

    ReplyDelete
  10. akum tn...plz comment...

    ReplyDelete
  11. Wkm Wt. Terima kasih kerana bertanya.

    Boleh. Dengan syarat mendapat kelulusan JKKP.

    Dalam akta, terdapat bhg yg menyatakan mana-2 calon yg bekerja, dan mendapat pengalaman yang diyakini layak utk beliau menduduki peperiksaan, maka, lembaga peperiksaan boleh membuat pengecualian.

    Disamping itu, anda perlu mendapat sokongan daripada majikan yang menyatakan anda telah mempunyai pengalaman yang cukup dan layak.

    Tiada yang mustahil.

    Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  12. http://www.facebook.com/groups/MSICEE/193538367417410/?notif_t=group_activity

    sertai kami di MSICCE utk lebih lanjut.

    ReplyDelete
  13. btol tu bro..sy grad taun 2009..xpernah langsung terfikir masuk kilang sawit..nasib baik sy gagal interview kilang plastik..Di kilang sawit mcm2 kita leh belaja..kita juga guna ape yg kita belaja dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOKMAN DAUD26/2/12

      apa yg amda fikir tu memang betul...saya d Kilang Sawit dari 1977 sehingga sekarang...masih terasa banyak yang belum d pelajari...see me in FB: INIEY LBD ENTERPRISE

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. farhanafarell21/6/13

    salam, tuan..saya lepasan diploma kej kimia..kerja apa yg boleh apply kat kilang sawit tu?perempuan pulak tu..boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Assalam....siapa yg berminat practical do kilang sawit(ELEKTRIK) atau ingin menjadi perantis di kilang sawit sbgai apperantis ELEKTRIK (sijil/sggup bljar dpkan sijil) blh hbgi sy (En Kamal 0199174966)

    ReplyDelete
  17. Anonymous10/7/14

    Sy nk tanya sy ada diploma dan juga ada sijil atendant boiler,dgan kelayakan sy ni jawatan ape yg boleh mohon di kilang sawit?

    ReplyDelete
  18. Saya pernah bekerja sebagai boilerman grade 2 sekitar tahun 1991 hingga 1994. Sepanjang tempoh tersebut saya bekerja di 2 buah kilang kerana mengejar ga
    Ji. Saya pernah kerja di kilang kayu dan pembuatan pakaian.
    Saya mendapat sijil boilerman gred 2 selepas mengikuti kursus perkayuan di IKM Pekan Pahang.
    Gaji saya pada masa tersebut sekitar Rm 450.. Dah kira lumayan pada masa itu untuk kawasan Kota Bharu.. Kalau dikira ot dapatlah sekitar rm 700.
    Saya berhenti kerja dalam bidang ini kerana ditawarkan kursus perguruan pada gahun 1994.
    Apapun kerjaya sebagai boilerman agak menarik tetapi agak mencabar juga kerana terikat dengan keselamatan peralatan dan nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat. Pengalaman menarik.

      Delete
  19. salam tuan.. boleh bagitau skop kerja supervisor kilang

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum..saya berkerja sebagai operator proses kilang sawit. Dan kelayakan saya seperti sijil sekolah tiada. Adakah saya boleh mengikuti kursus penyelia kilang dan seali gus ikut exam penyelia kilang..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Dengan syarat majikan bagi sokongan.

      Delete
  21. Anonymous19/12/17

    Assalamualaikum Tuan, sya fresh graduate dalam diploma mechanical engineering. Apakah laluan yg sya blh ambil? Sya dgar utk dptkan boilerman grade 2 sya prlu jdi fireman slama bberapa tahun. Tp sya dh cuba srvey dan xjumpa mana2 company yg nk ambil fireman. Mohon pncerahan dari tuan mcm mana sya nk mulakan career sya ni ya. Tq tuan

    ReplyDelete